Search This Blog

Showing posts with label Selamat Pengantin Baru. Show all posts
Showing posts with label Selamat Pengantin Baru. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Ana Nikah II...

Bersambung kembali...
Lepas Ana selamat dinikahkan kitaorang terus ke dewan...
Emak me ada buat makan-makan kat sana....3 in one gitu...
Makan-makan untuk nikah, untuk tahlil dengan makan-makan untuk birthday Imraan sekali...
Kitaorang ni mengharapkan jiran-jiran je untuk handle majlis kat sana....so memang lepas letak makanan tu tak tau dah apa yang jadi kat sana....
So bila sampai sana tu, terkejutlah jugak..hamboii meriahnya.....macam dah kenduri kahwin dah ni...hihihihi
First sampai sana terus je buka cepat-cepat kek Imraan ni...takut kang dah nak maghrib semua orang balik pulak kan....
Kek ni ibu Imraan tempah khas ni tau...dulu masa birthday yang ke setahun pun ikut nombor jugak, kali ni pun sama, amik nombor dua pulak...kenangan kata ibunya.......
Memang kalau amik yang nombor ni kena amik 2kg terus...
Sebab tau ramai kan...memang eloklah amik yang berat sikit....so harap-harapnya semua orang dapat merasa sorang sikit kek ni...



Dapat jugak cheese kek ni....kek dari Maz, menantu Acik Nor (makcik kitaorang)....
Maz ni kan tiap-tiap kali ada function apa-apa mesti sedekah kek 2 biji...2 bijik okeh 2 biji....
Satu mesti untuk makan ramai-ramai, satu lagi mesti untuk family kitaorang je....(selalunya yang family kitaorang punya mesti lagi over dari yang untuk ramai-ramai pulak tu..special gitu...hehehehe)...untung kan kitaorang.....???.Alhamdullilah....me dan family ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Maz....^_^...lain kali jangan lupa bagi lagi tau....dasarrrrrrrrrr sangat!haha!


Imraan time ni dah standby nak potong kek...
Potong kek pun kat belakang..sebab kat belakang ni ramai sikit bebudak kecik....
Tu yang pakai kopiah tu pun Atok Imraan dari kampung datang tu...special okeh...Atuk sampai all the way dari kampung tau...selain datang untuk kenduri Ana, memang Atuk datang awal sikit sebab nak tengok birthday Imraan...kemain Atuk Imraan kan.....




Keadaan dalam khemah....meriah tak??
Semua ada ni..orang surau, keluarga kitaorang, keluarga belah lelaki, jiran-jiran dan kawan-kawan Ana.....
Makan kitaorang buat kat luar dewan je...kat bawah khemah gitu....
Sebabnya dewan tu sempit nak kena naik turun tangga nanti..so buat jelah kat sini..lagi senang...lapang je kan...



Buffet table ada dua okeh....punyalah over....
Emak me tempah jugak Sate...500 cucuk...Alhamdullilah cukup....
Tu kuih-kuih tu pulak Makcik me Acik Nor yang bawak tu...
Kitaorang memanglah berterima kasih kat beliau sangat-sangat..kalau ada apa-apa kenduri kat rumah kitaorang, mesti kalau dia datang tu dia bawak 2-3 makanan punya....terharu okeh....



