Search This Blog

Wednesday, May 04, 2011

Imraan Dah Botak....

Ni gambar terkini Imraan...baru tangkap semalam...emak me cuti, tu yang jadi babysitter untuk sehari..so, dapatlah main dengan Imraan.....
Katapun cucu sulong, jadi bab over rindu tu memang wajib sangatla..jadi pantang Opah cuti laju je offer diri nak jaga cucunya...
Opah yang over, kalau diikutkan Imraan tak tau apapun..hihihihii....
Imraan ni sebenarnya baru je balik dari kampung belah Ayah dia kelmarin (Isnin le tu..), sebabnya hari Ahad sebelum tu ada kenduri cukur jambul...
Dan macam biasa, dah kata pun kenduri cukur jambul, jadi habis je majlis terus je si debab ni dicukurkan, gondol habis terus kepala.....
Ni tengah mengeliat ni..payah no nak tidurkan...
Baru je tidur tak sampai 5 minit kang bising sikit dah terbukak mata...
Dan-dan tu terus je mata dia segar macam dah tidur 12 jam...
Tak nangis pulak tu...elok pulak terus boleh diajak main...ada jugak ye baby jenis cam gini...sabar jelah...


Ni time dah nyenyak dah ni...
Muka kalau tidur sebijik muka Ibu dia masa time baby...
Dengan debabnye, dengan bulatnya...
Tapi kalau jaga habis muka Ayah dia..huhuhuhu...tak best langsung..(Sue giler kuasa disini...hehehheeh)


Ni close-up..amik ko..kemain 'sihat' lagi nih...
Umur baru 2 bulan 13 hari ni tau..tapi semangatnya macam dah nak 4 bulan...(anak buah sapalah nih...kuikuikui...)
Imraan dah pandai mengagah dah tau...kemain lagi...
Tang paling manis senyuman dia...mak aii...geram je tengok, rasa nak kunyah-kunyah je pipi berkarat dia tu...hihihiiihihih...
Tulah, sebut bab pipi, pipi dia dah terkena ruam susu, Ibu dia punya pasal la ni..menyusukan tak reti nak lap cepat-cepat, jadi hasilnya pipi Imraanlah yang jadi karat merah..kesian dia, kadang-kadang nampak tangan dia dok macam sapu-sapu kegatalan.....huhuhuhuhu...

Ish, bila tengok gambar-gambar ni rasa sangat tak sabar nak tunggu weekend nak main dengan Imraan lagi..yihiiiiiii.....
Opss..over pulak...ni belum lagi ada anak sendiri Sue oiii... kalau anak sendiri mau tak jadi nak buat kerja dah kan...?ayoyooo...


Tuesday, May 03, 2011

Kelas Berenang Sesi-29 April 2011

Malas nak tulis dah sesi yang keberapa berapa..faham-faham jelah, kang memang confirm panjang dan tak habis-habis pulak nombor tu..heheheh...
Jadi lepas ni demi menyedapkan hati sendiri, me just tulis je tarikh kitaorang pergi kelas..
Opss, sekarang ni me sedang bersiaran di rumah...hari ni MC...sakit gusi bengkak (kata doktor, tapi me rasa lebih kepada sakit giler tang rahang je ni....tapi doktor kan lebih arif so syadap pleaseee...)...

Citer pasal kelas, kelas hari tu dihadiri oleh me dengan Sept saja lagi...
Orang lain bz...so lantaklah, janji me tak pergi sorang-sorang sudah...
Cikgu Ayeen balik kampung, jadi yang gantikan dia adalah Fatin...
Me sempat tanya Fatin, minggu depan pun dia yang ajar ke...laju je dia jawab...eh tak...minggu depan cikgu Ayeen lagi....
La...ingatkan dah tukar cikgu...hari tu iya-iya je nak pecah telinga hati me dengar cikgu Ayeen kata dah fed-up dengan kitaorang...ish..ish...ish....tapi lantaklah kan, tujuan me masuk kelas sebab nak pandai berenang, cikgu nak fed-up ke, nak tukar cikgu ke pedulik...bukan me tak bayar punnnn....(tiba-tiba mode eksyen di sini...kuikuikui...)

Macam biasa..me dengan Sept still lagi dalam mode slow-motion...still lagi try nak pick-up apa yang patut...tapi takpelah, we just go slow and steady, dah takat ni je yang kitaorang lepas nak buat untuk masa ni so, just buat slow-slow, taknaklah paksa-paksa diri (lagi sekali, kitaorang bukannya nak masuk tournament punn....)...janji kitaorang nanti-nanti boleh berenang...makan tahun pun tak kisahlah, janji pandai...niat pulak bila dah pandai breaststrok ni, insyaALLLAH ktaorang ingat nak sambung amik next level lagi...(niat tu penting okeh...)
Pastu Fatin ajar pun ok, terang dan jelas jugak...cuma dah namanya student nama S.U.E..so, memang me dah cakap kat Fatin siap-siap yang me ni memanglah lambat pick-up sikit....sebaiklah Fatin jenis harap maklum sikit..so, legalah...pastu best jugak, dapat sedikit sebanyak jugak tips supaya senang lagi nak berenang...ok sangat-sangatlah kan...
Kolam pun tak ramai orang, kebanyakkan orang balik kampung lah kot, iyalah time cuti-cuti panjang kan...jadi puas jugaklah kitaorang dapat round nak dekat sekolam malam tu..(walaupun tak pandai berenang lagi, tapi nak belajar tu je habis pusing satu kolam ko...tak padan dengan tak pandai tu....hehehehhe)

