Search This Blog

Thursday, May 26, 2011

Tayar Bocor...

Ni gambar amik pagi semalam..
Konon nak buat entri..tapi hampeh tak dapek..so, lupakan saja, tempek gambar sudah....huhuhuhu

Kembali ke cerita yang asal..
Selasa petang tengah laju-laju nak balik bila sampai kereta tengok Ya ALLAH..tayar depan belah driver dah flat seflatnya...huhuhuhu..
Terkujat ko...tapi cool..cool dulu...fikir fikir camne dulu, baru bertindak...
Me sebenarnya macam seriau je nak bawak kereta time tu..iyalah..tayar tu flat sangat..macam takde harapan untuk bergerak je...
Tapi bila difikir-fikir balik...takpe..try je bawak slow-slow..sampai stesen minyak kang pam minyak...nak mengharapkan orang-orang kat sini hampehlah tak tentu lagi ada yang nak tolong..lagipun sementara boleh buat sendiri tu usahalah kan dulu, kalau dah terdesak sangat tu barulah mintak tolong orang kan...?
Akhirnya setelah difikir-fikir di telek-telek me pun bawaklah jugak Makcik Viv me tu slow-slow..
Dan disebabkan kat Jalan Ampang ni semua driver adalah sangatlah tak penyabar (termasuklah me) so me nyalakan hazard light terus...
Senang cerita...so, kalau sapa-sapa rasa nak potong silakan...tak payah nak maki-maki yek...memang me bawak kete slow macam siput babi disebabkan emergency gitu...Jadi sila ke lane sebelah kalau kamu semua dah tak tahan nak tekan minyak..kuikuikui
Sampai stesen minyak terus me pam anginlah kan...
Sekali mula-mula tu pam tu macam rejectlah pulak, macam angin tu tak mau isi...siap meter tu bunyik bib sekali pastu berputar-putar jam tu tak tentu hala..sudahhhhhhh....janganlah oiiii.....
Tapi me tak putus asa..cool man..cool....terus je me cucuk benda alah tu isi lagi...
Alhamdullilah..lega...mau pun dia...dan memang giler jauh angin tu kurang tau....sebaiklah walaupun tadi tu dah flat giler-giler, tapi bila me bawak Makcik Viv me tu tayar tak kuar api ala-ala kereta drift gitu...kalau tak menangis ditepi jalanlah jawabnya...kuikuikui...
Me test lagi sekali isi..angin tak kurang..statik penuh je..so sangat-sangatlah lega....alhamdullilahhhhhhh.....aminnnnnn....jadi proceed perjalanan pulang kerumah....heheheheh

Nak dijadikan cerita...dalam keadaan yang agak panik tu kebetulan petang Selasa tu me dah berjanji dengan Atie nak amik Imraan...sebabnya Atie kena OT sampai pukul 9 malam nanti...
Dahlah tu sebelum amik Imraan tu kena pulak amik Ana dulu...
Iyalah..Makcik Viv me tu manalah ada baby seat kan...kang tak pasal-pasal tergolek-golek pulak Imraan satu kereta..hahahahha...nak ke taknak kalau nak amik Imraan kenalah bawak sorang lagi untuk pegang Imraan tu...
Jadi..dalam keadaan yang sangat berhati-hati (sebab selalunya main belasah bawak je tak kira lobang atau bonggol ke apa), akhirnya walaupun dalam hati panik masih ada, tapi me selamat sampai ke rumah, selamat amik Imraan dan selamat sampai ke rumah lagi.....syukur..syukur...

Malam tu  pulak risau still risau...tapi takdela pulak nak bawak gi bengkel...(kiranya risau dalam hati je..tapi nak bawak ke bengkel harammm.....boleh lagi malas nak berfikir-fikir..cisss....salahkan diri sendiri ye...)
Sebaiklah dalam malas berfikir-fikir tu bila nak pergi kerja pagi semalam tayar in good condition...tak flat pun..lega dua puloh pat kali....fuhhhhhhh!...

