Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

Blank kejab...

Tak reti nak bagi tajuk apa...adoii...

Me sebenarnya nak membebel pasal ni....:
Tak taulah napa Jalan Ampang yang depan sikit dari rumah me ni dari malam Khamis haritu jem...
Dahlah minggu ni Emak keje petang, pelik pulak bila Jalan nak ke Ampang yang jem...
Selalunya Jalan ke KL yang jem, tu pun tengok jugak, kalau time peak hour atau musim orang dapat gaji atau musim orang kuar bershopping selalunya jalan memanglah jem, selain tu jalan akan smooth saja walaupun kereta banyak....
Tapi minggu ni macam hampeh pulak, bila pergi amik Emak jalannya ok je, tapi bila time balik, amboii...jem yang amat la pulak..
Nak lepaskan Ampang point yang tak seberapa jauh dari rumah tu je, dah macam nak menempuh apa je rasanya...

Malam semalam paling hazab, patutnya bila dari KL tu pukul 10.15, paling lambat pukul 10.35 malam dah sampai rumah dah..ni tak, start dari Ampang point je nak pukul 11.20 baru sampai rumah...
Emak me boleh sempat tidur lagi u all, tak pernah-pernah berlaku dalam sejarah nih...me pulak takkan nak tidur kan..walaupun mata dah makin kecik, kena maintain saja..

Heran-heran...event apalah yang ada sampai 3-4 malam asyik nak jem saja nih??
Kitaorang berdua pulak asyiklah dok teka-teka itu ini kenapalah jalan jadi jem bila nak ke Ampang nih...ala-ala teka sendiri jawab sendiri dah gayanya...dah, memang tak tau punca gitulah kaedahnya...hehehheh

Malam ni kena amik emak lagi, nanti nak tengok jem lagi ke tak...harap-harap tak lah...huhuhuhuh

Semalam berjaya lagi masak Baked Macaroni..(gambar tak transfer lagi..)
Kali ni lebih moist dari haritu...heehheheh..
Atie balik singgah dari keje tengah hari semalam, tu yang rajin sikit nak masak benda alah tu...
Benda-benda macam tu kalau nak masak mana boleh masak time suka hati je, nak tak nak kenalah tunggu ada orang ramai sikit baru boleh masak (ramai lah sangat yea...hehehheh), kalau tak alamatnya setengah tray buang gitu jelah jadinya....^_^


Saturday, October 09, 2010

Tiramisu Melayu....^_^

Haritu me ada try buat Tiramisu...
Tapi otter sikit resepi tak guna kek span atau sponge finger tukar guna biskut meri perisa coklat sudah...tu yang dapat nama Tiramisu Melayu tu..hehehheh
Rasanya.?..dah tentulah yummy dan very cheesy...mula-mula makan macam tak best, tapi lepas tu asyik rasa nak makan lagi dan lagi..hehehhehe
Cuma terkilan sikit, dok pukul cream cheese tu punyalah berejam, tapi tak kembang-kembang tak mau jadi gebu..why??why??tell me why??...duhduhhhh..
So, rupa Tiramisu saya takdelah rupa gebus macam orang lain punya yea...huhuhu...

Test letak watermark secara manual..huhuhuhu

Resepinya amik dari myresipi.com..
Penyumbang resepi adalah Umie_E...Tq Myresepi, tq Umie_E...lain kali kena buat lagi nih...^_^


Resepi asal adalah seperti berikut:

Tiramisu simple

Tiramisu





Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3.  Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8.  Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10.  Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Klik sini untuk tengok testimonial orang lain:  http://www.myresipi.com/top/detail/736


Meatball+Daim Almond+Chicken Wings...

Cerita makan-makan minggu lepas..
Lepas temankan Mijon brunch kat foodcourt Ikano, kitaorang kan terus ke foodcourt IKEA..
Orang taklah seramai macam kitaorang pergi sebelum bulan puasa haritu..tapi biasalah tempat makan, mesti sentiasa penuh punya, lagi-lagi2 time tu dah pukul 12 lebih kan...
Kitaorang pusing punya pusing, usha-usha tempat kosong, sekali ada pun...walaupun tempat tak berapa strategik, peduliiiik....duduk saja..
Nak hilangkan kepunan punya pasal, besemayam lah kitaorang kat tepi counter air dengan kaunter cashier..
Dan harini (sabtu lepas da...) Mijon yang tolong beratur belikan makanan..
Gambar-gambar adalah seperti berikut..(tempek dua keping saje..)..:

Rasa makanan masih lagi sedap, cuma Daim Almond tuh rasa macam manis ya amat la pulak...Mijon pun cakap camtu, so memang betullah me rasa manis tu kan...
Makan berdua ni  rasa macam kureng enjoylah pulak, sebab tak berebut-rebut, lagipun me yang kena perabihkan semua ni sesorang, Mijon kan dah kenyang..aduhhh, sengkak perutt.....sebaik lepas tu terus exercise pusing-pusing IKEA, kurang sikit lemak...(soalannya: iye ke kurang lemak Sue???huhuhuh)...Opss, maksudnya sengkak tu kurang lah sikit sebabnya dalam tu je dah habis tawaf nak dekat 3 jam...heheheheh..