Ahad, kelmarin pulak me dengan Mijon ada jugak pergi practise berenang kat PADE, oklah bolehlah sikit walaupun me tang nak lepas tangan dari guna kickboard tu tak lepas-lepas lagi...
Memang me harap dan doa-doa sangat agar me dapat berani-beranikan diri untuk tak guna kickboard bila next class nanti....mudah-mudahan..aminnn....





Wednesday, April 27, 2011

Hujan..

Satu benda yang me suka bila hujan turun lebat-lebat ni ialah me boleh melalak menyanyi sekuat-kuat hati dan perasaan me tanpa menganggu orang keliling...huwahahahahar...best gilerr weiii!! 

Pantang #1

Iya sebut macam Mak Dara dalam citer Ibu Mertuaku tu ye...
Kali ni me nak bercerita pasal kephantangan No. 1 me tentang sesuatu yang orang lain rasa "kecil" tapi me rasa "besar".. (walaupun No. 1 tapi pantang ni randomly ye)..


Begini ceritanya,
Pagi tadi...me sampai kat ofis adalah dalam 10-15 minit awal..
Macam biasa jugak dah sampai kat meja sendiri teruslah on PC...dah on PC pastu teruslah bukak apa yang patut kan?kata pun awal lagi...jadi bukanlah dulu apa yang nak bukak, kang dah start time kerja dah tak boleh dah nak bukak tenet secara terang-terangan dah kan...(kang kantoi susah...hhihihihihi)
So, tengah cun-cun mata kat PC ni, me terdengarlah ada makhluk tuhan lalu (makhluk lelaki muda lagi belia) dan berhenti kat tepi meja (ada kaunter besar dan panjang sebenarnya)...
Pastu me sempat toleh kejab...Tapi me lantakkan je dia, area meja dan kaunter ni pun dah dikira tempat awam jugak kan...
Pastu elok lepas tu ada pulak bunyi macam orang dok mengagau cari sesuatu kat area meja me...
Me diamkan lagi, malas nak fikir bukan-bukan..
Tapi kejab je, disebabkan perasaan curious me yang terlampau-lampau me pun toleh la sekejab..rupanya makhluk tuhan ni tengah menulis something dan kat tangan dia ada pen yang dia amik sesukahati makapak dia dari bekas alattulis me tadi dan yang penting dia amik tu tanpa langsung nak cakap kat me yang dia nak guna ke apa....bunyi mengagau dok cari benda tu dia lah tu...
Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali, tapi dah berkali-kali dah ye makhluk ni buat camni...dari mula-mula dia start masuk sini sampailah pagi nih...


Tu cerita pagi tadi, cerita time lain pulak,
Tu belum lagi time nak kertas A4 paper...dah tau nak guna, banyak pulak tu patutnya pandai-pandailah bawak sendiri siap-siap..ni tak, tiap kali nak pakai tiap kali jugaklah dia main mengagau je amik kat meja me nih...tak cakap tak apa, tangan main seluk-seluk je kat tray printer me nih..selai dua takpe lagi, ni amik sampai nak habislah jugak kertas dalam tray..yang penting sekali boleh tak kalau ko nak amik tu ko cakap..cakapppp (intonasi macam Ahmad Nisfu)...sabar jelah...ntah-ntah dia ingat me letak A4 paper tu kat situ untuk dia lah kot, pastu tempat me ni memang khas untuk dia seluk-seluk sesuka hati kott....
Ni baru citer pasal pen dengan A4 paper, belum lagi nak cerita pasal telefon, pasal apa-apa lagi yang ada kat meja me nih tau....


Lain cerita pulak,
Pasal newspaper pun sama...dia cari newspaper yang patut dia kena baca (ha..kat sini special sikit..pagi-pagi masuk keje 'wajib' baca surat khabar dulu..korang ade?kukuikuikui...)
Orang dah bagitau yang surat khabar dia takde orang lain dah amik...dia boleh pulak dok jenguk jenguk, selak-selak meja me ni sebijik macam pencurik  sebab semata-mata nak tengok betul atau tak surat khabar tu memang takde.....kepala hotak kau!!haaaaaa....
kejadahnya me nak mengambik surat khabar dia pastu kata tak amik kan...??agak-agaklah pun...ingat me ni kanak-kanak main sorok-sorok benda pastu taknak ngaku???