Dipendekkan cerita, 
Petang semalam walaupun tayar kereta masih lagi cun terletak tak effect apa-apa, tapi balik kerja je terus me terjah bengkel kereta....takut sejarah mungkin berulang ok...tak sanggup nak tanggung risiko.....
Sebaiklah bengkel pun elok je bukak lagi...memang i lap u lah kan....heheheheh
Masa mekanik tu cek haa kau...terus dia tunjuk kat tayar me tu...Ada 2 batang paku....2 batang ok..bukan 1 ye...serius terkejut ko...memang takleh terima...giler banyak sampai 2 paku tu..patutlah flat secara habis-habissan....tah paku sapa tah yang tercecer tepi jalan tu tah (mata ke atas tangan didada...)....dahlah tu, elok pulak paku tu tercucuk dekat-dekat je...ishhhh....macam dirancang-rancang gitu..cissss....
Bila dah setel mekanik tu tampal tayar Makcik Viv, lega berlagu-lagu hati ni ok...syukur sangat-sangat....
Terus balik rumah mandi dan bersolat...(wahahahah..bukan senang nak tengok Sue solat Asar cepat oiiii....)....hihihiiik...
Time tu memang rasa macam nak round round the world bawak Makcik Viv time time tu jugak je.....kuikuikui...

Lupa pulak, bengkel charge RM5 untuk satu bocor..so untuk dua bocor, silalah kira sendiri ye berapa RM me kena..kuikuikui....
Pastu, barulah me tau, rupa-rupanya tayar Makcik Viv tu tayar tubeless gitu...tu pun me interview serba sikit mekanik tu...selama ni walaupun Nurul pernah cakap yang tayar Makcik Viv tu tubeless...tapi haram tak amik tau..hehehehhe..dah bocor barulah mengelupur nak tanya kan...barulah mengelupur nak ingat apa yang orang lain pernah cakap kan...haremm sungguh Sue...hehehheheh


Monday, May 23, 2011

Puding Kastad (Jagung)

Buat jumaat 2 minggu lepas...



Puding Kastad

Puding
Simple custard pudding

Created on : 10-04-2006

Bahan-bahan ( 20 cm )
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula (dikurangkan, me jadikan 3/4 cawan sahaja)
  • 1 cawan jagung dalam tin (me guna yang corn in cream, sebab tu je yang ada kat rumah)
  • 5 cawan santan (kurangkan, me jadikan 4 setengah cawan sahaja)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend jagung (me tak blend pun, saja sukakan rasa jagung seketul-seketul tu...). Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
  2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
  3. Masukkan ke dalam loyang
  4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk


Terima kasih Erna untuk resepi ni...
Kengkawan tryla...resepi simple tapi memang sedap sangat-sangat....

Thursday, May 19, 2011

Cream Puff..

Cream Puff yang dihasilkan pada bulan 6 tahun 2007...
Ha kau..dah berjaman kan...

Kisahnya, pagi tadi bukak-bukan gmail tetiba dapat email dari siti Normaya ni...
Dia tanya soalan pasal cara nak buat creampuff yang me pernah cuba buat dari myresepi...(me ada tinggalkan jejak kat sana...)
Sebaiklah kisah lama tapi me masih ingat lagi cara dan kaedah nak membuatnyer...hehehhehe...

Resepi asal adalah dari SINI....

Cream Puff

Cream-puff
Senang.. cara-cara masak bergambar

Created on : 29-08-2006

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4.  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6.  Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8.  Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9.  Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12.  Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer


 Tapi seperti pertanyaan Siti Normaya, me tak ni takde microwave oven sebernarnya, dalam komen me kat Myresepi tu, me telah gunakan periuk biasa je bila nak buat batter cream puff nih...
Caranya senang je, guna je dapur biasa, just tenggek periuk biasa cuma api kena maintainkan perlahan je, sebab takut adunan jadi bergentel...
Kat bawah ni adunan yang dah dipipe ke atas dulanglah sangat kan tutup periuk tu...kuikuikui...
Ni kaedah orang tak reti nak cari dulang pembakar kat ne, so belasah je guna tutup periuk...
Lagi satu, me pipe ni tak guna pun bag piping, just guna plastik putih (clear) tu je...
Dah sumbat adunan kat dalam plastik dan gunting sikit je hujung plastik tu...
Terus boleh pipe kan dah...pipe secara bulatan dan jadilah bentuk macam kat bawah ni...(ewahh...macam pro je kan...?hehehhehe)
Macam resepi asal jugak, lepas dah pipe tu kena semburkan sikit air kat atas adunan ni...
Untuk apa me tak berapa pasti lah pulak..hihihihiihi...

