Search This Blog

Wednesday, December 14, 2011

Kompleks Renang Kuala Lumpur, Cheras...

Gambar adalah diambil pada bulan September yang lalu...
Masa tu saja je gatal-gatal dok men'survey' kolam kat Cheras ni...
Rupanya agak dekat jugak dengan rumah berbanding kolam kat PADE, Shah Alam yang selama ni me dok ulang alik tu kan...
Kompleks Renang Awam Kuala Lumpur, Cheras ni terletak betul-betul di depan pintu masuk Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tau...senang nak cari.....
Sempat jugak masa tu kitaorang survey pasal kelas untuk berenang...tapi malangnya takde orang yang nak terangkan...
Tu pun nasib baik dapat amik borang dari Pak Guard Bangla sahaja...nasib baik juga dalam tu ada tulis semuanya....tapi tak nasib baik pulak borang kelas berenang tu tah kemana pulak hilangnya......huhuhuhu...tak pasal-pasal balik nanti kena mencari...
Cuma me ingat-ingat lupa yang fees kat sini adalah murah dari yang ada kat kelas kat PADE tu...
Tak silap RM60 untuk 4 kelas sebulan rasanya...
Berikut adalah jadual sesi penggunaa kolam di Kompleks Renang Kuala Lumpur, Cheras yea...jadi sila baca sendiri....




Kesimpulannya, sesiapa yang duduk kat area KL, Ampang, Cheras, Kajang dan sebagainya bolehlah survey class di Kompleks Renang Kuala Lumpur di Cheras ni....
Dan sesiapa yang duduk area Shah Alam dan sewaktu dengannya pulak bolehlah rujuk entri ini http://sueginola.blogspot.com/2011/01/kelas-berenangswimming-class.html dan ini....http://sueginola.blogspot.com/2011/02/info-renang-masa-dan-yuran-untuk-masuk.html


Apapun untuk info selanjutnya me nasihatkan kalau betul-betul berminat silalah pergi terus kolam yang dikehendaki dan bertanyalah kepada pihak yang berkenaan yea..baru puas hati...
Sebab entri yang me buat ni adalah info yang me dapat atas survey sendiri, jadi mungkin ada berberapa perkara yang tak berapa clear.......


p.s:  Berenang adalah salah satu sunah nabi tak rugi kita follow kan....



Monday, December 12, 2011

Anonymous...

Sejak dua tiga menjak ni kat bahagian komen Spam me ni meriah sikit u all...
Mula-mula ada satu komen dari anonymous ni..dan disebabkan ada puji-pujian so me publishkan sahaja...pujian kan, bukan kejian... jadi haruslah publish, tak gitu?
Lepas tu datang lagi satu...so publishkan lagi..pastu datang lagi, lagi dan lagi...
Hamboiii....memanjang je anon ni nak bagi puji-pujian je kan...harus sesuatu nih.....
Cuba baca komen no. 1 dan no. 3 tu.....
Mula-mula macam syok je kan, lagi-lagi bila dapat komen puji-pujian walaupun dari anon ni..
Blog me ni kan jarang dapat komen, jadi harus jakun gitu...
Tapi..... 
Walaupun asyiklah puji-pujian..haruskah me publishkan komen-komen mereka atau dia nih...?
Dahlah tulis omputih je kan...betul ke anon ni baca blog me nih???
Jadi...
Agak seriau di sini...huhuhuhu....
Maka...
Kepada anon-anon sekalian, kalau bagi komen tu tak kisahlah pujian atau kejian pun silalah note nama anda sekali lagi bagus kalau tulis dari mana ..sekurang-kurangnya ada jugak jejak kan...^_^


Sunday, December 11, 2011

Yang Best, Yang Tak Best....

Aiskrim Perisa Vanila dengan Sos Coklat...
Best!
Baru dapat idea tambah kacang tumbuk,jadi lagi BEST!


Kentang Goreng cicah Jalapeno Cheese dip...
BEST!!
Nak lagi kick Sos tu campur dengan Mayonese...
Jadi lagi BEST!Tiap hari makan pun tak kisah...


Ayam Tandoori...
TAK BEST!
Rasa kurang sesuatu gitu...


Sate...saiz besar dari ibu jari...
TAK BERAPA BEST!
Ada kurang sesuatu jugak...
Tapi nasib baik kuah ada sebagai penyelamat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...