Tu dia..meja lagi satu....
Ada Nasi Lemak lauk Sambal Sotong, Laksa Penang, Nasi Ayam sikit, Pulut Kuning dengan Rendang Daging, Roti Jala dengan Kuah Kari....
Nasi Lemak Sambal Sotong pun by Acik Nor jugak....Emak me tempah kat beliau....sedap okeh...tulah laju je bila kata nak tempah Nasi Lemak..haruslah kat beliau je...rugi oo kalau tempah kat orang lain...
Nasi Ayam by Emak me..tu sikit je...sebab tengah hari tu saja buat sikit untuk sapa-sapa yang datang rumah...
Roti Jala tempah kat Akak kat bawah rumah tu...ni pun terbaik...Kari dia sangatlah sedap..pekat pulak tu...isi ayam pun banyak....puas makan...
Laksa Penang dan Pulut Kuning dengan Rendang Daging pulak by Encik Mat dari Felda D' Saji.... sponsored by Encik Mat okeh, khas untuk Imraan ni.......
Apapun terima kasih kepada semua yang sedekah dan sponsor dan tak lupa jugak kepada yang membantu dalam majlis ni...tanpa korang semua mau tumbang kitaorang nanti....terima kasih banyak-banyak ye...
Lupa pulak..tu hujung kiri tu jiran-jiran tetangga kitaorang...terima kasih sudi datang....
Tu yang belah kanan hujung baju belang hitam putih tulah penyemonser Keknya...Masz....hehehehe...
Tu dia dengan anak-anaknya...orangnya cantik okeh...anak 3 dah besar-besar tapi body maintain gitu....anyway, thanks Masz....^_^



Sambung balik part potong kek...
Potong kek haruslah tunggu pengantin sekali....katanya pun tumpang je kan...kang Imraan overshadow pulak kang kesianlah Acik Ana...hihihihi


Ok..nyanyi reramai dulu....



Dengan budak ni potong kek bukan sekali je...berkali-kali okeh...
Nasiblah ramai orang time ni..kalau tak mau 10 kali kot nyanyi lagu happy birthday macam kat rumah haritu...lepas potong nyanyi, lepas nyanyi potong..sampailah naik hancur hujung kek tu....punyalah suka potong kek ni.......



Beria-ria okeh....
Hidung tu haruslah tak boleh cover....kalau live ni nampak beno control lobang hidung tu tak bagi kembang...kikiki!



Dah...bagi ibu pulak potong-potong untuk agihkan kat meja-meja....
Imraan harini tak bawak kasut or selipar okeh....Ayahnya boleh pulak lupa nak masukkan dalam kereta...adoihai...
Selipar dengan kasut kat rumah opah pulak semuanya size kecil tak muat kaki..so berdukunglah satu petang tu...nasiblah ayah dia kan..sapa suruh tak bawak kasut Imraan...



Ibu Imraan....puas petang tu potong kek...rasanya semua meja dapat makan kot...


Ni kitaorang kat sini nak dekat Maghrib...(masa tu Maghrib kan lambat pukul 7.30 petang)....
So sapa yang ada tu kitaorang mintak tolong tapaukan makanan yang ada tu..so dapatlah agihkan sikit sorang mana yang ada.....dan harapnya jugak semua orang yang datang petang tu dapat makan dengan puas....^_^
Lepas tu dah kemas-kemas clearkan apa yang patut baliklah ke rumah...sampai rumah nak pukul 8...kejab je...lega sangat-sangat....
So tunggu esok pulak untuk majlis resepsi.....

Bersambung....




Wednesday, May 08, 2013

Ana Nikah...

Seminggu dua dah terbantut dek cerita cuti-cuti ke Kuala Terengganu so kali ni me cerita balik pasal majlis Ana kahwin balik ye...


Ok kita start balik....
23 Mac 2013 (Sabtu) adalah tarikh Ana nikah dan 24 Mac 2013 (Ahad) pulak adalah tarikh Ana bersanding...
Kalau ikut plan asal awal bulan 3 lagi nak buat majlis Ana ni..tapi asyiklah kena reject dek orang-orang keliling sebabnya takut bertembung dengan date pilihanraya nanti...
Iyalah..Ana kahwin ni nak guna dewan serbaguna kat rumah kitaorang tu...so kalau tetiba kad dah buat segala dah siap lepas tu tetiba PM umumkan parlimen dah bubar memang menangislah nak tukar itu ini kan...
So Ana belasah je nekad nak amik jugak tarikh 23&24 Mac tu...
Daripadah dok fikir macam-macam sangat kan, kang langsung sampai hujung tahun pun tak tau bilanya nak buat pulak....so kita buat jelah tarikh tu....
Dan bila dah set tarikh 23 dan 24 haribulan tu, kitaorang just buat backup plan simple je...
Tak dapat guna dewan tu, kitaorang pasang jelah khemah kat area sebelah Surau (surau ni dekat dengan dewan serbaguna tu jugak tapi ada tapak parking yang besar boleh jugak kalau nak letak khemah ke apa...)...so senang...tak payah nak tukar venue sangat...so semua orang pun tak payah nak pening-pening kepala sangat kan....
Memang time tu kitaorang dah ala-ala gamble je, sambil berdoa jugaklah janganlah piliharaya lagi kan....
Dan Alhamdullilah....memang piliharaya pun takde...so plan back to normal jelah kan....lega sangat-sangat.....

