Search This Blog

Showing posts with label Cameron Highlands 2010. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands 2010. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Shopping Last Minit (Hari Akhir)

Hari akhir kat Cameron Highlands...
Pagi-pagi lagi dah bangun, tapi sebab semuanya nak mandi siap-siap belaka, maka makan sarapan adalah nak dekat pukul 8.30 pagi...
Hari ini orang kat cafe hotel tak seramai semalamnya...lega...tak payah berebut tempat...
Semalam menu utama ada Nasi Goreng, Mee Goreng dengan Keow Teow Goreng..arini ada Nasik Lemak dengan Keow Teow Goreng..
Gambar memang tak nak amik, leceh...nak makan banyak kan..

Breakfast kat hotel ni best jugak, Nasi Lemak dengan makanan yang goreng-goreng semuanya sedap-sedap belaka (kecuali Mee Goreng, rasa kicap tumpah da....)...
Yang lain-lain macam Roti Bakar, Cereals dengan kuih muih pun ada, tapi rasa macam biasa jelah...
Tapi paling best Nasi Goreng...memang bertambah-tambah la me makan...hehehhehe....

Tau tak selain kitaorang jumpa M. Kumaresan (yang main basikal untuk Malaysia tu...), kitaorang "terserempak" jugak dengan mamat-mamat yang makan sarapan pakai Kain Pelekat...hahahahahar...
Amik ko, punyalah seksi...satu meja sebelah kitaorang duduk makan pakai T.Shirt dengan Kain Pelekat saja...kiranya bangun je tidur, basuh muka terus turun sarapan...kuikuikuikui...
Bukan orang-orang tua ni tau, ni memang bebebudak muda umur dalam 25 tahun gitu...
Serius, tak sangka!
Tapi bila fikir-fikir balik, ok apa..bukan diaorang tak pakai baju pun...hehehhehe
Lepas breakfast, kitaorang keluar pulak, pusing-pusing naik kete, last-last me request kitasemua pergi kat kedai-kedai bumbung Biru ni...

Misi mencari apa-apa yang patut....


Gambar diambil selepas habis bershopping....



Mata tak boleh bukak menandakan matahari sudah terpacak di atas kepala...



Ni kat hujung kedai bumbung biru...yang dekat dengan hotel kitaorang jugak...
Ada macam-macam benda jual tau..syok...!!
Rupanya belakang ni Big Red Farm yang kitaorang pergi semalam tu...memang dekat rupanya..

Kat area sini je me dapat beli macam-macam...
T-shirt Cameron Highland 4 helai, seluar tidor 1 helai, sandal 1, Buah-buahan kering sepaket, strawberi kering 4 paket kecil...bolehla...hehehheh



Cepat-cepat balik amik kereta terus ke hotel balik sebabnya kena check in pukul 12 tengah hari kan..
Lagipun nak packing semua benda yang tak sempat packing lagi ni...huhuhuhuhu

Friday, November 26, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Makan Hati Hari Kedua

Lepas dah jumpa Zai dan Mijon tu, kitaorang terus park kereta kat tepi Hotel...
Niat nak pergi ke Pasar Malam Brinchang...
Time tu elok je belum hujan kan..So, terus je jalan kaki je ke sana...
Macam me pernah cerita, Pasar Malam tu memang dekat jugaklah dengan Hotel Rosa Passadena...jalan kaki pun boleh...lagipun memang afdhal sangat pun, parking memang penuh je sepanjang jalan kat Pasar Malam tu..
So, dari asyik kena pusing 4-5- 6 kali kat situ, baik kitaorang parking kete siap-siap dan terus menapak...bukan selalu dapat eksesais macam tu kan...hehehheheh

Rupanya memang ramai giler petang-petang dah ke Pasar Malam ni...tak payah lah tunggu malam rupanye...hihihihiihi
Sesak jugaklah..time ni memang tak koser langsung nak amik gambar ke apa..lecehh...
Lagipun, hujan dah start turun time nih..
Lagilah kelam kabut semua orang kat pasar tu jadinya, walaupun renyai-renyai je, tapi riuh semuanya nak selamatkan diri memasing......

Hasil tangkapan??
Jangan ditanya...masing-masing penuh kiri kanan tangan...
Takut esok tak sempat beli kan, so, mana yang patut tu belasah beli siap-siap..
Antara barang yang kitaorang beli adalah buah Strawberi, jagung manis (yang tak dimasak lagi), Ubi keledek, sayur-sayuran, Kordial Strawberi dan macam-macam lagi lah...