Ni yang dah siap bakar...
Amacam??oklah kan untuk amatur..hihiihi..
Masa buat ni memang habis ngoklah...pakai belasah je mana yang ada...
Tapi alhamdullilah..menjadi u all..hehehhehe...
Ok tak??
Ok sangat-sangat dah ni tau...
Apapun, kepada Siti Normaya selamat mencuba yek...(macamle dia baca blog nih...hehehheh)
Untuk Yani dari Myresepi pulak, TQVM...
Lupa pulak, untuk cari cara nak buat inti cream custard tu click link kat atas tu ye...

Sue Berkata tapi Dalam Hati: i wonder camne Siti Normaya tu boleh dapat email me tu kan?serius pelik binti heran...huhuhuhuhu

Monday, May 16, 2011

Takda Mood...

Sejak dua tiga hari ni macam takde mood...
Satu pasal kat ofis..satu pasal kat rumah...
Malas nak citer pasal apa kat sini...walaupun dalam hati mengeletis sangats-sangat nak menulis...
Tapi takpela..
Lagipun sebagai hamba yang lemah, tak boleh nak salahkan orang lain tu seratus peratus walaupun kita rasa kita dah buat dan jadi yang terbaik...hati manusia lain-lain kan....?
Jadi nak atau taknak kenalah biarkan saja....baik me diamkan diri saja....me malas nak fikir secara berlebih-lebih...sedih tak sedih hidup harus diteruskan juga...
Bak kata seorang sahabat..biar orang buat kita, tapi kita jangan sesekali buat orang...
Cuma harapnya, masing-masing supaya masing-masing diberikan petunjuk supaya satu hari nanti kita semua boleh jadi lebih baik lagi...Amin...

Saturday, May 14, 2011

Bercekau...

Disebabkan me ni buta jalan, so harap maklumlah kalau tersesat tu..
Tapi dah namanya Sue and the famili bercekau itu adalah harus...tak bercekau dulu tak sah..
Bayangkan dari Putrajaya tak dapat-dapat cari exit nak ke Ampang...sesat dah sampai ke Puchong Selatan ko..huhuhuhu
Pusing punya pusing, nak dekat sejam cari exit je, barulah kembali ke jalan yang benar...huhuhuhu...
So, maknanya juga, kami bercekau nak dekat sejamlah jugak..bayangkan...tensen tak tensen tu, dahlah sesat pastu masing-masing mulut taknak kalah...serabut bertambah ok...huhuhuhu...
Tapi tulah...kan me kata famili kecik kitaorang ni memang taknak kalah..bercekau tu kan harussss....(iyelah, cara-cara nak 'mengakrabkan' ikatan kekeluargaan...kuikuikui.....)
Pastu, dan-dan bila dah jumpa jalan tu...Ait...terus senyap...hahahhaha...sabar jelah...
Ni baru Putrajaya nak ke Ampang..ni nanti-nanti cuti sekolah ni dari Ampang nak ke PD ni camno??
Haruskan kami bercekau lagi...???ohhh..tidakkkkk.....wendak..wendak..wendak...!huhuhuhu....

Wednesday, May 11, 2011

Berkursus...

Saya berkursus selama 2 hari...
Dimulai pada hari ini dan diakhiri pada hari esok....
Kursus untuk frontliner gitu..so, layankan je...
Dah lama tak berbahasa guna bahasa Inggeris..sangat-sangatlah kekok...hampeh sungguh...
Lepas ni nak kena rajin-rajin sepikong London le gamaknya...kalau tak memang sangat-sangat kesian pada diri sendiri..huhuhuhuhu....
Walaupun kerajaan nak start balik memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi tak salah rasanya kalau kita tau guna bahasa kedua atau ketiga kan?
Kursus pulak untuk harini oklah...ni nak habiskan pulak hari esok, harap makin bestlah...


Tuesday, May 10, 2011

Hot Items..

