Search This Blog

Tuesday, August 09, 2011

Puding Roti...

Resepi Puding Roti yang sedap untuk dikongsi bersama....^_^
Sebelum dibakar/nak kukus pun boleh...

Dan selepas.....nyum..nyum..nyum....

Puding roti

Dsc03085
enak dimakan ketika sejuk. sesuai untuk hidangan petang

Created on : 04-07-2006

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega-me tak sapu pun..huhuhuhu...terlupa bolehh????!
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula-me letak lebih kurang 2 Sudu Besar, tapi tertawar sikit..nak lebih manis boleh letak 2 1/2 Sudu Besar kot...
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.



Percayalah...Puding roti resepi Hanis ni memang sedap tau...
Atas garing bawah sangatlah berkastad...rasanya lebih kurang dengan Puding Karamel...sedappppp....
Anyway, terima kasih untuk Hanis dan Myresipi....^_^

Sue Berkata-kata Lagi:  Me ni tak pandai masak ye kengkawan, mengharapkan resepi jelah...tu pun kejab-kejab kang tengok kertas, kang sambung masak, jenuh ok nak buat satu menu macam atas ni......kalau tengok gambar memang sangatlah pro kan?padahal???kuikuikui.....Tapi kalau takat apa apa yang ada dan dah selalu masaklah tu idaklah teman nak meletak resepi, tu tandanya resepi memang dah ada kat dalam kepala...hehehehhehe...Apapun,  me memang salute springlah kat sesapa yang memang teror masak macam-macam masakan tapi tak payah nak menengok resepi tu...cayalah, memang hebat gilerlah korang!!!!^_^toing..toing...toing....tabiikkkkkkkk!-----especially Emak me...toing...toing...toing.....!




No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...