Lepas penat beli dan belah, kitaorang decide untuk pergi makan..
Lapar ok..last makan tadi pukul 12 lebih tu...
Tu pun bukan makan pun, takat rasa Scone saja...rasa ok..bukan makan..heheheheh...


Kitaorang terus je ke kedai makan semalam je, lagipun senang nanti nak menapak balik ke Hotel...
Dah lapar nak mencekik nasik, mana boleh nak fikir apa-apa dah time hujan-hujan nih...kukuikui...
Masa ni hujan memang dah lebat habis..sebaik tempat ada lagi yang kosong..tapi kitorang dapat tempat yang ada 8 seats tu...


Time ni pekena dulu Ayam Bakar Golek setengah ekor...
Sedap gak nih...

Kitaorang beli sekor, tapi buat 2 bekas, 1 bekas makan kat kedai ni, 1 bekas lagi simpan untuk bekal malam karang..bekal kena ada ok, kang lapar malam-malam karang mengagau...kukuikui...
Tapi mahal..RM18 untuk sekor...
Kalau kat Ampang baru RM16 sekor..
Yang ni beli kat Pasar Malam tadi..
Lepas tu menala jugak Kerang Bakar..yang ni order kat kedai ni je..
Pastu Udang Goreng Tepung RM5 sebekas..beli kat Pasar Malam jugak...
Tapi tak sempat amik gambar, laju je masing-masing habiskan...
Hujan lebat+Sejuk=L.A.P.A.R...
Nyum..nyum..nyum...


Kawan-kawan saya yang pada mulanya ceria saja..
Walaupun nasi je yang dah sampai nak dekat 10minit, lauk satu ekor pun tak sampai-sampai lagi.....
Penyabar rupanya kawan-kawan saya kan......?hehehehe



Yang ni pulak Ikan Bakar tapi rasa Ikan Masak Asam Pedas pulak baru sampai..
Kali ni amik Ikan Cencaru pulak...
Kuah agak pekat berbanding semalam punya...
Lauk lain belum sampai-sampai lagi...huhuhuhu



Sila abaikan objek misteri dibelakang itu..
Fokus pada muka kawan-kawan saya dah naik tensen tu......kuikuikui...
Time nilah pun start naik hanginnya...
Tapi, kawan-kawan saya memang jenis penyabar tau...marah pun dalam hati je...
Iyalah, pasal makanan boleh je sabar kan..tapi kalau benda lain, mau nak bagi pelempang sedas dua....huhuhuhu

Time makan makan memang hazab ok...
Begini kisahnya:
Kan me kata kitaorang dapat tempat duduk yang 8 seats punya kan..?
Masa tengah tunggu tu datanglah 2 orang minah dengan 2 orang mamat..kira 4 oranglah semuanya..
So, penuh lah semeja...
4 orang geng kitaorang, 4 orang lagi geng diaorang...

Muda lagi diaorang ni..
Minah dengan mamat duaorang ni mungkin umur dalam lingkungan 25 tahun ke bawah..
Mamat sorang ni lembut sikit..so, tau jelah suara orang cam gini kan kuat kalau bercakap...
Tu tak campur lagi dengan slanga bahasa dia kan..
Tapi tak kisah la..lantak dia lah kan...
Yang minah ni pulak, macam biasa-biasa jelah, kira normal habislah...

Yang 2 orang mamat dan minah lagi 2 orang lagi pulak rasanya lagi muda...
Yang lelaki umur mungkin 17 tahun ke bawah...
Yang budak perempuan tu pulak mungkin umur 20 tahun ke bawah...
Yang 2 orang ni macam pendiam sikit...
Wah..sempat selidik ni Sue??hehehhe...

Nak dijadikan cerita..
Mula-mula datang tu sopan je masing-masing tau..
Ayat baik je..."Kak, tempat ni ada orang tak?"...very the sopan santuns gitu...
Mula-mula je pun sopan santunsnya ok...
Bila dah dapat duduk je...mak aii...
Wah, masing-masing tak reti senyap...bercakap punyalah kuat, kalah orang politik...
Lagi-lagi minah dengan mamat yang veteran sikit tu...