Elehhh..hot le sangat...
Buku ni me beli hujung bulan lepas...
Dah lama dah cari, tapi ni baru jumpa...
Dulu me pernah belajar 2 semester course third language bahasa Mandarin ni masa kat UiTM...
Buku time belajar tu patutnya ada dua jilid...tapi serius tak tau manalah hilangnya...
Dahlah tu buku tu sangat-sangat bagus tau...senang nak belajar, senang nak faham...sangat-sangatlah praktikal gitu...
Tapi disebabkan buku tu ghaib tah kemana, jadi me amik inisiatif beli buku baru...
Buku ni isi dia adalah sipi-sipi 60 % macam buku yang lama dulu...tapi tulah, buku lama tetap best ok...yang buku ni banyak perbendaharaan kata yang tak ada...rugi giler bila teringatkan buku lama...
Tapi okeylah...dari takde...
Beli buku ni pun sebab rasa jeles dengan Teacher Mijon...Mijon tak payah amik kelas dengan baca buku pun dah agak fasih berbahasa Mandarin, yang me ni dulu pernah belajar 2 semester (siap dapat B+ lagi tau...oklah untuk orang yang haram tak tau apa benda kan...),  tapi hampeh haramm tak reti nak bercakap...takat faham 2 3 patah kata je yang boleh......
Jadi untuk brush-upkan lagi, me just beli je buku ni..rajin-rajin bosan takde buat apa-apa bolehlah memekak dok baca buku ni....
Serius syok tau belajar bahasa Mandarin ni...lagi kalau kita faham apa yang orang lain cakap...rasa macam nak menyampuk je..hihihihiik...


Tudung sarung...
Beli Rabu lepas...Beli 5 helai...tapi untuk me 3 helai jelah..yang lebih dua tu untuk Emak dengan Anim...
Serius jugak..tiap kali membeli mesti confius bab nak mencarik warna apa yang takde...
Jadi last nanti beli jugaklah warna yang dah ada atau sipi-sipi dah ada...huhuhuhu
Kali ni me beli Hitam, Hitam memang wajib sangat dibeli, Kelabu pulak kali ni beli warna yang lebih cair...pastu yang Pink pun sama, kat rumah tu striking sikit dari yang ni,cuma yang Pink ni ada ropol-ropol sikit...bolehlah dari tak ada kan...
Esok pulak mungkin lepas balik kursus nak pergi beli lagi..nak bawak Baju Pahang (yang me tempah dari Zaba Textile hujung bulan lepas tu) sekali, manalah tau ada warna yang matching...mudah-mudahan..baru comel sikit pakai baju baru....hehehheheheh
Opss..lupa...cadar warna Merah tu pun baru tau..me hujung bulan lepas jugak...
Cantik tak?hehehhehe.....


Yang ni selipar-selipar yang sempat dirembat time cuti petang semalam...
Eloklah pun, lepas je setel urusan semalam tu, terus cari tempat nak buat kunci...
Tunggu uncle kunci tu lama sangat (ada customer lain), jadi sempat ke kedai sebelah...
So terbelilah selipar jamban yang belah kanan tu....
Oklah, selipar basahan, lagipun jenis tak licin, sesuai nanti kalau nak pergi swimming ke apa (betul tak ayat selipar basahan tu..?ihihihii)...
Yang belah kiri tu pulak, mula-mula macam taknak beli, iyalah design makcik-makcik kan (sorilah makcik-makcik...no heart feeling yek...)...tapi bila pakai...amboii...soft and tender gitu...terus je rembat..tak fikir dah...lantaklah makcik-makcik tak makcik-makcik..bukan duit orang lain pun....
Yang selipar ni pulak me beli kedai lain, tapi kat level sama...
Pasal uncle kunci tu pulak, mula-mula tunggu macam berzaman je...terkial-kial je dia, iyalah uncle dah veteran buat benda berseni-seni ni kan...
Tapi bila sampai turn me, punyalah cepat...memang pakar kunci betullah...
Dia toleh je kebelakang, tak sampai 5 minit tetiba dia kata dah siap....aittt....uncle asah pakai laser ker?hihihhii..serius cepat...murah pun murah...RM3 je untuk 1 kunci...selalunya mesti RM4 ke atas kan.....
So, lain kali kalau nak buat kunci pergi jelah kat Uncle kat level bawah Ampang Point tu...walaupun tunggu turn tu lambat, tapi bab mengasah kunci duplicate memang uncle tu fast and furious gitu..sangat cekap...heheheh...

Oklah, tu je pun yang me beli..tapi tu pun nak kecoh kan...???macam orang lain kesah pun...
Tapi takpelah, ni namanya entri saja suka-suka...lagipun ada entri bergambar-gambar ni kan memang best...betul tak??

Monday, May 09, 2011

Kau kunci Cintaku, didalam hati mu....

Huhuhu...kunci 3 sekawan masih tak dapat dikesan...sabar jelah...
Frust giler ok...cuma harap-harap takdelah sapa-sapa yang terambik...tak pun kalau me tercicir tu, lain kali mintak-mintak terjumpalah jugak...
Tadi pun sempat buat duplicate kunci, tu pun 1 je...malas nak buat semua...sebab dalam hati ni berharap lagi terjumpalah kunci tu...(dah macam hilang apa je kan...hihihihihi)...

