Search This Blog

Saturday, July 02, 2011

PANTANG #3

Secara rawak:


  • Kalau bawak kereta belah kiri tapi ada mahkluk driver kat belakang nak 'cucuk-cucuk' Makcik Viv me yang cute nih..pantang tauuu....Lagi-lagi kalau jalan tu ada 2 atau 3 lorong...Dah nak laju sangat silalah ke belah kanan, takkan takut nak potong belah kanan kot, kata nak laju??...Dan kalau iyapun takut nak potong belah kanan tapi still nak tunjuk lagak mungkin kete ko power sangat kot silalah cari kereta lain untuk diberlagakkan okeh..tak sesuai tau..Makcik Viv me ni sah-sahlah tak sepower kereta orang lain pun....Tapi jangan terkejut pulak, kadang-kadang kalau emosi mak tengah terganggu, mak main-main brek sikit, biar terkejut sikit mahkluk driver tu....Ada banyak kali jugaklah terkesima kejab makhluk driver tu tau, tetiba sopan je tak 'cucuk-cucuk' lagi dah...faham pulak kan...

  • Pantang dengan makhluk yang pakai benda apa-apa lagi kalau benda tu branded kata dialah kan me tak kisah pun tapi nak gebang kat orang padahal orang tak tanya pun....Nak bercerita no hal, me boleh je anggukkan, tapi kalau dah tahap gebang kau tak beragak-agak kononnya ko pakai semua barang bagus-bagus belaka, orang lain pakai semuanya takde kelas apa kesss????Ko tak bolehlah expect ko pakai branded tu maknanya level ko dah tinggi, takde maknanya bukan tak tau beli pun ala-ala gaji dah takat lobang hidung ala-ala biar papa asal bergaya kan...Make it simple, ko beli, ko pakai mak tengok cantik, mak hepi je, takde hal punya, bukan ko beli pakai duit mak pun...Kalau dah rasa bila pakai benda branded tu hebat, ko pun diam-diam sudahlah, tak payahlah nak susah payah bercerita over-over, orang lain ni ada mata, boleh nampaklah ko pakai apa....Dan yang paling penting, kalau pun excited dapat pakai barang/beli branded tu tak payah rajin-rajin sangat nak bandingkan dengan mak yang cokia ni ye, tak sesuai tau...alaa, cara ko bercerita pun dah tau apa intention ko tu... dan kalau nak 'berlawan' sangat apa yang ko ada silalah cari 'lawan' yang sesuai...Mak tak pakai barang branded-branded ni nyah, mak pakai apa yang mak suka nak pakai je...kalau murah pun tapi sesuai mak sebat je beli...mak tau kemampuan mak la, jadi tak payah rajin-rajin nak 'berlawan-lawan' dengan mak ye, tak dapat faedah pun...Kesimpulannya, dah ko rasa lifestyle ko memang camtu dipersilakan, beli jangan tak beli, pakai jangan tak pakai, memang mak takde/tak akan jeles punya....guna duit sendiri kan...?

  • Kalau dapat call atau sms dari kawan-kawan lama yang bukannya nak tanya kabar, tapi nak jual product...OMbiskutttt, sangatlah biadap....dahlah lama giler tak bertanya kabar, apalah salahnya mukadimah tu elok sikit, ni tak, main redah je...Taulah nak bisnes, tapi tak boleh ke ayat permulaan tu bagi ayat yang sesedap rasa, tanya hai apa kabar je pun dah ok, pastu cakaplah sekarang ni nak bisnes ke apa ke..Jadi, takdele potong mood sangat kan, ni tak tiba-tiba dapat sms "sekarang saya menjual dot..dot..dot, sila hubungi saya..."...wahhh....ayatttt...Ish, jawapannya memang kirim salam jelah, memang mak tak layan uu....i m syorrri.....Kalau iyapun nak meniaga dengan kengkawan PR tu kenalah bagus sikit, kurang-kurang manalah tau terbukak hati kawan tu nak membeli......tak cuba tak tau kan....?
Okeylah, mak bagi 3 dululah, mak dah nak siap-siap ni, kejab-kejab lagi kang nak pergi tengok movie....chow...

Sue Berkata tapi Dalam Hati:  Harap maaf ye, arini tetiba Sue menjadi Mak......emosi tak berapa stabillah katakan...harap diampun.....hihihihiihhi

~Penyejuk hati~





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...