Bayangkan, kitaorang ni nak tak nak terpaksa duduk statik je kat belah sini..
Mana taknya, serba salah ko, nak pandang belah kanan me kang diaorang ingat kitaorang dok mandang dia...
Nak bercakap kang, terpaksa menjerit-jerit jugak..nak kena lawan suara la katakan...aduiiii...

Paling tak boleh nak tahan, makin kuat hujan, makin tinggi volume dengan tone suara masing-masing...
Yang minah dan mamat muda lagi 2 orang tu pun boleh tahan sama naik...wawawawahhh...
Dari mula-mula pendiam sangat tu, makin lama makin galok pulak...tak padan dengan kecik..!
Dah lah tu, borak bukanlah borak apapun, meraban sepanjang masa..cakap sepatah, gelak 5-6 belas patah..

Paling rasa nak bagi penyepak bila azan maghrib tu, dia lagi tinggi suara ok...
Sama naik dengan Azan tu...astaga...
Kitaorang ni punyalah buat tebal muka duduk kat tempat awam time maghrib-maghrib ni, diaorang boleh selamba borak kuat-kuat time tu...

Makan pun dah jadi ala-ala tercekik ko...
Nak nyuap je, bong bang bong bang bunyi suara dengan gelak...eeiiii...!

Tapi ada satu part tu memang padanlah muka diaorang...
Tengah me dengan Mijon borak pasal apatah, borak pun ala-ala bisik-bisik je sebab tempat dah sedia bising lah katakan..tapi tah apa lawak tah Mijon tergelak la pulak...
Sekali...BOOM!
Automatik bebudak tu terdiam, terkesima dan speechless sekejab...dan-dan tu jugak diaorang masing-masing dok pandang Mijon dengan penuh ke'blur'an......
Harharharhar...padan muka korang!!
Mijon siap bisik kat me..."bebudak ni bila aku tergelak, tiba-tiba semua tersenyap pulak...heheheehhe."

Kuikuikuikui...Otai Gelak ok...Otai gelak korang nak lawan...??
Ohh...confirm kalah korang...!!
Tu pun baru tergelak yea, bukan gelak tergedik-gedik macam korang buat tu pun...
Agak-agaklah kan..borak dengan gelak kuat-kuat tu lantak masing-masing lah..tapi ikut lah tempatlah jugak...
Takkan main boh je..tempat kalau dah sempit dan dah crowded camtu pun takkan ko nak bantai cakap kuat-kuat over-over kan, pakai lah otak sikit...
Nak kata masing-masing budak sangat...tak jugak, dah besar pun, dah boleh fikir...
"Cool" sangat kot bila buat camtu??
Kitaorang lagilah, masing-masing "sewel" je pun, tapi ada gak time nak kena sopan santun kan...

Tapi tau jelah...
Nama pun bebudak 4 orang ni memang tak pakai otak masing-masing kan...
Senyap 5 minit je..lepas tu bising balik...
Kitaorang yang makan nasi kat sebelah ni dah rasa macam makan pasir dah...hampeh betul!!
So, suap laju-laju...Elok lepas maghrib tu je, terus blah balik hotel...
Sebaik hujan dah makin reda..so, selamat kitorang...

Gitulah citernya...Hah...memang makan hati je rasanya kan?

Lepas je balik hotel tu, semua pakat terus mandi solat bagai...
Tak keluar mana-mana lagi dah...
Masing-masing pun dah puas berjalan, kenyang pun dah kenyang, penat pun dah penat..
So, lepak-lepak dalam bilik tengok tv dan pekena Teh Panas dengan Murtabak saja..
Zzzzz....zzzzzz...zzzz....

Esoknya last day kat Cameron Highlands ni...
So, tengoklah apa lagi yang sempat kitaorang buat kat sini....tungguuuu....


Wednesday, November 24, 2010

Cuti Cameron Highlands 2010-Siri Big Red Farm Hari Kedua

Lepas je dah sakan-sakan amik gambar, kitaorang terus ke sini..
Nama tempat ni Big Red Farm...
Best jugak, tak sangka rupanya dekat betul dengan hotel yang kitaorang tinggal..
Jalan kaki pun boleh tau..tapi biasalah, kalau dah namanya jalan kaki menapak naik bukit, sesak napas jugaklah jadinya...(kalau jalan kaki la...kukuikui..)