Lagi cerita lain,
Tu belum lagi kadang-kadang angin apa tah, surat khabar orang lain pun dia main rembat tak cakap apa...
Main sebat je, pastu mengagau pulak 'owner' surat khabar tu mencarik...
Dahle tu, orang suruh cari artikel pasal ekonomi dan yang penting-penting, tapi dibantai cari artikel tah hapa-hapa tah...(padahal level dia level oficer kengkawan oiii..berapa kali mau bagitau mana satu artikel yang kena amik nih???)
Paling lawak, boleh haritu artikel pasal telur tiruan pun dia nak amik weiii....tu belum lagi citer pasal pakcik kerja kerajaan buat misi keliling Malaysia ke hapa....huwaaahahahaha..ekonomi dengan pasal kerajaanlah sangat kan...?(opps, terkeluar topik pulak dah..hehehehhe)


Korang mesti boleh imagine tah hapa 'bangsa' manusia tah camni kan?
Cara macam tak bersalah je...walaupun bukan tiap-tiap hari ko kena hadap, tapi lama-lama jadi hangin je kan...
Ni me cerita pasal orang yang taraf educationnya sangat tinggi ok...kalau dikira faktor umur kononnya ko muda ko tak tau camne nak pakai barang orang sangatlah big NO...ada otak, pandai pulak tu takkan tak boleh fikir benda basic...


Kesimpulan kepantangan No 1 me nih...
Me sebenarnya sangat-sangatlah P.A.N.T.A.N.G kalau orang lain sesuka suki hati je amik barang me tanpa mintak permission (ayat terus terang je ye)...
Tu belum campur lagi, kalau dah pakai pastu tak reti nak letak kat tempat asal balik...
Tu belum lagi, kang dahlah pinjam barang orang, pastu tutup hilang, tangkai hilang, bekas hilang.. (contohnya lah...)...
Kau amik camne, silalah pulangkan sebiji macam mana kau amik mula-mula dulu...
Tapi takkan nak benda yang dah ramai orang pegang nak dipulangkan sebijik macam mula-mula pun tak logiklah jugak..maknanya mana-mana yang patut lah..kata dah pakai barang orang kan...?
Paling me pantang tulah, part nak pakai barang orang, tapi takde mulut nak cakap..tak payah mukadimah panjang lebar ke apa, just gitau nak pakai sudahh..janji ko cakap..tu je....
Me bukanle kedekut taik hidung masin ye tuan puan..no no no...tu bukan me...(boleh tanya kengkawan dan kebanyakkan kengkawan yang me kenal pun gitu..sangat-sangatlah pemurah dan tak berkira...kan dah terpuji diri sendirik..kihkihkih)


Me ni senang je, apa me ada orang lain nak pinjam atau nak guna ke me sangat-sangatlah mempersilakan...
Tak kisahlah benda tu camne, me memang no hal punyalah..lagilah kalau barang tu boleh bagi manafaat pada orang lain sekali...memanglah tak kisah sangat-sangat...
Tapi satu jelah...budi bahasa haruslah ada sikit kan...nak pakai barang orang paling tak cakaplah apa-apa kat tuan empunya barang tu...apa kes nak pakai barang orang tapi main rembat je....
Takkan tiap-tiap barang kat keliling ni Makapak awak tu ada share dengan ownernyer???(ha ko, ayat dah macam hareemm dah ni...)
Masuk rumah sendiri pun kena bagi salam, inikan pulak kalau nak guna hak orang....
Senang citer, macammana barang kau kau tak suka orang lain guna sesuka hati, camtu jugaklah orang lain...

Cuba satu hari me pergi kat meja dia pastu pakai amik je pen dari bekas alat tulis dia...haa....rasa-rasanya dia suka tak????kalau suka ajaiblah kan....


Amacam, rasa-rasanya any suggestion tak untuk 'mengajar' makhluk tuhan yang perangai macam di atas ni?


Tuesday, April 26, 2011

Kentang Goreng/Potato Wedges

Kitaorang kat rumah ni sememangnya sangat-sangat giler kentang...
Boleh dikatakan segala yang kena mengena dengan kentang mesti gelojoh habis makan punyalah...
Selalunya kalau benda yang berkenaan dengan kentang-kentang ni me akan masak pun yang sedia ada punya (segera punya la tu...heheheh)....tak pernah pulak try buat sendiri...
Tapi, masa me tercari-cari, terngintai-ngintai resepi kat dalam Myresepi terjumpa pulak resepi Kentang Goreng ni...
Bila tengok resepi sangat-sangatlah simple dan menarik jadi me pun cubalah...
Seriusss....sangat-sangat sejibik rasa Potato Wedges ok...best gilerrr ko....tak caya boleh try buat ye...
Resepinya...

Kentang Goreng


Bahan-bahan ( 3 biji kentang saiz besar )

  • 3 biji kentang bersaiz besar
  • 1 kiub pati ayam / bilis
  • Air secukupnya utk merebus
  • Minyak utk menggoreng - "deep fry"

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam rebusan kentang.
  4. Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.
  5. Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang kelihatan perang.
  6. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.


Walla!menjadikkk....


Yang me buat ni color kurang menyerlah sikit sebab tak sabar-sabar dah nak makan...kuikuikui...
Jadi lain kali boleh cuba goreng lama-lama sikit supaya nampak lagi semengah...

Pastu, rasanya boleh jugak kot kalau nak masak cara bakar dalam oven (selalu tengok mat salleh buat gitu kan..)...lain kali nak trylah pulak....^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...