Gambar adalah diambil pada bulan September yang lalu...
Masa tu saja je gatal-gatal dok men'survey' kolam kat Cheras ni...
Rupanya agak dekat jugak dengan rumah berbanding kolam kat PADE, Shah Alam yang selama ni me dok ulang alik tu kan...
Rupanya agak dekat jugak dengan rumah berbanding kolam kat PADE, Shah Alam yang selama ni me dok ulang alik tu kan...
Kompleks Renang Awam Kuala Lumpur, Cheras ni terletak betul-betul di depan pintu masuk Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tau...senang nak cari.....
Sempat jugak masa tu kitaorang survey pasal kelas untuk berenang...tapi malangnya takde orang yang nak terangkan...
Tu pun nasib baik dapat amik borang dari Pak GuardBangla sahaja...nasib baik juga dalam tu ada tulis semuanya....tapi tak nasib baik pulak borang kelas berenang tu tah kemana pulak hilangnya......huhuhuhu...tak pasal-pasal balik nanti kena mencari...
Tu pun nasib baik dapat amik borang dari Pak Guard
Cuma me ingat-ingat lupa yang fees kat sini adalah murah dari yang ada kat kelas kat PADE tu...
Tak silap RM60 untuk 4 kelas sebulan rasanya...
Berikut adalah jadual sesi penggunaa kolam di Kompleks Renang Kuala Lumpur, Cheras yea...jadi sila baca sendiri....
Kesimpulannya, sesiapa yang duduk kat area KL, Ampang, Cheras, Kajang dan sebagainya bolehlah survey class di Kompleks Renang Kuala Lumpur di Cheras ni....
Dan sesiapa yang duduk area Shah Alam dan sewaktu dengannya pulak bolehlah rujuk entri ini http://sueginola.blogspot.com/2011/01/kelas-berenangswimming-class.html dan ini....http://sueginola.blogspot.com/2011/02/info-renang-masa-dan-yuran-untuk-masuk.html
Apapun untuk info selanjutnya me nasihatkan kalau betul-betul berminat silalah pergi terus kolam yang dikehendaki dan bertanyalah kepada pihak yang berkenaan yea..baru puas hati...
Sebab entri yang me buat ni adalah info yang me dapat atas survey sendiri, jadi mungkin ada berberapa perkara yang tak berapa clear.......
p.s: Berenang adalah salah satu sunah nabi tak rugi kita follow kan....