Ini pun kitaorang tersinggah boleh..??
Boleh tak sepanjang jalan nak ke Brinchang ni kitaorang tak dapat nak singgah mana-mana farm..
Penuh memanjang, dah lah tu parking sah-sah takda..
Tak sangka pulak bila kat sini banyak parking rupanya..sukaa...

Tapi yang bab paling tak sukanya...
Parking memang banyak, sepanjang dalam farm ni tiap tingkat ada parking, tapi naik bukit ok...
Serem sesangat...
Bayangkan nak masuk ke atas ni kena harung orang jalan kaki kena harung bukit yang cerun..huhuhuhuhu
Dapat pulak tu parking yang second last sebelum sampai puncak farm nih...
Pastu boleh pulak, masa nak naik kat parking ni mamat Bangla tukang jaga parking pesan..."nanti tekan minyak kuat-kuat terus naik.."
Huwaaaaa...ayat apakah ini...???
Siap ada pesanan penaja lagi ok..
Punyalah gabra Sept bila dengar Mamat Bangla tu pesan gitu...
Bayangkan masa dah lepas bukit yang Mamat Bangla pesan tu bila nak masuk parking lot pulak, boleh Sept siap tertekan minyak kuat-kuat..
Adoiii..sebaik dia laju-laju tekan break balik..
Alhamdullilah...sebaik tak jadi apa-apa, kalau tidak, alamatnya langgar tembok lah kitaorang...

Trauma ok..memasing terus dok memikir macammanalah nak turun pulak nanti ni...
Sebab bila nak turun kitaorang kena naik lagi satu lagi bukit yang agak tinggi macam tadi jugak...huhuhuhu...
Tapi trauma-trauma pun jalan tetap jalan..hehehheheh


Nilah yang sempat di tangkap...
Cantik sangat-sangat...
Kat sini tersusun je semuanya...
Toilet dia pun super bersih...
Tau jelah kalau dah namanya toilet free, susah nak jumpa yang super bersih nih kan...
Tapi kat sini tak ok..memang sangat-sangat bersih rasa macam nak mandi pun ada..sebab air dia sejuk giler pastu toilet dia besar macam bilik mandi...hehehehhe


Macam-macam tanaman ada kat sini...
Ada offer, 3 paket lettuces tu RM5...
Murah giler..
Tapi sorang pun tak beli...
Bukan kedekut..tapi tak sanggup ok...
1 paket je dah sepokok penuh, kiranya sejambak besar lah kan..
Nanti dapat lak 3 jambak, ohhhhh..tidaklah saya nak menala daun salad je seminggu...
Tau jelah, benda yang kita jarang makan nih, kalau bagi sesapa pun tak tentu lagi habis bagi...
Cuci mata je sudah...hehehehhe


Kat sini rasanya kebanyakkan diaorang tanam guna sistem hidroponic (betul ke perkataan ni?ala yang tanam guna air tu..hehehehhe)


Kat atas ada cafe dan kedai jual macam-macam berkaitan dengan Strawberi...
Tapi disebabkan penuh je tempat nih, kitaorang malas la pulak nak lepak-lepak kat cafe nih...
Pastu bila tanya kat kaunter tu yang kitaorang nak petik buah Strawberi, dia kata dah habis petik lah pulak...huhuhuhu...
Rugi datang lambat tau...


Jadi kitaorang masuk ke dalam kedai sahaja...
Best jugak, boleh kata 80% semua barang ada kena mengena dengan Strawberi...
Comel sangat..
Tengok Zai...super comel kan?
Zai try pakai benda yang pakai kat telinga bila musim sejuk tu...


Habis beli sikit-sikit kat kedai tadi kitaorang cuci-cuci mata kat tempat bunga pulak...
Cantik ooo...


Cantik kan..kan..kan??


Bergegarlah pulak...


BFF saya yang comel dan cute belaka...


Ni pulak dah turun bawah sikit..
Ke bahagian Kaktus...
Macam-macam pesen ada...hehehehhe


Zai...


Saya lagi...hehehehhe


Mereka yang nun jauh di sana..
Kitaorang terpisah kejab...
Me dengan Zai...Sept dengan Mijon...


Saya lagi...kuikuikuikui...