Tadi me cuti petang..selain dari ada hal kena setelkan, me rasa eloklah me cuti petang hari ni lagipun hari Rabu dan Khamis dah kena pergi kursus....

Macam biasa jugak...bos kecik kat ofis tu masih lagi nak sound-sound, nak "cit..cit" sesuka hati dia je bila me nak mintak permission kuar tu......eiii...sakitnyer hati...
Nak kata tak ikut syarat untuk cuti...halooo...dah terlebih syarat pun....
Me ni oklah lagi...kalau cuti pendek pun amik petang je, tu pun siap kira lagi sebulan tu berapa kali amik..(paling banyak 2 kali sebulan je ok...tu pun bukan selalu)...dari staff lain tu seminggu sekali 'wajib' amik cuti pendek sekali dua kali tiap-tiap minggu hanya sebab tak dapat masuk kerja pukul 8....(kiranya dah sampai ofis lambat taknak kena cop lambat so amiklah cuti pendek sejam....)...ha, sapa lagi teruk??giler tak fair dapat bos camni...pakai sistem apa tah.....
Eloknya dapat bos camni, bila tiap kali nak short leave tu baik pakai belah je...kang dah pukul 2 kang baru inform ofis...
Jadi tak payahlah nak tadah muka, nak tadah telinga, nak sakit-sakit hati tiap-tiap kali nak mintak kuar dari ofis tu.......baru best...huhuhuhu

Ni betis sebelah kanan ni krem lah pulak...sebaik ada Yoko Yoko, tu pun tak berapa mau hilang...tapi takpe..esok-esok hilanglah ni...mudah-mudahan....

Kek Coklat Moist Tersedap...






Amacam??
Macam best je kan???
Ha...nak tau moist ke tak moist, sedap ke tak sedap..silalah rajin-rajin singgah ke Petronas...
Yang pasti, sekali dah rasa berkali-kali teringat-ingat gitu..hehehheheh



Friday, May 06, 2011

Hilang Kunci...

Sudah...kunci 3 sekawan dah hilang....ayoyoyo...
Taktaulah salah diri sendiri ke, ke memang orang lain ada amik atau terambil ke....
Baru je me rasa me kunci drawer me tu pastu (macam biasa) me tinggalkan kunci tu kat area atas meja me nih...tup-tup lepas melepak kejab dengan Nurul dan lepas pergi toilet kunci tu dah hilang...adoiii!
Padahal selalunya kalau tercicir pun ada kat toilet je...lain tu just cari area meja mesti jumpa, sebab memang tau takkan ada yang amik, lagipun dah biasa letak merata atas meja nih...(merata tapi selit-selit nyorokla sikit...)..ni tak, ni hilang terus, ghaib segaib gaibnyerlah pulak...huhuhuhu...
Sebaiklah ada kunci spare untuk drawer tu..kalau tak habislah, camne nak bukak, dahlah dalam drawer tu penuh barang-barang personal (ada handbag, wallet, ic, kunci kereta dan sebagainya...)...
Ni still risau ni...kunci 3 sekawan tu dahlah lagi 2 kunci lagi tu kunci pintu depan dan belakang ofis ni..ayoyoyoyo...

Tadi baru je call post guard..niatnya nak inform pasal kunci hilang tu..iyalah, takut kang ada yang masuk pastu guna pulak kunci me yang hilang tu, tak ke naya...tapi blur lah pulak security guard tu..huhuhuhu..dah sekarang ni me pun naik blur jugak ni....adoiiii...memang penaya orang sungguhlah.......

Patutlah masa pergi tempat Nurul tu macam teringat-ingat kunci drawer je...rupanya tanda-tanda nak hilang le....
Dah tanya adik cleaner...me tanya ada tak jumpa kunci...(siap demo lagi...)...laju je dia cakap saya sapu-sapu bawah tu je, tak ambik pun... (dengan terang dah jelas berserta dengan bunyi suara bahasa Indon yang dimelayukan...)
Eh...eh...eh......orang tanya je pun (dengan tone sopan santun lagi...) dia pulak jawab macam orang tuduh dia...sabar jelah...

Hati giler tak sedap ni...harap-harap kunci tu tak hilang, cuma terselit kat mana-mana, amin....