Citer harini (9 Oct 2010-Saturday):
Harini bangun pagi-pagi lepas je solat subuh terus mandi siap-siap carik sarapan...
Apalagi, menapau Nasik Lemak Payung lagilah..
Me punya Nasik tambah dengan lauk paru dengan Rendang Daging, amik ko...!

Harini niat nak buat lagi Baked Macaroni, daging cincang pun dah kuarkan tu, mintak-mintak menjadilah...
Tapi tengok juga macamana, Emak kerja petang, dia nak masak sup tulang, kang kalau rasa macam malas terpaksa lah pospond masak Baked Macaroni tu lain kali....^_^

Friday, October 08, 2010

Hotel Emperor Melaka

Entri lapuk..huhuhu...
Me terjumpa dalam draft..so, buat saja lah kan..alang-alang gambar dah siap tertempek kat sini...

Ni citer pergi Melaka lagi...pasal hotel yang kitaorang duduk..
Entri lepas ada me citer dan tunjuk sikit..tapi entri kali ni kiranya me nak cerita lebih sikit la..
Kitaorang kan duduk 3 hari 2 malam time cuti Wesak day (28-30hb Mei 2010) haritu...
Duduk kat Hotel Emperor yang terletak kat Jalan Mushi Abdullah, betul-betul kat Bandar Melaka.
Kiranya keliling kawasan ni semua hotel-hotel juga..
Kiranya jugak hotel ni dekat dengan tempat bersejarah kat Melaka, dekat je..nak jalan kaki pun buleh takde masalah, tapi kalau balik Hotel tu korang demam kura-kura seluruh otot dan kulit tanned secara maximum me tak jamin apa-apa yea..hehehehhe
Yang ni cari dan book hotel last minit..2-3 minggu sebelum pergi..
Sebaiklah ada lagi bilik kosong, sebaik jugak ada pulak harga promotion...memang rezeki terletak boleh dikatakan, padahal time peak hour camni manalah dapat hotel murah-murah, boleh dikatakan semuanya naik harga 30-60% jadinya...
Kalau nak diikutkan sebelum hotel Emperor ni, kitaorang dah try tepon hotel lain, tapi laju je orang tu cakap dah fully booked...adoiii, memang rasa nak nangis je time tu, dah penat-penat plan penat-penat carik information kat internet, sekali dah penuh, sebaiklah second choice ada lagi yang kosong, lega...
Sebaik tak rugi apa-apa pun walaupun carik last minit..huhuhhuhu

Harga duduk kat hotel RM 113 perbilik (kalau tak silap la..lupa sudah, tapi memang tak lari banyak la..memang lebih kurang tu..), patutnya RM180 plus-plus ni tau..okeyla untuk hotel 3 Bintang kan..
Kitaorang amik 2 bilik, 1 bilik 2 orang boleh duduk, 2 darab 3 hari 2 malam....So, bila pusing-pusing balik RM113 jugak la kitaorang kena bayar satu kepala..murah jugak lah kan?hehehhehe...
Hotel sediakan breakfast untuk 2 orang perbilik, ada channel Astro yang agak complete (ada 1 movie channel, 1 documentary channel, 1 cartoon channel, 1 music channel dan channel2 wajib...macam dok rumah dah rasanya.) dan yang penting mula-mula carik kat tenet tu mesti wajib ada pool (kata susah nak jumpa pool kan, jadi kena carik sampai dapat, tak kiraa.....) dan yang lain tu facilities sebijik macam hotel-hotel lain jugak..tak kurang tak lebih...


Yang ni kat lobi hotel..lobi dia besar jugakla..lapang je..iyalah, ikut information Hotel Emperor ni hotel yang paling tinggi kat Melaka, tak silap ada 18 ke 22 tingkat ke (kalau tak silap la, sebab pernah terbaca dulu..malasnye nak bukak google..)..


Kat tiang seri hotel...cantik kan..nampak cozy je, antik dah tentu...
Lupa, hotel ni sebenarnya hotel lama ya u all..dia punya perabot-perabot segala tu semuanya barang lama..Nak kata buruk pun tak, cuma antikkk sangat-sangat..tapi antik yang terjaga lah, bukan antik yang terburai-burai tu ye...hehehheh


Ni bergambar sebelum balik...tangga nak kebawah tu dia punya cafe, breakfast kat bawah tu lah..tangga ke atas tak tau untuk apa...tak sempat pulak kitaorang nak check...