Akhirnya, gambar kami berempat...
Cukup pun korum..
Ni jelah kaedahnya kalau nak cukupkan korum...
Kena amik gambar sendiri...kihkihkih...
Kitaorang kan sebenarnya tak habis pusing satu farm pun...takat pusing 2-3 tingkat farm je...
Dah lapar ok....hehehehhe...

Balik ada pulak kisahnye tau...huhuhuhu
Disebabkan masing-masing dah trauma...
Me dengan Sept je yang kena bawak kereta turun ke bawah...
Mijon dengan Zai kena jalan kaki dan kena tunggu kat bawah...
Terpaksa ok...terpaksa...
Baguslah pun buat gitu...
Bawak Makcik Viv je kan, so takut tak lepas je..
Sebab kat bahagian ni je, masa nak parking tu kitaorang dah tengok satu kereta berundur sebab tak lepas nak naik..
Berundur je tak kisah, ini siap langgar kete yang parking kat situ lagi..huhuhuhu...takut ok..takuttt...

Tapi sebaik pun...
Masa turun lagi serem ok...Me dengan Sept jelah tau seremnya camne...
Jalan adalah super curam...
Bayangkan jalan yang diaorang buat hanya guna simen (tapi dah diketak-ketakkan supaya tak licin..)..
Pastu terkona sini terkona sana...lubang sini lubang sana...ala-ala sepanjang jalan rasa macam kete nak menjunam je...huhuhuhuhu
Tettt..memang lain kali datang sini haruslah jalan kaki saja dari hotel...lagi selamat kaedahnya...hehehehhe...

Turun je tu, boleh tak terlepas simpang nak tunggu diaorang..
Malas nak pusing balik, tunggu je diaorang kat tepi kedai belakang hotel, tapi diaorang tak sampai-sampailah pulak..
Last diaorang kata, tunggu je kat hotel...
Settt...sekali masa nak masuk simpang hotel, boleh terlepas simpang lagi..giler asyik terlepas simpang je nih...huhuhuu...
Jalan pulak jem jenis bergerak ala-ala siput sedut...Sept pulak dah panas hati...adoidoiii...
Tak pasal-pasal terpusing balik me dengan Sept ke tempat tadi...
Boleh tak, masa tengah jem tu, terserempak balik dengan Zai dengan Mijon...haarharhar...
Memang rezeki tak payah jalan kaki betullah diaorang kan...hehehehheh...
Betullah tu, tiap yang jadi kan ada hikmahnya....

bersambung....

p/s: Sejak dua menjak ni me memang suka buat entri bersambung-sambung kan?kuikuikui....

Tuesday, November 23, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Singgah ke Sini...

Sambung balik citer pasal Cameron Highlands..
Aippp...!
Belum habis lagi la..banyak lagi entri pasal Cameron Highlands ni..kukukukui...

Lepas je kitaorang lepak-lepak di Bharat Tea Plantation tu, kitaorang terus singgah ke sini...
Sumpahh, tak tau tempat ni nama apa...panggil sini sini jelah ek.....
Masa nak pergi ke Bharat tu, kat sini macam ramai sangat orang..kereta yang parking kat tepi jalan punyalah banyak...so, tak naklah berhenti kan..leceh...
Tapi tak sangka pulak, bila balik je dari Bharat tu dah lenggang...
Apa lagi...tumpang parking kat apartment belakang tempat ni, terus bergambar...
Aritu me dah tempek gambar-gambar yang ada tu sikit..
Yang ni sebahagiannya...




Comel kan kami?
Sapa lagi nak puji diri sendiri kan..?kuikuikui...

Best jugak bila dapat bergambar macam ni...
Lagi-lagi bila takde orang lain kan..
Bolehlah kitaorang bergambar sakan...(selalunya amik gambar ala-ala je, janji ada...)
Sebaik jugak kitaorang tak golek-golek ala-ala hindustan tu tau..
Mana taknya, rumput kat sini punyalah cantik..rata je...takut masing-masing naik seikh je...
Sebaik masing-masing dapat menahan diri...
Maka, terselamatlah rumput-rumput yang ada nih dari jadi mangsa kerakusan kitaorang...kuikuikui...


Lepas je kat sini kitaorang ke tempat lain pulak...

Bersambung...

Friday, November 12, 2010

Cameron Highlands 2010-Bharat Tea Plantation

 Entri tanpa suara...kuikuikui...
  











Thursday, November 11, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Makan Scone dan Minum Teh..