Thursday, May 05, 2011

Pantang #2

Panthang giler-giler dengan manusia yang nak TAAT tak tentu pasal kat boyfriend or girlfriend (BF/GF) dia...Taat tak tentu pasal di sini banyak.....contohnya:

  • Kawan ko kecik hati pun takpe...jenis yang sanggup kecikkan hati kawan-kawan tapi sebab BF/GF punya pasal takpe (kawan boleh carik lain, BF/GF susah dicarik...puiiiii)...Taulah adat orang bercinta kena jaga hati masing-masing..tapi agak-agaklah kan, takkan sampai kawan nak mintak tolong disaat-saat emergency pun ko nak dengar kata BF/GF ko jugak...kalau betul-betullah BF/GF ko tu betul sangat, apalah salahnya dia sekali yang tolong kawan ko dalam kesusahan tu...ni tak, lagi dia nak buruk-burukkan orang tu lagi ada...
  • Sanggup berhabis...sanggup berhabis tu...ko punyalah JIMAT bagai nak mati, sanggup makan megi je tiap-tiap hari tapi dengan BF/GF ko sanggup berhabis duit...iyalah nantikan nak sehidup semati..jadi takde hal lah kan nak bayarkan bil tepon, bil rumah segala...lagi parah..ko jimat tapi BF/GF ko hidup mak aii mewah nak mati jugak...umpamanya ko jelah yang kena jimat (iyalah, nak kawin kan...), tapi BF/GF ko tak payah jimat ker???cuba ko check sikit, BF/GF ko tu betul ke nak kawin dengan ko sebenarnya???bukan ke kalau betul nak kawin, dua-dua pihak kena sama-sama jimat ker????takat ko je yang jimat berlebih, tapi dia jimat kat mulut je takde maknanya..
  • BF/GF ku idolaku..ni satu lagi...memang Mak/Pak Sanggup habis nih...apa BF/GF ko cakap semuanya betul..kiranya BF/GF ko paling genius diabad inilah...dia cakap apapun pun ko setuju, sampaikan orang lain punya cakap hampeh ko nak dengar...sampaikan bila nak borak pun mesti ada ayat BF/GF aku kata camni...BF/GF aku kata camtu...padahal iye ker???ada aku kisah????kuikuikui...kalau betul sangat takpelah, ni takkanlah sampai benda tah hapa-hap pun nak percaya apa yang BF/GF ko cakap?sah,  memang Mak/Pak Andeh sangatle tu..jangan sampai BF/GF ko kata u jump, pastu ko pulak jawab ok, i jump sudah...hehehehhe
  • Bilik Berita...jenis semua benda nak melapor kat BF/GF...ni satu lagi...kot iya pun nanti nak sehidup semati takkan semua benda dalam kain pun ko nak cerita kat dia...kalau dalam kain ko lantaklah kan, tapi dah sampai dalam kain orang lain lagi-lagi yang dekat dengan ko apa faedahnya?????Lagi cantik, dahlah cerita hal dalam kain orang lain, pastu BF/GF ko nak pulak menyampuk tak tentu pasal...La, apa kes???Taulah sharing is caring, tapi patutnya tak payah pun, hal dalam kain ko pun orang lain tak sibuk, jadi tak payahlah nak sibuk hal dalam kain orang lain pulak...(panthang giler bab yang ni...)...
  • Mintak izin...dengan Mak Apak pun korang tak pernah mintak izin, tapi bila ada BF/GF kemain lagi berizin-izin ye...iyalah, kang tak mintak izin merajuk pulak kang...lagi geli kalau ko nak pergi jamban pun nak kena mintak izin...kuikuiikui..sangatlah tak munasarawak..
  • Depan manis macam gula, belakang??Ni jenis yang depan BF/GF kemain manis, manjaaaa lagi...tapi cuba bila depan orang lain, muka memang nak kena makan penerajang....depan pijak semut tak mati, tapi belakang pijak gajah, gajah yang mati...ko ada masalah ko humban kat orang lain, tapi bab benda best-best ko 'meraikan' dengan yang 'tersayang'...waa, manyak cantiekkk....korang dah berjanji sehidup semati, so boleh tak ko sehidup semati layan perasaan ko yang buruk tu dengan BF/GF ko tu dulu bolehh...???kang muka ko dah manis baru datang kat aku yea....

