Maka disini me attachkan Peta yang dilukis oleh Pakcik Guard Masjid Wilayah yea...
(Cerita penuh boleh baca semalam punya entri yea...)....
Tiada editing, original copy okeh... |
Ni me cerita dari jalan masuk ni yang dari Jalan Kuching tau...
Atau nak senang cari je jalan nak ke Masjid Wilayah Persekutuan dulu....
Jalan masuknya adalah disebelah kanan sebelum masuk ke jalan nak masuk ke Hentian Duta (jalan ke Hentian Duta adalah sebelah kiri) tau...
Pastu dah masuk jalan je terus...
Bila nampak pintu masuk (belah kiri) ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta tu terus je masuk ke dalam....jangan segan-segan u all, masuk je tau......
Yang me cerita ni sebenarnya adalah pintu masuk Masjid sebelah belakang...(pintu masjid ada dua belah rupanya, utama dan belakang)..
Sebabnya kalau anda dipintu belakang (dalam peta P/2) macam kami pergi semalam tu...
Memang anda kena masuk je dalam Masjid Wilayah tu dan jalan short-cut dalam masjid untuk tembus ke Pintu Utama (dalam peta P/1) dan terus boleh ikut je arahan seperti peta di atas ni...
Tapi jaga-jaga, kalau terberhenti kat pondok guard tu mungkin anda akan kena tol RM2 dan keatas dari Pakcik Guard Masjid Wilayah tu okeh..kihkihkih....(tapi sapa niat nak bersedekah digalakkan berhenti disitu...)
Lagi satu cara:
Tak pun kalau rajin boleh je ikut jalan jauh iaitu ikut lurus je dari jalan masuk utama nak ke pejabat kerajaan di Jalan Duta tu (sama dengan jalan kat atas tu jugak)...
Cuma tak payah masuk Masjid Wilayah...
Cuma jalan je terus sampai hujung (mula-mula akan nampak LHDN, Pusat Penjaja kat sebelah kanan dan Masjid Wilayah disebelah kiri dan lain-lain lagi, tapi sila abaikan bangunan-bangunan itu....)...
Jalan je terus-terus lagi dan lagi sampai jumpa trafik light kat hujung sekali...
Kat situ cuma ada arah nak ke kiri atau ke kanan sahaja...
Dan terus je belok ke trafik light belah kiri pastu terus je sampai ke jalan Hartamas 1 (ada 1 shopping complex besar dan mewah berhadapan dengan rumah mewah jugak)...
Pastu kat area atas bukit depan-depan tu je belah kanan akan jumpa JPN/Imigresen/Mahkamah Syariah, Jalan Dutamas...
Bangunan-bangunan yang bekenaan akan ada semuanya kat atas bukit tu yea...
Dan untuk parking kereta, boleh terus naik atas dan parking kenderaan anda di area berdekatan dengan bangunan yang ada.....
Dan parking adalah percuma...
sekian...^_^
p.s: Anyway, kredit to Pakcik Guard Masjid Wilayah yang suruh Belanja Minum RM2.00...^_^..
p.s.s: Lagi satu, jalan di atas ni adalah jalan yang me tau sahaja yea...kalau nak tau jalan lain sila rujuk orang lain yang lebih arif...terima kasih...^_^
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....