Ok...Ana nikah hari Sabtu 23 haribulan tu dekat Masjid Kampung Melayu Ampang....
Nikahnya start selepas Asar....tapi tulah...last minit kelam kabut semua orang....dah pukul 5 baru masing-masing sampai (masa tu Asar awal..patutnya assumed pukul 4.30 petang dah kat sana dah...)...
Tu pun sebab dah panik main tinggal je sapa yang ada...sapa dah siap terus zass ke masjid...hasilnya 2-3 kerat jelah yang mengikut...kikikih...sorry sangat-sangatlah acik-acik yang kitaorang ter'tinggal'kan kat dewan tu...
What to do..panik sangat..bila dah siap tu tak ingat apa dah...terus je zass ke masjid, tak fikir dah nak singgah dewan tu dah, tau-tau kitaorang dah sampai masjid.......so sorry ok....huhuhuhu.....lain kalilah kot kan...eh..lain kali tu sapa pulak nak kawin??anim kah?kahkahkah....

Harap diampun...kali ni memang me tak rajin langsung nak amik gambar....
Mana yang sempat je me amik...memang takde mood langsung...kakak perantin kan...haruslah bizi sikit...
So gambar mana yang ada ni snap ala ala ikhlas tak ikhlas je gitu...nasiblah ada jugak...



Imraan..tah napa tah petang tu kemain super-active dia nih....
Bising suara dia je kat dalam masjid ni...ayooo!
Tu belum lagi lari sana sini...kang pusing sana sini, kang naik kat badan kitaorang sana sini..adoii!



Masa ni tengah dengan khutbah nikah by tok kadhi....
Tak dengar sangat pun..kuikui...sebabnya jauh...kadhi pulak tak pakai mic..so dengar tak dengar jelah...



Anim....



Atie dan Imraan....
Budak ni betuilah tak duduk diam..eiii..nak je gigit..tapi sebab ditempat awam, tak boleh gitu..nak marah memang tak bolehlah kan kang berlawan suara dengan tok kadhi pulak....



Saya dah Emak....
Kitaorang tak pakai sedondon pun...belasah je baju apa yang ada..janji pakai sopan yek....



Saya...




Peace....


Akhirnya Ana selamat dinikahkan....Alhamdullilah...lebih kurang pukul 6 tak silap..dengan sekali lafaz sahaja....hebatkan kedua-dua orang adik ipar saya....?hehehehe...
Dah selamat tu perantin lelaki sempatlah solat sunat kejab...lepas tu bergambarlah kami sekejab....
Gambar nikah atau gambar sekeluarga memang takde dalam kamera ni ye......
So tunggulah official photog bagi kang baru me letak dalam blog ni ye....
Dah amik gambar tu terus bergegas ke dewan....
Makan-makan kat dewan serbaguna tu jugak....so kenalah pergi melawat dewan pulak..kang tuan rumah tak balik-balik melopong pulak tetamu kan....


Ni me tempek lagi sekali gambar Ana dan Syafiq.....
Selamat Pengantin Baru to both of you.....
Semoga berkekalan sehingga ke Akhir Hayat.....


Bersambung....





Thursday, March 21, 2013

Start Cuti...

