Hanya duduk rumah membesarkan perut yang dah sedia besar ini sahaja...kuikuikui...
Cuma pagi-pagi raya lagi dah bangun join emak me yang bangun sebab baru nak start masak lauk raya..
Tapi, join bangun jelah, join masaknya tidak...
Bukan malas ok, tapi bagi chance emak me nak masak dengan kadar selesa..
Dapur kecik, kang nyumbat dua orang dah berlaga siku, so baik tak payah..
Lagipun bahan-bahan untuk masak semua dah standby dari petang semalamnya...
Tinggal emak me nak blend dan masak saja...
Menu?
Menu adalah seperti raya-raya yang terdahulu jugak...takde yang berubah..
Nasik Impit (kalau raya puasa baru masak ketupat), Kuah Kacang, Rendang Daging dan Kari Ayam...
Gambar tak ada, lagipun menu adalah sama, jadi kalau tiap-tiap kali raya pun nanti sama je rupanya...tunggulah raya puasa tahun depan pulak, tu pun kalau rajin nak amik...hehehheheh
Raya haji ni kitaorang tak pergi pun rumah Abah pun, lagipun baru je pergi Ahad aritu, tunggulah Ahad ni baru pergi rumah Abah lagi...
Atie dengan Azrul pun balik..diaorang tidur semalaman saja..
Rumah diaorang pun dekat kan, so, takde maknanya diaorang nak nyumbat-nyumbat kat rumah ni lelama...
Emak pulak minggu ni kerja petang, raya haji pun tak cuti, jadi pagi raya jelah dapat beraya bersama..
Tapi kitaorang no hal..dah biasa dah...
Pastu sebelum emak pergi kerja diaorang iaitu Emak, Atie, Azrul dan Ana pergi beraya kat rumah Acik Nor kitaorang...ramai kumpul kat sana..tapi me malas la pulak..jadi berempat jelah mereka-mereka ke sana...
Sebelum balik lepas hantar emak me pergi kerja, me dah pesan kat Ana siap-siap suruh dia singgah kat Ampang Park amik gambar me yang dah hantar cuci...
Petang pulak lepas tidur secara berjemaah, bangun-bangun je inilah kerja me:
Menyusun gambar-gambar yang dah dicuci ke dalam sampul album..
Semua sekali 200 keping..
Kena sort ikut occasion baru susun masuk satu-satu...
Hasilnya...
Bila dah masukkan siap tulis nama guna pen marker yang dakwatnya nyawa-nyawa ikan nih..
Pastu siap numbering lagi, contohnya Melaka 2010-No. 1, Melaka 2010-No. 2..kukuikuikui..semangat kan..??
Album ni sementara je, tunggu time rajin terlebih kang nak masukkan pulak ke dalam album besar...
Orang kedai ni bagi 5 Album kuning nih...cukup-cukup je rupanya..
Yang terlebih kat atas hujung tu pun tak masukkan sebabnya dah lain occasion, so tak nak campur...
Me cuci ni kat Photo Suria di Ampang Park..
Kedai ni betul-betul belakang BSN...
29 sen sekeping, pastu service charge RM3 untuk tiap set yang dicuci..
So, me kena RM61 untuk 200 keping...kira murah dah ni..
Dah servis adalah ok jugak..sebabnya dia boleh siapkan gambar-gambar ni dalam masa 3 jam untuk cuci biasa...
Rasanya ada jugak untuk cuci express yang boleh cuci 1/2 jam atau sejam tu, cuma tak tau pulak harga dia charge berapa..
Kedai pun time cuti Am buka..very convience untuk orang yang tak balik kampung macam me nih...hihiihihik
Yang ni pun me hantar cuci hari Selasa tengah hari dan amik hari raya haji (rabu tengah hari)..kira ok sangat la kan..
Raya haji akitiviti kitaorang memang tak berubah, macam tiap-tiap tahun jugak, dah makan tengok tv, pastu makan lagi, pastu tidur berjemaah pastu bangun tengok tv, pastu makan lagi...
Cuti free pun dapat sehari je, jadi nak kemana-mana pun macam takde mood dan super malas...
Lainlah macam orang lain yang cuti ada banyak lagi dan ada kampung yang nak diserbu...mesti meriah habis kan...?
Jadi inilah sahaja cerita raya haji kami tahun ini....sekian ^_^