Ni time nak tunggu kete, dahlah hujan lebat, barang dalam gambar ni 3/4 je tu (tak muat nak snap penuh-penuh, kes malas nak bergerak), kete pulak dahlah Makcik Viv aje, kocik jo, dengan orang lagi dengan nak sumbat barang-barang lagi cuba u all bayangkan, hebat ke tak hebat kitaorang??...hehehhehe...


Ni pulak waiting area depan lift dan depan restroom...



Yang ni pulak frontdesk kaunter, memang antik kan?staff adalah efisyen, kitaorang sampai sebelum pukul 2, tapi dah boleh check-in dah...servis lain-lain juga adalah cepat..Ada satu tim tu dah jadi kes terlock pintu bilik sendiri, call frontdesk terus diaorang hantar staff secepat kilat...suka..suka...


Lain kali lah kan, kalau me nak gi Melaka, bolehla tinggal sini lagi..sesuai kalau ramai-ramai ni (macam le family besar benar..huhuhu), tempat selesa (untuk orang yang berpendapatan macam me ni lah...), lapang pun lapang..nak gi town pun kuar sikit je ke depan dah sampai (dalam 5-10 minit je kalau tak jem, tapi tau jelah kan, Melaka town dah tentu confirm-confirm jam jadi bila campur tolak walaupun dekat adalah jugak nak dekat 30 minit tak campur nak carik parking pulak...amik ko, ingat Ampang je jem...??)...
Kesimpulannya, nak tau best tak best Hotel Emperor ni apa kata korang cuba try test duduk...hehehheh..


Nota:  Amacam?agak-agak entry kali ni persuasive tak?agak-agak ada tak korang teringin nak gi sini..?Hhihihii


IKEA: Beli ini saja.....

Gambar antara hasil belian di IKEA...
Ni namanya gatai tangan kiri...hehehheheh.....



Thursday, October 07, 2010

Mari Melawat...

Gambar ada lebih 10 keping, tapi sebab nak upload dah macam hazab lah jugak, siap nak kena kecikkan gambar segala so, tunjuk jelah yang 2 keping ni...


Ini adalah rombongan dari Uitm, Merbok, Kedah...Ni masa kena dengar taklimat awal, rombongan diaorang ni bukan sekadar melawat-lawat sahaja, rombongan ada makna tau...diaorang melawat sebab kena buat assignment le apa lagi, student kan...tak de maknanya lecturer nak jalan-jalan carik makan angin saja, balik Kedah karang, hazab diaorang la pulak nak menyiapkan report...huuhuhuhu...(tapi, Akak mintak-mintak janganlah korang hazab yea...)


Saya sebagai seorang MC pada hari itu...sejak dua menjak ni me dah banyak kali jugak jadi MC secara bidan terjun (ada 4 kali dah gamaknya...kira banyak kali jugak tu...hhuhuhuhu)...bukan bidan terjun dah jadinya, dah ala-ala payung terjun terbukak dikiraan akhir dah keadaannya....
Ada ke patut time jamuan Kak Ros hari tu, time nak start majlis tu dan-dan  nama kena petik jadi MC.  Adoiiii...alamatnya mengagau giler jadinya, dengan text takde, dengan lari tune (lintang pukang le tu..), dengan suara pitching tak menentu...hahahahah..habis peluh jantan campur betina kuar...
Tapi sebaik la yang ni dah diinform 2 hari awal (kalau ikutkan 2 hari pun mana cukup untuk MC amatur macam i ni u...), so bolehlah baca text tu tertib sikit dari yang sebelum-sebelumnya...tapi harap tertib jelah, tang pitching, tone suara tu belasah saja...janji proper sudahh....

Bebudak ni semua dengan pensyarah diaorang dok melawat dari pagi 8.30 sampai lunch hour 12.15pm...Okeyla, macam me kata dalam entri lepas, kitaorang kat sini sangat-sangatlah enjoy, suka bila ada big group macam ni sudi datang ke ofis kitaorang...

Ha, rasa-rasanya ada sapa tak yang nak melawat kitaorang lagi??
kalau ada, Sila angkat tangan yea....^_^

Nilah dia S3000 me tu....

Ha..inilah dia S3000 me tu...
Nikon Coolpix S3000..
Rega??sedang-sedang saja...oklah, nak kata murah tak (kalau ikut standard me lah..), nak kata mahal pun tak jugak...
Badan dia slim je, tak macam tuan dia..huhuhu..
Skrin size 2.7", 12 megapixals, ada auto mode dan ada mode yang kena setting sikit..
Tapi paling best bab amik gambar makanan, dah ada setting khas dia...memang gambar clear sesangat..sukaa...(bantai jelah ayat tu, janji paham...hehehehh)..
Tapi bab amik gambar lain, macam tak best je..tahlah, ke memang me yang tak pandai amik gambo?huhuhuhu...

Nota:  Ini bukan entri eksen-eksen or promot-promot yea..ni namanya entri suka-suka...
Nota lagi:  Gambar diamik dari abang Google (tq abang google..)..nak amik gambar guna hp malas da...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...