Search This Blog

Monday, May 23, 2011

Puding Kastad (Jagung)

Buat jumaat 2 minggu lepas...



Puding Kastad

Puding
Simple custard pudding

Created on : 10-04-2006

Bahan-bahan ( 20 cm )
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula (dikurangkan, me jadikan 3/4 cawan sahaja)
  • 1 cawan jagung dalam tin (me guna yang corn in cream, sebab tu je yang ada kat rumah)
  • 5 cawan santan (kurangkan, me jadikan 4 setengah cawan sahaja)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend jagung (me tak blend pun, saja sukakan rasa jagung seketul-seketul tu...). Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
  2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
  3. Masukkan ke dalam loyang
  4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk


Terima kasih Erna untuk resepi ni...
Kengkawan tryla...resepi simple tapi memang sedap sangat-sangat....

Thursday, May 19, 2011

Cream Puff..

Cream Puff yang dihasilkan pada bulan 6 tahun 2007...
Ha kau..dah berjaman kan...

Kisahnya, pagi tadi bukak-bukan gmail tetiba dapat email dari siti Normaya ni...
Dia tanya soalan pasal cara nak buat creampuff yang me pernah cuba buat dari myresepi...(me ada tinggalkan jejak kat sana...)
Sebaiklah kisah lama tapi me masih ingat lagi cara dan kaedah nak membuatnyer...hehehhehe...

Resepi asal adalah dari SINI....

Cream Puff

Cream-puff
Senang.. cara-cara masak bergambar

Created on : 29-08-2006

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4.  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6.  Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8.  Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9.  Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12.  Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer


 Tapi seperti pertanyaan Siti Normaya, me tak ni takde microwave oven sebernarnya, dalam komen me kat Myresepi tu, me telah gunakan periuk biasa je bila nak buat batter cream puff nih...
Caranya senang je, guna je dapur biasa, just tenggek periuk biasa cuma api kena maintainkan perlahan je, sebab takut adunan jadi bergentel...
Kat bawah ni adunan yang dah dipipe ke atas dulanglah sangat kan tutup periuk tu...kuikuikui...
Ni kaedah orang tak reti nak cari dulang pembakar kat ne, so belasah je guna tutup periuk...
Lagi satu, me pipe ni tak guna pun bag piping, just guna plastik putih (clear) tu je...
Dah sumbat adunan kat dalam plastik dan gunting sikit je hujung plastik tu...
Terus boleh pipe kan dah...pipe secara bulatan dan jadilah bentuk macam kat bawah ni...(ewahh...macam pro je kan...?hehehhehe)
Macam resepi asal jugak, lepas dah pipe tu kena semburkan sikit air kat atas adunan ni...
Untuk apa me tak berapa pasti lah pulak..hihihihiihi...

Ni yang dah siap bakar...
Amacam??oklah kan untuk amatur..hihiihi..
Masa buat ni memang habis ngoklah...pakai belasah je mana yang ada...
Tapi alhamdullilah..menjadi u all..hehehhehe...
Ok tak??
Ok sangat-sangat dah ni tau...
Apapun, kepada Siti Normaya selamat mencuba yek...(macamle dia baca blog nih...hehehheh)
Untuk Yani dari Myresepi pulak, TQVM...
Lupa pulak, untuk cari cara nak buat inti cream custard tu click link kat atas tu ye...

Sue Berkata tapi Dalam Hati: i wonder camne Siti Normaya tu boleh dapat email me tu kan?serius pelik binti heran...huhuhuhuhu

Monday, May 16, 2011

Takda Mood...

Sejak dua tiga hari ni macam takde mood...
Satu pasal kat ofis..satu pasal kat rumah...
Malas nak citer pasal apa kat sini...walaupun dalam hati mengeletis sangats-sangat nak menulis...
Tapi takpela..
Lagipun sebagai hamba yang lemah, tak boleh nak salahkan orang lain tu seratus peratus walaupun kita rasa kita dah buat dan jadi yang terbaik...hati manusia lain-lain kan....?
Jadi nak atau taknak kenalah biarkan saja....baik me diamkan diri saja....me malas nak fikir secara berlebih-lebih...sedih tak sedih hidup harus diteruskan juga...
Bak kata seorang sahabat..biar orang buat kita, tapi kita jangan sesekali buat orang...
Cuma harapnya, masing-masing supaya masing-masing diberikan petunjuk supaya satu hari nanti kita semua boleh jadi lebih baik lagi...Amin...

Saturday, May 14, 2011

Bercekau...

Disebabkan me ni buta jalan, so harap maklumlah kalau tersesat tu..
Tapi dah namanya Sue and the famili bercekau itu adalah harus...tak bercekau dulu tak sah..
Bayangkan dari Putrajaya tak dapat-dapat cari exit nak ke Ampang...sesat dah sampai ke Puchong Selatan ko..huhuhuhu
Pusing punya pusing, nak dekat sejam cari exit je, barulah kembali ke jalan yang benar...huhuhuhu...
So, maknanya juga, kami bercekau nak dekat sejamlah jugak..bayangkan...tensen tak tensen tu, dahlah sesat pastu masing-masing mulut taknak kalah...serabut bertambah ok...huhuhuhu...
Tapi tulah...kan me kata famili kecik kitaorang ni memang taknak kalah..bercekau tu kan harussss....(iyelah, cara-cara nak 'mengakrabkan' ikatan kekeluargaan...kuikuikui.....)
Pastu, dan-dan bila dah jumpa jalan tu...Ait...terus senyap...hahahhaha...sabar jelah...
Ni baru Putrajaya nak ke Ampang..ni nanti-nanti cuti sekolah ni dari Ampang nak ke PD ni camno??
Haruskan kami bercekau lagi...???ohhh..tidakkkkk.....wendak..wendak..wendak...!huhuhuhu....

Wednesday, May 11, 2011

Berkursus...

Saya berkursus selama 2 hari...
Dimulai pada hari ini dan diakhiri pada hari esok....
Kursus untuk frontliner gitu..so, layankan je...
Dah lama tak berbahasa guna bahasa Inggeris..sangat-sangatlah kekok...hampeh sungguh...
Lepas ni nak kena rajin-rajin sepikong London le gamaknya...kalau tak memang sangat-sangat kesian pada diri sendiri..huhuhuhuhu....
Walaupun kerajaan nak start balik memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi tak salah rasanya kalau kita tau guna bahasa kedua atau ketiga kan?
Kursus pulak untuk harini oklah...ni nak habiskan pulak hari esok, harap makin bestlah...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...