Esok me dah cuti..cuti sehari je pun.......
Patutnya harini dah start cuti tau tapi what to do, ada orang tu dia jenis tak berapa nak faham part orang lain...so lantak la.....
Napa me cuti??
Fyi, Ana nak kahwin minggu ni....!
Yes, jangan tak percaya..si kecik tu nak kahwin dah...huhuhuhu..me pun agak tak percaya ye.....maka tinggallah akaknya yang tua ni bersama Emak dan Adik yang tak cukup umur tu...huhuhu..kasihannnnn.........
Nasiblah kali ni pakai katerer, so memang takdelah terkejar-kejar sangat...
Kiranya tak payahlah nak kerah tenaga 110 percent macam dulu tu....(tak bagi cuti sudey....ada saya kisah??boo!....)
Dan...
Kepada yang dah dijemput tu sudi-sudilah datang, jemputan IKHLAS okeh... walaupun cara macam yang adoo je kan..tapi percayalah seikhlas hati ni tau......
Yang tak dijemput tu pulak very sorry, ni bukan me yang kahwin tau..kalau me yang kahwin haruslah kecoh satu blog..for sure jugak sapa yang kenal me atau me kenal dia tu akan dijemput...InsyaALLAH....
Kengkawan...doakan semuanya smooth yea....tata!



Monday, March 11, 2013

Kenduri Kampung Jijan...


Kenduri pergi minggu lepas hari Sabtu 2hb Mac haritu...
Kenduri di kampung Jijan, Labu, Negeri Sembilan...
Undangan dari Ida...Ida ni adalah kawan kepada Sept dah Zai...
Me kenal gitu-gitu je...nak kata pernah bercakap pun tak kot..huhuhu...cuma kenal nama dan tau rupa je...
Tapi masa Zai kahwin hujung bulan 12 haritu Ida ada cakap dan jemput me datang ke majlis kahwin dia nanti......me pulak ingat-ingat lupa jelah kan...
Lepas tu tak sangka pulak, kat dalam kad jemputan untuk Sept tu dia ada jemput me sekali ke majlis dia....so kenalah pergi...macam tak sedaplah pulak kalau tak pergi kan..

Dan seperti biasa...bila 2-3 hari nak pergi memang akan huru hara.....
Bukan huru hara apa...huru hara nak pergi macamana, dengan siapa, pukul berapa dan bla..bla..bla lagi...
Zai beria Wassap me ngajak pergi...me pulak Sept pun dah ajak, nak buat kawan katanya....
Yang me pulak tersepit...dahlah hari Ahad tu nak balik kampung pulak...so agak pengsan disini...

Last minit baru decide yang me jadi pergi...
Zai me dengan Sept amik kat komuter Serdang (husbandnya ada hal..katanya...)....
Gerak pagi-pagi lagi tau..tapi kesian..patutnya kena amik Zai dalam pukul 9...tapi nak pukul 10 baru sampai kat tepi komuter tu...huhuhu..hampun Zai....
Gerak pun dalam pukul 10 (dari komuter Serdang), singgah hentian Nilai pergi makan dulu...
Kitaorang bukan beli breakfast okeh...kitaorang terus lunch..hahaha!
Me dengan Sept makan Nasi Ayam...Zai siap makan nasi lauk Ikan Keli Masak Gulai Cili Padi lagi...kikiki
Makan-makan..dah kenyang baru gerak terus ke kenduri...






