Search This Blog

Monday, November 08, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Pengenalan

JJCM 2010 = Jalan Jalan Cuti Malaysia 2010: Cameron Highlands


Tadaaa...!!!

Alhamdullilah..
Kami telah pun selamat pergi dan selamat sampai ke Cameron Highland pada Sabtu 5 November (hari Deepavali) sehingga 7 November 2010 (semalam..)..
Walaupun 'macam-macam' dah jadi, tapi everything sangat-sangatlah syok dan success...hehehehh...
Ohh, kalau nak citer bab 'macam-macam' tu panjanggggggggggggggg sangat ok...



Ini adalah muka-muka riang dah ceria peserta JJCM 2010 semasa berada di 'huruf tanda' Tanah Rata Cameron Highlands...
Gambar diambil masa hari kedua (6 November 2010)...
Hari kedua adalah hari meneroka untuk kitaorang..
Elok-elok je masa patah balik nak ke arah Brinchang tengok-tengok kat sini sudah clear, tak dak orang dah..so, apa lagi..pose maut la memasing...Wah, maut ke?? bolehla untuk Super Senior kan..hahahahahar...





Hahahaha..aksi-aksi separa poyo...
Takde orang katanya, so apalagi..pose la apa yang patut...^_^

Thursday, November 04, 2010

JJCM 2010

JJCM 2010??
Waahh..Jalan-jalan carik makan ker?
Oh..tidak...biarlah rahsia dulu...huhuhuu...

Tolong doakan everything esok success belaka yea...Amin ya rabbalalaminn.....^_^

Monday, November 01, 2010

Kenapa Kakiku Bengkak?

Minggu lepas hari rabu kan kaki me start membengkak bagai johan...
Lepas tu kan me ada appointment dengan doktor hari khamis tu pulak, so sempat la tanya doktor tu kenapa kaki me jadi bengkak...
Me gitau lah yang kaki  me ni bengkak, tapi tak sakit pun, pastu me gitau jugak yang me demam minggu sebelumnya tu...
Nak tau tak apa jawapan doktor tu???

Dia kata "ooo..ni mungkin ada kaitan dengan JANTUNG atau BUAH PINGGANG, sebabnya air kencing tak dapat proses, so kaki jadi bengkak..."

Huhuhuhuhu...rasa-rasa serem tak dengar???
Owwhhhhh....I sangat-sangat serem u....
Tapi boleh tak, doktor tu relax je...dia kata lagi "takpe..saya bagi awak ubat untuk buang bengkak tu".... 
Apakah maknanya ini...??huhuhuhuhu...serius ke tak serius nih weihhh????

Me siap tanya doktor..."ubat tu nanti saya kena makan selamanya ke camne?"....
Dia kata "tak, ni cuma sementara ni je..."....
Aduhh..duh...susah nak simpulkan camni...
Sakit serius ke, sakit biasa ke atau apa ke...sebab Doktor adalah sangat cool...

Lupa nak gitau..doktor ni perempuan yea, sangat muda...mungkin umur dia belum 30 pun lagi...

Ohh..oklah..dah doktor cakap camtu..me terima sajalah kan..
Tapi bila nak terangkan kat orang lain..aduhhh..satu masalah besar..
Masa bertext dengan Zai pun gitu...terkojut dia kau..mau tak..siap sebut jantung dengan buah pinggang kan...bukan benda-benda kecik...mau tak terkojut member...

Tapi, alhamdullillah...semalam hari ahad dah tak bengkak lagi..
Me hanya sempat makan ubat buang air tu dua hari je iaitu pada hari jumaat dengan sabtu...Khamis tak sempat sebab dah petang kan time jumpa doktor tu...
Ubatnya cinonet je..maksudnya kecik la tu..hheheheh...pastu kena lak belah dua, makan pulak pagi je sekali, pastu akibatnya kita akan asyik nak membuang air je lepas tu..kata Pharmacist tulah kan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...