Ish..kalau ikutkan banyak lagi, tapi tak tertulis.........
Me bukannya dengki pun orang lain nak ada BF/GF (dan bukanle jenis gatal nak kawin sampai sanggup nak rampas boyfriend orang...opss, terlari topic...hehehehhe), memang takda maknanya...big NO NO NO...
Tapi kadang-kadang tu adalah sikit rasa meluat jugak...
Boyfriend Girlfriend je pun, bukannya Suami Isteri...
Kalau suami isteri eloklah kita TAAT menTAATi...dapat pahala lagi tau...hidup pun tambah bahagia...
Ni BF/GF je pun...kalau perkara elok, memang sangat-sangatlah elok kita ikut, tapi kalau dah sampai 'menyakitkan' mata dan hati orang lain, so silalah kurang-kurangkanlah keTAATan yang ada tu...
Memanglah bagus kalau ko praktis dulu nak TAAT sebelum jadi suami atau isteri (ada point di situ...)...tapi patut ke macam kat atas tu??
Kalau betul-betul nak nak jadi suami atau isteri yang TAAT tu patutnya korang belajar je dulu camne nak masak ke, macamana nak jadi lebih bertanggung-jawab ke, macamana nak cari duit lebih ke, cara nak berkomunikasi ke, macam mana nak jadi suami isteri soleh/solehah ke (contoh..contoh ok...)..barulah best...
Cuba bayangkan, kalau betul-betul nyata-nyata satu hari nanti dia jadi Suami atau Isteri kita takpelah kan, buatnya kita dah TAAT habis sampai menyakitkan hati orang keliling tapi habuk pun takde camne??? dan dan tulah ko baru nak cakap ala, takde jodoh nak buat camne....
Ewahhh ewahhhh....cakap dimulut senang, tapi orang keliling yang dah agak meluat dengan kita (sebab perangai tak semengah kita dengan BF/GF dulu) tu macam mana?? 
Jadi sila renung-renungkanlah ye (harap maklum juga, termasuklah kepada diri sendiri)..

Amacam, macam keji tak entri me kali nih??
Keji tak keji baik korang layan gambar kat bawah nih lagi best...



Ada ikan Keli bakar bersaiz terlebih baja..kuikuikui...(dalam gambar macam saiz biasa je kan, tapi kalau betul-betul serius besar ya amattt...sereemmm i...)..hehehheheh...
Ni lunch me masa pergi PADE hari Ahad lepas, kitaorang makan kat makcik Jawa Seksyen Dua....
Kena semuanya sekali RM17 tak termasuk air...
Tu yang Mijon kata, apa yang RM17 tu??Takkan ikan RM8 kot??
A'a betul jugak tu...tapi biasalah, kalau Makcik Jawa yang kira memang gitu, nasib-nasib je..kuikuikui...
Tapi apapun sebab sedap (licin pulak tu walaupun sereeemmm), kitaorang mula-mula je terkejut, tapi lepas tu malaslah nak kira kan...janji kenyang menjilat jari sudahh....^_^



Wednesday, May 04, 2011

Imraan Dah Botak....

Ni gambar terkini Imraan...baru tangkap semalam...emak me cuti, tu yang jadi babysitter untuk sehari..so, dapatlah main dengan Imraan.....
Katapun cucu sulong, jadi bab over rindu tu memang wajib sangatla..jadi pantang Opah cuti laju je offer diri nak jaga cucunya...
Opah yang over, kalau diikutkan Imraan tak tau apapun..hihihihii....
Imraan ni sebenarnya baru je balik dari kampung belah Ayah dia kelmarin (Isnin le tu..), sebabnya hari Ahad sebelum tu ada kenduri cukur jambul...
Dan macam biasa, dah kata pun kenduri cukur jambul, jadi habis je majlis terus je si debab ni dicukurkan, gondol habis terus kepala.....
Ni tengah mengeliat ni..payah no nak tidurkan...
Baru je tidur tak sampai 5 minit kang bising sikit dah terbukak mata...
Dan-dan tu terus je mata dia segar macam dah tidur 12 jam...
Tak nangis pulak tu...elok pulak terus boleh diajak main...ada jugak ye baby jenis cam gini...sabar jelah...