Sampai sana dalam pukul 11.45 kot...tak ingat sangat..tapi memang nak pukul 12pm jugaklah...
Time sampai tu pengantin baru nak mekup...so terus je pergi makan..hahahah...buruk benar perangai kan..padahal baru je makan tu...
Tapi okeh je..makan slow-slow free and easy kata orang....
Me dengan Zai lagilah..time dalam kereta iya-iya je kata kat kenduri nanti taknak makan banyak dah..ewahhhh..pembohongan semata-mata sangat!
Me masa nak amik nasi tu tengok nasi dia color lite lite je terus je amik nasi banyak okeh...
Pastu bila bau Rendang Daging tu semerbak semacam terus je laju selera membuak, laju je mencedok Rendang...hamboii...taknak makan banyak katanya.......
Paling best tengah dok fikir-fikir nak amik lauk apa lagi tiba-tiba makcik penanggah tu tuang setray ayam goreng ala-ala KFC kat depan muka me...ewahhh..pucuk mencita ulam mendatanglah kan....
Terus laju je amik kepak 3 ketul..kikikih...suka bebeno sebab dapat makan ayam goreng keepsilah katakan...

Dah makan slow-slow free and easy tu, makan pulak cendol...
Pastu lepak-lepak kejab bawah khemah tu...konon nak tunggu pengantin siap....
Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar pun...sampailah Zai terpaksa kena balik sebab Ayah dengan Emaknya dah tunggu...(Diaorang ni dengan pengantin sebenarnya saudara mara..so haruslah Ayah dengan Emak dengan segala saudara mara Zai ada kat sana jugak...)....
Zai kena balik ikut parents dia balik jugak...tu yang mengagau member tu takut ayahnya tinggal dia..kikikih...
Last tinggallah me dengan Sept....time tu panas jangan cakaplah..tak terbukak mata....(memang lupa giler dah nak mengambik gambar ke apa dah...)....

Pukul 1 suku nak balik dah...sekali Emak pengantin kata tunggulah..pengantin nak bersanding dah...
Tunggu punya tunggu, serender kitaorang salam Emak dia terus tunggu kejab dalam kereta....
Konon dapat tengok dari jauh pun jadilah...tapi tak dapat pun...
Tunggu nak pukul 1.45 pm dah kot...tak sampai-sampai jugak pengantin..so terus decide balik je....
Memang kepunan nak tengok pengantinlah jawabnya....what to do...huhuhuhu....
Nak masuk bilik pengantin tengok rumah dah sesak...nak lepak-lepak tak tau dah nak lepak kat mana...lepak dalam kereta pun dah sudah...so end-up balik jelah....
Apapun, Selamat Pengantin Baru buat Ida dan Suami...
Semoga Bahagia hingga ke Akhirat....
Terima kasih sebab jemput Kak Sue ek.....terimalah hadiah tak seberapa dari kitaorang tu...^_^

Balik kitaorang sempat singgah Nilai 3 kejab...dapatlah tudung 3-4 helai murah-murah...jadilah alang-alang dah singgah tu...
Balik tu sempat singgah hentian Kajang, jemput Emak Sept yang baru balik dari Kedah...
Dah jemput tu lalu dekat Sate Samuri sempat tapau sate lagi....(minggu ni dah 3 kali makan sate Samuri okeh...nyum..nyum..nyum...)....
Sampai rumah semua nak dekat pukul 6....Alhamdullilah....






Wednesday, August 10, 2011

PD 2011/2-Senawang Kenduri Ema....

Ni me nak habiskan pasal pergi PD dan pergi kawin Ema...
Punyalah lama tertunggak kan...tambah esok dah cukup sebulan ceritanya...kalau nasik ni memang dah takde rupa nasik langsung dah kan...?hehehehheh
Apapun sambung cerita...

