Jumaat, kelas berenang sesi kelapan kitaorang dan patutnya yang terakhir bagi 'orang-orang lain yang normal'...
Tapi bak kata Fatin Ombak dan Cikgu Ayeen selagi tak pandai boleh je sambung sesi or kelas lagi...
So, bersambunglah lagi kami ke sesi-sesi lain lagi sampailah kitaorang boleh betul-betul expert breaststrock nih...
Ada kisah
tak best terjadi masa kitaorang dalam kelas tu...
Cikgu half class tiba-tiba 'mengamuk' kat kitaorang...
Dahlah malam tu yang pergi kelas me dengan Sept je...(orang lain tak dapat gi)..pastu elok pulak kena dengar 'amukkan' dari cikgu pulak...
Serius..me dengan Sept sangat-sangat tak suka ok...
Walaupun dihujung kelas cikgu siap kata
"saya mintak maaf ye, jangan kecil hati dengan apa yang saya cakap tadi..."..tapi sebenarnya me dalam hati sangat-sangatlah kecik hati...seriusssss...me sangat-sangatlah kecil hati...
Dah cakap macam-macam, dah 'sakit'kan hati kitaorang senang-senang je nak mintak maaf ker?pastu lain kali boleh cakap lagi ek???
Nak tau apa cikgu 'amukkan'??
Mula-mula tu me borak-boraklah dengan cikgu...borak macam biasa (berenang sambil citer pasal teknik berenang semua tu lah apa lagi..).....dan elok pulak bila me cakap yang me ni takut lagi, cikgu jadi macam hangin semacam...pastu ada pertikaian dari cikgu pulak..start dari situlah cikgu dah 'mengamuk' dan membebel (walaupun bebelan dia taklah bertone tinggi, tapi sebutan adalah sangat tegas dan dari air muka dah tau dah dia tengah marah)...
Antara yang dia kata:
- Dia kata dengan bersungguh-sungguhnya bahawasanya....first time saya jumpa group macam ni tau (group kitaorang la..), dah lama belajar tapi tak dapat-dapat lagi...dia siap kata lagi yang dia macam dah give-up sikit dengan kitaorang...time ni me dah terkedu...bodoh sangat rupanya kitaorang ni rupanya, sampai jadi satu-satunya group yang lambat pick-up lesson (kecuali Mijon ye)...kalau tak takkan cikgu siap mention camtu sekali...
- Dia kata tiap-tiap cikgu ada certain limit, kalau murid tak pandai-pandai jugak dia rasa dia down, katanya dia rasa mungkin dia ajar tak betul, jadi murid tak pandai-pandai...me sempat nyampuk, janganlah camtu......tapi dia still jugak cakap..tak memang dia rasa camtu...
- Yang paling best...siap cakap berkali-kali....minggu depan dia nak tukar cikgulah...siap me cakap lagi..napa pulak..tapi tulah cikgu tetap kata memang saya nak tukar cikgu lainlah, memang saya dah tak boleh...berkali-kali cakap ni...serius time ni kitaorang terkedu ya amatt...like, wth????
- Pastu dia sambung lagi..katanya rugi duit korang, sebab bayar tapi tak pandai-pandai..me cakaplah yang kitaorang tak kisah pun...tapi dia tetap potong cakap me katanya..tak memang saya rasa korang rugi...berkali-kali jugak ok..
- Pastu adalah lagi benda yang dia mention..macam-macam tak terrecall kat sini...tu tak campur lagi cara dia mengajar haritu..memang sangat-sangat men'down'kan kitaorang berdua...
Serius...time tu jugak me rasa macam nak berhenti belajar (me rasa sangat-sangatlah down ok...)
Seriuss...me rasa, Ya ALLAH...apakah BODOH melampau-lampaunyer kitaorang sampaikan cikgu tak sanggup nak mengajar kitaorang nih...??
Sangat-sangatlah menganggu emosi ye u all....
Elok-elok je me semangat, tiba-tiba Cikgu kita sendiri cakap camtu...hilang semua semangat yang ada...memang tak terkata-kata dah....
Memang me sangat-sangatlah tak faham, kenapa cikgu boleh tergamak nak cakap camtu kat kitaorang padahal kitaorang tak pernah sekali pun dok komplen apa-apa pasal kelas, pasal cikgu or pasal Ombak...takat borak-borak kosong sesama sendiri standardlah..tapi memang langsung tak sentuh part-part semua tu, memang takde langsung ok...
Memang serius tak pernah...kalau korang baca entri-entri me pasal pergi kelas berenang pun mesti korang nampak kan yang me ni memang puji-puji habislah semua benda berkenaan Ombak ni kan......?
Dan yang paling me tak boleh terima, kenapa Cikgu Ayeen (terpaksa sebut jugak) nak cakap macam-macam padahal me masuk kelas berenang nipun bukanlah sebab nak masuk tournament atau nak pandai cepat ke...(dan me kan dari awal-awal lagi pernah bagitau kat owner Ombak En. Bukh dan kat Fatin Ombak yang me ni memang sangat-sangatlah tak pandai berenang dan paling penting sangat-sangat takut dengan air...)So, kenapa cikgu nak me pandai cepat-cepat berenang padahal kalau back to basic pun memang me datang kat situ pun hanyalah nak buang fobia me dan nak pandai berenang walaupun take time selama mana yang perlu.....Cikgu patutnya takde hak langsung nak pertikaikan apa-apa...lain kalau me atau kengkawan pernah komplen apa-apa kan...
Lagipun dahlah kitaorang bayar sendiri (kan dah ngungkitttt....), pastu dah ikut segala rules and regulations yang ada, tapi kenapa pulak cikgu sedap-sedap nak cakap camtu...???
Kalaulah Cikgu Ayeen anggap pendekatan berkata-kata dengan menggunakan ayat men'down'kan seperti di atas dianggap sebagai ayat reverse psychology..memang silap banyaklah kan...
Cara dia sangat-sangatlah tak motivate...menghancurkan hati lagi ada....serius me dan kawan-kawan tak boleh terima...(serius sampai hari ni me rasa 'sakit' je hati ni...memang rasa tak boleh bayanglah muka cikgu..rasa macam dia tengah senyum secara sinikal je kat me nih...)...
Paling bengang me rasa bila next day tu dapat kata penuh sinikal dari Zai..Ko kan belakang je pong pang..depan senyap je....So, what???Memanglah belakang dulu bising, kalau bising depan kang ada pulak yang kata bukan-bukan (tak kerja aku aikhh..asyik nak gaduh dengan orang...its better tu bising belakang, then bising depan lagi-lagi outputnya sama je tak dapat apa..)..
Anyway, we just wait and see...tengoklah dulu kelas hujung minggu ni....nak tukar cikgu pun no hal..tapi kalau keluar bunyi lagi dari cikgu yang baru..memang nak kena 'sound' jugaklah kan...sikit-sikit 'kena' takpe, tapi kalau melampau ada jugak yang terlingkup tu kang...
Patutnya citer pasal perkembangan kelas, tapi dah jadi citer penuh emosi pulak...huhuhuhu..
Sue berkata tapi dalam hati: Me dah janji kat diri sendiri, lepas ni taknak dah citer apa-apa lagi hal swimming dengan Zai...lagipun dia dah kata dah aku tak sanggup dengar korang melalak kat telinga aku...heran jugak, kang tak citer kata orang tak ingat dia, tapi bila bercerita tiba-tiba kata orang melalak kat telinga dia..So, lain kali tak payahlah citer ye...