Ni time dah nyenyak dah ni...
Muka kalau tidur sebijik muka Ibu dia masa time baby...
Dengan debabnye, dengan bulatnya...
Tapi kalau jaga habis muka Ayah dia..huhuhuhu...tak best langsung..(Sue giler kuasa disini...hehehheeh)


Ni close-up..amik ko..kemain 'sihat' lagi nih...
Umur baru 2 bulan 13 hari ni tau..tapi semangatnya macam dah nak 4 bulan...(anak buah sapalah nih...kuikuikui...)
Imraan dah pandai mengagah dah tau...kemain lagi...
Tang paling manis senyuman dia...mak aii...geram je tengok, rasa nak kunyah-kunyah je pipi berkarat dia tu...hihihiiihihih...
Tulah, sebut bab pipi, pipi dia dah terkena ruam susu, Ibu dia punya pasal la ni..menyusukan tak reti nak lap cepat-cepat, jadi hasilnya pipi Imraanlah yang jadi karat merah..kesian dia, kadang-kadang nampak tangan dia dok macam sapu-sapu kegatalan.....huhuhuhuhu...

Ish, bila tengok gambar-gambar ni rasa sangat tak sabar nak tunggu weekend nak main dengan Imraan lagi..yihiiiiiii.....
Opss..over pulak...ni belum lagi ada anak sendiri Sue oiii... kalau anak sendiri mau tak jadi nak buat kerja dah kan...?ayoyooo...


Tuesday, May 03, 2011

Kelas Berenang Sesi-29 April 2011

Malas nak tulis dah sesi yang keberapa berapa..faham-faham jelah, kang memang confirm panjang dan tak habis-habis pulak nombor tu..heheheh...
Jadi lepas ni demi menyedapkan hati sendiri, me just tulis je tarikh kitaorang pergi kelas..
Opss, sekarang ni me sedang bersiaran di rumah...hari ni MC...sakit gusi bengkak (kata doktor, tapi me rasa lebih kepada sakit giler tang rahang je ni....tapi doktor kan lebih arif so syadap pleaseee...)...

Citer pasal kelas, kelas hari tu dihadiri oleh me dengan Sept saja lagi...
Orang lain bz...so lantaklah, janji me tak pergi sorang-sorang sudah...
Cikgu Ayeen balik kampung, jadi yang gantikan dia adalah Fatin...
Me sempat tanya Fatin, minggu depan pun dia yang ajar ke...laju je dia jawab...eh tak...minggu depan cikgu Ayeen lagi....
La...ingatkan dah tukar cikgu...hari tu iya-iya je nak pecah telinga hati me dengar cikgu Ayeen kata dah fed-up dengan kitaorang...ish..ish...ish....tapi lantaklah kan, tujuan me masuk kelas sebab nak pandai berenang, cikgu nak fed-up ke, nak tukar cikgu ke pedulik...bukan me tak bayar punnnn....(tiba-tiba mode eksyen di sini...kuikuikui...)

Macam biasa..me dengan Sept still lagi dalam mode slow-motion...still lagi try nak pick-up apa yang patut...tapi takpelah, we just go slow and steady, dah takat ni je yang kitaorang lepas nak buat untuk masa ni so, just buat slow-slow, taknaklah paksa-paksa diri (lagi sekali, kitaorang bukannya nak masuk tournament punn....)...janji kitaorang nanti-nanti boleh berenang...makan tahun pun tak kisahlah, janji pandai...niat pulak bila dah pandai breaststrok ni, insyaALLLAH ktaorang ingat nak sambung amik next level lagi...(niat tu penting okeh...)
Pastu Fatin ajar pun ok, terang dan jelas jugak...cuma dah namanya student nama S.U.E..so, memang me dah cakap kat Fatin siap-siap yang me ni memanglah lambat pick-up sikit....sebaiklah Fatin jenis harap maklum sikit..so, legalah...pastu best jugak, dapat sedikit sebanyak jugak tips supaya senang lagi nak berenang...ok sangat-sangatlah kan...
Kolam pun tak ramai orang, kebanyakkan orang balik kampung lah kot, iyalah time cuti-cuti panjang kan...jadi puas jugaklah kitaorang dapat round nak dekat sekolam malam tu..(walaupun tak pandai berenang lagi, tapi nak belajar tu je habis pusing satu kolam ko...tak padan dengan tak pandai tu....hehehehhe)

Ahad, kelmarin pulak me dengan Mijon ada jugak pergi practise berenang kat PADE, oklah bolehlah sikit walaupun me tang nak lepas tangan dari guna kickboard tu tak lepas-lepas lagi...
Memang me harap dan doa-doa sangat agar me dapat berani-beranikan diri untuk tak guna kickboard bila next class nanti....mudah-mudahan..aminnn....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...