Search This Blog

Monday, April 07, 2025

Sehari Sebelum Raya....


Assalamualaikum..hi semua..

Harini rasanya ramai yang dah kembali bertugas kan..Me pun begitu juga😁....
Yang masih bercuti, selamat bercuti...




Hari last sebelum hari Raya kitanya bergotong royong sikit clearkan apa-apa yang patut kat rumah....
Start tengah hari sikit...dimulakan dengan langsir..
Langsir siang (day curtain) ni dah lama kitoarng pakai..dari pindah rumah sampailah nak raya haritu tak bertukar-tukar..just ulang basuh pakai je Uolls...
Ni kan bila nak pasang langsir yang baru haaa kauuuu barulah perasan dah naik hitam dah ye langsir lama tu..punyalah tak perasan😆...










Tugas bab pasang n cabut hooks langsir tu semua bagi kat Me...
OT tukang keluarkan langsir yang lama, then pasangkan yang baru....
Ni pun jenuh ye..sebab bila nak pasang langsir jenis yang hooks punya (yang baru), dah OT kena bukak (cabut sekejab) jugak rod lama tu then kena masukkan ring untuk letak hooks tu pulak, then barulah boleh pasang langsir yang baru..banyak kerjalah jugaklah kan.........










Dah malam baru Me start masak..siang tu sambil-sambail Me dah masak Nasi Impit, so malam tu Me masak Rendang Ayam Uolls...
Sebabnya ayam OT baru beli😐....
Tapi OKlah masak lambat..biar feel raya tu sampai kan...malam raya kan so kenalah ada baru semerbak satu rumah lauk raya gitu hihi...











Sampai naik hancur semuanya sebab nak menunggu Rendang Ayam Me naik minyak ye😅....
Nasib baiklah rupa tak semenggah tapi rasa Umphhh (hahaha sabar ye korang..kitanya memang suka puji masakan sendirikkk)....
Ni Me masak satu lauk jek..buat syarat gitu...ni esok pagi nanti OT nak gi solat raya mestilah kena makan lauk raya kan...
Lagipun dah biasa dari kecik petang atau malam sebelum raya Mak Me akan masak lauk pauk raya walapun kitoarang akan balik kampung pagi raya nanti...seronok petang sebelum hari raya atau malam-malam raya wangi satu rumah bau lauk pauk raya tengah masak...







Dah siap sebelah, OT take 1 thousand dulu (Adik kalau terlampau banyak kiraan apa-apa dia akan sebut 1 thousand😆)....








TQ MakNgah bagi langsir😍😘😘😘...
Ni Atie bagi langsir ni masa kitaorang baru pindah dulu...
Lama betul simpan, so kita pakai...kang mereput dalam bag dia kan tak memasal rugi kan.....






OT in-action....
Macam biasa, Me bahagian dapur, OT bahagian ruang tamu...
Ni pun dari tengah hari membawak ke malam tak berapa nak siap jugak😅 (masa ni karpet pun tak tukar lagi)...
Itu jelah aktiviti kitoarang last day of puasa....
Penat jugaklah walapun buat kerja sikit je (tapi take breaknya lamaaaa ye..kerja pun takdelah banyak sangat pun)
Dah tua naw rasa sebab buat kerja tak berapa banyak pun penat dia kemain hahaha eh...


Sekian...


















Friday, April 04, 2025

Kuih Raya Tahun 2025..

Assalamualaikum..hi semua..




Ni semua kuih-kuih raya di rumah Me tahun ini (belakang tak nampak pulak)..






3 ni yang Me beli..
Ada 1 bikut Semperit, 1 biskut Dahlia dan 1 lagi Tart Nenas...
2 kiri kirim kat Atie, yang tart kirim kat Anim..









2 jenis ni Dede Nakhil yang bagi..
1 biskut Red Velvet..1 lagi Biskut apatah..Me dah rasa semalam, rasanya macam makan samperit kurang manis..sedap sebab ada coklat n kacang Macadamia...







Ni Choco Chips cookies by CikAna Nakhil..
Ni biskut raya pertama yang Me dapat..CikAna bagi kat semua (Me, Mak n Atie)...
Selalunya biskut Ana bagi memang Me yang ngap sorang-sorang Uolls🤭..favvvv..





Kerepek Pisang Tanduk biras Me bagi masa raya pertama..
Alhamdulillah..rezeki❤️❤️❤️...
Ni Me tak transfer pun lagi biskut-biskut kerepek ni ni kat dalam balang..tunggu ada yang datang rumah nanti baru Me masukkan dalam balang kuih raya..kang masukkan siap-siap takut tak berapa sedap pulak kan...





Sekian..





Thursday, April 03, 2025

Bunga Pasu Raya..

Assalamualaikum..hi semua..
Harini Me bersiaran dari rumah..kitanya cuti balik 2 hari..




Bunga pasu baru..
Ni OT dapat Uolls..tak ingat bila (bulan berapa)..tapi Me simpan untuk raya...
Me tak berapa minat deko-deko bunga ni Uolls, tapi sebab dah ada, so kita guna je kan😁...






Mana OT dapat?
Boss OT bagi..
Kisahnya masa launching kedai baru (boss OT beli lagi lot kedai kat sebelah kedai yang ada), so haritu  tu banyaklah boss OT dapat bunga-bunga congrats tu (taktau panggil apa)..
Boss OT pulak jenis dah habis launching tu terus katanya kalau nak, amik jelah bunga-bunga yang ada, dia taknak (taknak simpan)..
Dah gitu, so OT amik gambar then sent ke group family OT kot-kotlah sssiapa nak bunga (ada yang fresh flowers ada yang tiruan)..pilih lah yang mana satu nanti dia tolong amikkan...
Me pulak mula-mula taknak ye, nak yang fresh flower bakul kecik-kecik tu je dah..so OT amik 1..
Pastu Kak Ain pulak ghajin, dia gi amik jugak mana boleh sumbat dalam kereta dia (office Kak Ain dekat dengan tempat kerja OT)..dah amik bunga-bunga tu Kak Ain pulak offer kat dalam group kalau-kalau sesiapa yang nak..nanti dia bagi...
Me pulak ternampak yang orked ni terus eh naklah), then terus booking kat Kak Ain..
Sekali masa Kak Ain bagi, mak aikhhh besarnyaaa..hahaha mati-mati awal-awal tu Me ingat bunga orked ni size untuk atas meja makan je ye..sekaliiiii dengan besarnya (boleh tahan berat ye walaupun bunga tipu)..
Tapi sebab dah terberkenan, Me amik je ye😁..
So tahun ni adalah deko bunga kat rumah Me..
Buat tambah seri kann..Alhamdulillah..




Sekian..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...