Lepas je ke Ye Olde Smokehouse tadi tu kitaorang terus ke sini..
Bharat Tea Plantation..
Jem jugak mula-mulanya, tapi oklah makin lama perjalanan tu jalan jadi makin clear dan smooth...
Alhamdullilah...
Sampai sini nak dekat pukul 12.45 tengah hari dah...
Orang??
Huh..jangan cakaplah, confirm ramai...
Tapi disebabkan Parking lot dia besar, takdelah rasa sesak sangat macam kat tempat lain tu...

Sampai je sini tak tunggu apa dah, terus je menuju kat cafe Bharat Tea ni dan cari seat...
Kata nak makan scone kan...so, kenalah usaha jugak sampai dapat...
Akhirnya, tak sampai 5 minit kitaorang dah dapat seat......
Alhamdullilah..memang rezeki nak makan scone tu ada....


See, orang adalah super crowded...
 Seat penuh je sentiasa, cuma rezeki kitaorang dapat cepat...


Beratur nak beli makanan...
 Mijon yang jadi tukang beli..kitaorang tunggu je...
Tapi dah pesan, tak payah banyak-banyak, untuk rasa je ok...


Tapi kat sini pun semuanya hanya ada makanan yang ringan-ringan...
 Yang berat-berat tak de...kalau korang lapar, nayalah jugak, mana taknya paling berat makanan kat sini adalah Nasi Lemak, tapi tu pun yang coit (kecik) giler..
Harga??
Kalau kebulur sangat boleh la beli...kalau takat nak rasa tu tak payahlah..
Mahal ok..RM3 untuk Nasi Lemak bungkus yang saiznya super comel giler...tak berbaloi...

Zai yang macam terpaksa tadah muka...^_^...






View pun very nice...cantik sangat..
 Tapi boleh tak terlupa nak amik gambar kat tepi-tepi belakang tu...huhuhuhu..rugi wooo....



Scone yang diidam-idam sangat....^_^
 Huduh je rupanya kan...?hehehhehe



Mijon beli cukup-cukup je untuk 4 orang...
Dapatlah seketul sorang...
Tapi boleh tak, harga boleh tahan ko bubuh, tapi pingan sumpik...sabar jelah...



Selain Scone, Mijon beli jugak Brownies with Icecream nih...



Test kekerasan Scone ke tengah briefing Zai nih....hihihihihii


Air yang menjadi rebutan...

Air Teh Tarik je pun, tapi ada taruk Vanilla Icecream...
So, rasanya sangatlah sedap...
Tapi sedap-sedap jugak, harga??
RM5 segelas ni tau......


Sesi bergambar bersama makanan...

Yang seteko ni air Teh..
Cardamon Tea (kata Mijon)...
Zai kata rasa Teh ni macam rempah yang ada dalam rendang..hehehheheh...
Bila Mijon gitau Cardamon Tea, pastu tadi me confirmkan balik siap tengok kamus lagi kau, dalam Bahasa Melayu kalau tak silap Teh Pelaga...
Dah memang confirm la tu...kuikuikuikui...
Memang, teh ni rasa berempah-rempah sikit...
Me rasa macam best juga, tapi yang tak bestnya, Teh ni pahit sebab pekat sangat, kalau cair ni rasanya lagi sedap kot...

Scone ni Mijon sorang je yang pernah makan...
So, dialah yang memberi penerangan tentang cara-cara nak makan benda alah nih...almaklumlah, kawan-kawan lain ni jakun sikit...heheheh


Hah, tak teringin bila dah nengok camni punya demo???kuikuikui...
 Kali terakhir Mijon makan Scone ni kat Smokehouse tulah..
Tapi tak sangka mahal sangat pulak, tak berbaloi nak habiskan duit gitu je, tu yang akhirnya ke sini tu...



Saya pun nak jugak...!!


Zai pun sama...!



Aammm...selamat dalam mulut Sept....^_^

Alhamdullilah...
Tercapailah cita-cita dan hasrat masing-masing nak makan Scone kat Cameron Highlands ni...
Alang-alang sampai kat sini kan, kena cuba, kalau tak bila lagi nak naik atas nih...^_^
Harga semua-semua ni RM57...oklah, bukan selalu kan...

Lepas ni nak pergi sebelah pulak, nak cuci-cuci mata...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...