Lepas je check-out dari Bayu Beach Resort tu kitaorang tak terus ke Senawang tau...
Tapi kitaorang patah balik ke Batu 6...
Sebab apa rajin benar berpatah-patah tu??
Sebabnya masing-masing nak menapau Ayam Panggang Cowboy...!
Rajin kan??hahahahah
Bayangkan me dengan Mijon dengan berbaju kurungnya tu gigih mengharung cuaca panas dengan asap tebal kat tempat panggang tu semata-mata nak beli Ayam Panggang gitu...(Sept pilot, jadi haruslah duduk dalam kereta menunggu...)
Haa..korang sanggup???
Sebaik me tak mekap gitu, kalau tak mau cair mekup i tauuu....
Kali ni Ayam kitaorang beli 2 1/2 ekor tau...ada jugak beli buntuit ayam 3 cucuk....
Ayam tu pulak, sekor me punya, sekor Mijon dan 1/2 ekor Sept punya.....buntuit makan sesama...
Lama jugak nak menunggu tu...ramai pulak orang time tu nak menapau jugak...huhuhu..
Tapi takpe, janji dapat kan..kalau tak kepunan sapa nak tolong panggangkan ayam sebijik camtu kan..kan..kan??
Lepas siap membeli tu apalagi...teruslah kiraorang masuk highway...
Travel nak ke Senawang amik masa dalam 40 minit lebih kurang...oklahkan...
Lepas keluar je dari highway PD, masuk higway PLUS, exit pertama dah masuk ke Senawang..dekat je kan....?Tu pun campur jem dengan campur sesat nak ke Taman rumah Ema tu yang buat macam lambat je nak sampai..kalau tak mungkin lagi cepat kot....huhuhuhuhu
Dan...tulah pasalnya kitaorang macam rajin-rajin je nak bercuti sambil pergi kenduri kali ni..
Sebab mula-mula dah difikir-fikir, kalaulah hari tu kitaorang terus dari KL mau rasa macam jauh je kan, jadi tu yang last-last decide buat 2 in 1 tu, sambil bercuti sambil pergi Ema kawin akhir..senang cerita....berbaloi-baloi kata orang...^_^

Dan, elok pulak kitaorang sampai-sampai tu, time Ema dah siap nak menyambut pengantin Lelaki...
Time ni semua orang tengah excited, pengantin perempuan nak keluar dari bilik dah kan...


Pengantin ..
Elok je kitaorang nak masuk bilik pengantin, pengantin dah bergerak....so, dapatlah tengok dari dekat, walaupun tak sempat nak say hi lagi kan...
Cantik kan?manis je tengok...








Malas nak bergerak...huhuhuhu...
Jadi amik gambar dari kejauhan sahaja...


Elok je pengantin duduk bersanding, kitaorang makan dulu...



Lama jugak kitaorang makan...
Elok makan-makan pengantin pulak sampai untuk makan beradab....
Ingatkan nak amik gambar pengantin masa diaorang tengah makan tu...
Tapi Ema signal, katanya, tunggu kejab, jangan balik lagi...nanti kat dalam amik gambar...
Hahahaha..mesti dia ingat kitaorang nak balik dah time tu....hehehehheh


Bila pengantin dah kata gitu..so lepakinglah kitaorang...
Time ni kat hall ni takde orang..apalagi...sambil lepak-lepak didepan kipas angin, sempat le snap gambar syok sendiri sekeping dua...hihihihi...


Gambar ni yang original tah mana tah, terpaksa menempek gambar yang dah diedit secara tah hapa-hapa nih...huhuhuhuhu...opsss...terlebey sudah perut me tu, takdelah nak mengover kan...kuikuikui..


Gambar bersama pengantin....Ema dan Fendy...
Me pernah tulis entri pasal Ema dulu...kalau rajin bukakle...hihihihihi...
Apapun me ucapkan buat Ema dan Fendy, 
Selamat menempuh alam berumah tangga...Semoga jodoh kalian berkekalan sehingga di akhir hayat..Amin....



Lepas kitaorang amik gambar dan wish-wish semua..teruslah kitaorang beredar....
Boleh pulak, tengah cun-cun nak ke kereta hujan turun menderu... suddenly ok..takdele nak warning turun sikit-sikit ke apa...kuyup giler masing-masing (serius, memang kuyup sekuyup kuyupnya, tak tipu...)....
Elok je kereta nak gerak, elok pulak hujan dah makin renyai je....huhuhuhu..terbaliklah pulak...
Kuasa ALLAH....

