Selamat Menyambut Hari Perkerja semua....
7 April 2013 (Ahad)
Kuala Terengganu Day 3
Dah tidur dan lepak-lepak kat bilik kitaorang keluar...
Harini kan free and easy so niat nak pergi Pasar Kedai Payang kejab...sebab Sept nak beli kain batik sutera...Sept jelah ye, kitaorang ni tolong temankan saja sudah....
Kat Pasar Kedai Payang ni tau jelah batik-batiknya adalah sangatlah banyak dan sangatlah cantik-cantik belaka, so agak pening kepala dan mata nak mencari mana yang berkenan....
Pergi semalam tu Sept sempat beli satu helai je so hari ini dia ala-ala nak pulun beli pulak...
Punyalah banyak kedai kan...last terpersona kat kedai yang satu ni.....
Adakah sebab adik ni anak bilis sangat kah??hahaha...oh tidak...
Kat sini Sept jumpa jenis kain yang dia nak tu...so memang pakat cari kat sini je sudah...
Kain jenis apa me tak berapa nak tau..tapi dia taknak kain crepe tu...dia nak kain jenis licin sikit tu...dia suka yang jenis tu katanya....
Oklah..adik bilis ni pun layan baik punya so dapatlah Sept lagi 3 pasang....
Adik ni ada promote katanya kalau nak order dari FB kakak dia pun boleh...nanti diaorang poskan....posnya FOC lagik..huuuuu...syok...
So oklah..lain kali kalau dah teringin sangat nak pakai batik terengganu bolehlah main beli online je kan....
Paling best kat sini segala kad boleh guna, kad kredit, kat debit semuanyalah...so sangatlah convenience....
Berkenan dengan yang tanah putih ni..tapi sebab ada batu dan hati memang tak terbuka nak membeli so memang tak belilah....(me memang tak berapa minat batik sutera dari dulu lagi entah tak tau kenapa...)
Apapun walaupun tak suka nak beli batik-batik kat Pasar Kedai Payang ni memang cantik-cantik kan..'buta' hati kejab....
Orang happy walaupun muka macam tu je dapat bawak balik 4 pasang batik terengganu....
Masa kitaorang pergi ni hari Ahad, hari berkerja diaorang kat sini...so memang lenggang jelah tempat ni tak berapa ramai orang......
Macam-macam ada...
Tapi me beli fridge magnet, t-shirt dengan baju untuk Emak, Anim dengan Imraan je...untuk barang macam makan macam keropok or benda lain tu niat nak beli esok pagi-pagi sebelum balik pulak....
Sebenarnya minah ni macam tak puas hati lagi ni..dia nak beli lagi tapi nak buat camne masa memang tak mengizinkan..so beli 4 pasang je sudah ye..lain kali pulak beli berpasang-pasang....
Lupa pulak, kitaorang parking kat depan kedai-kedai Emas ni...kat sini selalunya parking ada je kosong...2 hari pergi (Ahad dengan Isnin) parking pun kat tempat yang sama...senang gitu...
Bersambung....
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....