Balik tu sempat singgah ESSO, isi minyak penuh-penuh, padahal minyak ada lagi lebih separuh tangki....
Standby BERSIH punya pasal lah kan...manalah tau kang tetiba nak ke KL jem lagi...
Tapi Alhamdullilah...jalan adalah super smooth, tak seperti yang dijangka...
Sampai rumah Mijon pun nak dekat pukul 4...sempat solat Zuhur dulu...
Sempat jugak berjemaah makan nasi Dik Nor masak, sempat jugak perabih Sept punya Ayam Panggang...kuikuikui...dan sempat jugak buat kira-kira hutang hutang memasing....Sempat jugak solat Asar sebelum balik...
Pukul 5 lebih bertolaklah me dengan Sept...Sept letak kereta dia kat rumah me...
Sampai rumah dalam pukul 6....
Sept pulak sampai rumah nak dekat pukul 7....
Alhamdullilah..syukur...syukur...akhirnya selamat semuanya kan...
Tak sangka, percutian 2 in 1 last minit ni berjalan dengan lancar...happy sangat-sangat tau...
Rasa macam nak buat tiap-tiap bulan, boleh???ceh..ceh..ceh...macamle mampu sangat kan...kuikuikui

-TAMAT-




Tuesday, March 01, 2011

Selamat Pengantin Baru Annor&Syed...



Kiriman MMS dari Mijon tempo hari..hari ni baru sempat upload...

Sejurus selepas majlis penikahan....

Disinggahsana persandingan....

Selamat Pengantin Baru buat Annor&Syed...
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat...Amin....^_^

Sue berkata tapi dalam hati:  Santekk sangat pengantins kan...tumbs-up to Kak Has..!!


Wednesday, July 07, 2010

Atie Bersanding

-Khemah dan Dewan Orang Ramai-


-Bunting yang dibuat 3hari sebelum majlis. Dapat free masa beli kad kawin.  Lambat siap sebab terlupa nak tempah, lepas tu 1st design sangatlah hampeh, so ni yang diaprof..-



-Makanan.  Semua masak sendiri gotong royong (jiran tetangga, pakcik n makcik me).  Kepada tetamu yang tak dapat makan makanan ni satu set, kami mintak ampun banyak-banyak ye...-



-Tetamu.  Tetamu awal, bukan sapapun, atas tu pakcik sedara me, yang lain-lain tu anak jiran n adik sepupu-



-Orang kuat.  Orang-orang kuat yang merealisasikan majlis. Mak me yang dok dpn tu., yang lain emak sedara..patutnya satu family pakai sedondon ungu..tapi ada sedikit kekalutan, so, kitaorang jelah melaram ungu, emak tak..huhuhuhu..-



-Pelamin.  By Davency Wedding Studio.  Ownernya Mr. Lee..Cina ok..Atie amik pakej pengantin (Andaman, baju, pelamin, photograpy) dari dia nih..memang pandai giler bisnes dia nih-




-Buah tangan.  Anim dan kengkawan jadi tukang bagi segala tok nenek bunga telur/gula-gula/kek kecik (twiggies)-


-Kompang.  Kompang main untuk 2hari berturut-turut. Yang bestnya, baju diaorang ikut color pengantin pakai.  Sedondon-




-Pengantin.  Tema bersanding warna hijau-




-Silat.  Disponsor oleh Acik Din-





-Baling gula-gula.  Kat tempat me (Teluk Intan, of course keturunan melayu-jawa) baling gula-gula wajib ada dengan duit syiling.  Naya ok kalolah timpa kepala..hihihiiik-




-Tepung tawar.  Just tepek gambar Mak, Me n Ana..-




-Muzik.  Diaorang main lain sikit sebab macam ada extra instruments. Nurul kata macam music techno..hahahhaahar..betul kot..techno asli gitu.  Selain tu ada DJ jugak, sesi karaoke pun ada-





-Makan Beradap.  Penuh, ramai n meriah-



-Family Portrait.  Our little family-


-Some of our makcik-makcik dan cousins-

-Family from Azrul side-




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...