Search This Blog

Wednesday, September 25, 2013

Rumah Sewa...

Rujuk link ini....

1- Masa duduk rumah sewa dulu (masa study) tuan rumah (student jugak, makapak dia punya rumah) suruh off petiais bila dah malam, tapi bila dah pagi nanti on balik...alasan takut bil api naik...Of courselah giler terkujat kan...sakai betul sampai sebab pasang petiais boleh menyebabkan bil melambung-lambung tinggi, mana fahaman tah sampai gitu sekali calculation dia dapat....peti ais kecik okeh...yang jenis color hijau satu pintu cenonet tu.....


2-Kelas me pukul 10 pagi, ada pulak roomates kelas pukul 8 pagi.....dah bangun solat subuh tu ofcourselah nak sambung tidur lagi....tapi tak dapekkkkk...sebab roommate yang sorang ni (cer teka siapa??) tu nanti dari dia bangun tu sampailah kuar dari pintu depan memang menyakitkan hati...tapi roommate sorang lagi tak okeh..jadual diaorang sama je tapi satu bunyi pun dia tak kuarkan......tapi yang lagi sorang ni memang pelik.......dari perangai bukak lampu tak reti nak tutupnya (padahal ko dah ke bilik air pun kan..ke bilik air takpe kejab je kan...ni pastu kang dah blah pun tak reti nak tutup lampu tu balik jugak padahal ko yang last pun tu pun pehal??...motip jugak dah terang pun nak bukak lampu..lagi satu tu motip nak suruh me bangun tutupkanlah kot...), tu belum lagi dengar dia hempas segala pintu yang ada termasuklah pintu bilik dengan pintu lemari (tapi bila dah blah pintu bilik tak reti jugak nak tutup...), paling tak boleh blah, pakai sikat  pakai segala benda nak bersiap tu (guna bedak baby je pun) tapi cara letak macam hempas lesung batu...boleh??...serius tak boleh blah...bayangkanlah me yang mamai-mamai nak sambung tidur ni punyalah rasa annoyed sampaikan boleh tahu segala pergerakkan dia...tak ke super-annoying tu??mana tak perasan kalau dah tiap-tiap kali pun itulah corak pergerakkannya...tapi sangatlah perasan time orang lain tidur je pulak dia buat gitu...bila time lain tu boleh pulak ko senyap sunyi tak bunyi apa-apa....motif sangat..!


3-Me and the geng (Sept dengan Zai) beli telur sepapan buat stok kalau tak cukup lauk nanti.......kitaorang dah pakai  4 biji (ingat sebab baru je pekena telur tu sebelum tu....).....Tapiiii...balik esoknya balik dari kelas  tetiba telur lagi 2 biji dah hilang (rajin pulak tetiba nak check papan telur tu pulak kan...?)........bising satu rumah ko...hahahahaha!eh bukan bising apa, cuma jadi merebak satu rumah kes telur tak cukup lagi 2 biji...hehehehe....Paling tak boleh blah bila sorang-sorang siap buat pengakuan exclusive kat kitaorang yang diaorang tak amik (tak suruh pun okeh, tapi masing-masing laju je declare gitu gini...)....tapi yang menjadi kemusyiklannya tu kitaorang ni bangsa kalau makan tak pernah makan sendiri-sendiri dan sorang-sorang punya, tak pernah!memang semester tu kebetulan 3-3 orang pun jadual makan kelas semuanya lebih kurang je freenya, memang takkan sendiri-sendiri punya....Kesimpulanan, sampai sekarang misteri kehilangan 2 biji telur tu tak dapat dirungkaikan..yang pasti memang kitaorang tak makan okeh...pelik..pelik........


4- Masa masuk rumah sewa tu tuan rumah (sama dengan nombor satu...) sound yang kitaorang tidak dibenarkan untuk menghidupkan ekon sebab bil mahal jugak.....kalau nak pakai pun kejab-kejab sekali sekala je takpe kena jimat katanya sebab bil air dengan elektrik kena bayar share 10 orang..oh ok, mohlah kita berjimat ceremat......Tapi ada Sue and the geng kisah??takde maknanya okeh...lagi-lagi bila tiap-tiap hari nampak tuan tanah kedaung tuan rumah selamba badak je balik kelas bukak ekon pagi petang siang malam padahal dia duduk dalam bilik tu sesorang (kitaorang bilik sumbat 6 orang sebilik okeh)....Sungguhlah un-fair kan...?dahlah  sebab ko tuan rumah ko tak payah bayar api air sewa segala (read: kitaorang yang kena tanggung 10 orang)...so alang-alang dah nak kena tanggung api air tuan rumah pastu tuan rumah pulak kemahin syok-syok suka suki je baik kita belasah je pasang ekon sekali....puas hatiiii.......


5-Ada sorang housemate (bilik lain), pagi petang siang malam kalau terserempak je dia kat dapur atau kat ruang tamu confirm kat tangan dia ada semangkuk meggi.....giler jimat okeh...Tapi tak sedapnya bila tiap-tiap kali kitaorang bertiga makan mesti tercongok dia depan kitaorang tanya makanan yang kitaorang makan tu sedap ke tak...?sebagai manusia (hamboi manusia terusss) haruslah dia lalu awal-awal tu pun kita dah pelawa kan...?so marilah makan sekali..tak baik kan........Okehlah tak kisah pun takat nak makan rasa-rasa tu.....Tapi dia ni lain sikit...mula-mula dia rasa sesudu dari sorang-sorang punya makanan (takpe...nak rasa je katanya...), tapi makin lama makin hebat okeh.....dari sesudu dia amik dari sorang-sorang terus bawak sudu dengan pinggan sekali (still lagi kata nak rasa tu...) join kitaorang makan terus......boleh???...hahahaha!nak gelak ke nak nangis tak tau dah ni.....Eh, jangan ingat kitaorang ni kedekut okeh...dari awal-awal tu memang ikhlas mengajak, tapi bila dah naik pangkat sampai bawak pinggan segala memang dah jadi taklah kan....Ada kawan me lagi sorang tu lagi selamba je sound bila tak tahan punya pasal "eh, ko kalau nak ambik ambik sikit je ye, aku lapar nih....."..huwahahahaha!makk sukeeee...ada jugak yang jenis sound tepet kan....Bukan kitaorang tak kesian, kesian okeh..tapi nak buat camne..dia pakai meletup-letup, mekap berbagai-bagai...so pepandailah kan....Lagipun sapa tahan tiap kali dia pelawa kitaorang mesti dia pelawa meggi je (niat dah betullah pelawa tu kan...)...tapi tak boleh jadilah kalau kitaorang pelawa ha kau 3 jenis makanan terus dia dapat tapi satu haripun dia tak pernah nak join kitaorang makan makanan dia sama makan dengan kitaorang......

6-Housemate yang sama macam nombor 5 jugak....dia ni memang ahli rumah paling kontroversi...Kalau makan megi, mangkuk megi tu nanti letak kat singki berkumpullah sampai habis segala mangkuk kat rumah tu barulah dia basuh....Mug pun sama..dah habis semua orang punya mug dia pakai kang dah takde mug tak pun tuan punya mug atau mangkuk nak pakai barulah dia basuh semuanya...bayangkanlah....Kalau mangkuk memang kat dalam singki kan...tapi kalau mug silalah cari di sekeliling rumah ye....tak depan tivi, kat atas meja study, takpun kat bawah katil....kalau jumpa tu dah kira baik....tu belum lagi yang jumpa tu dah berbuih-buih masam dah tu (nasib tak kuar ulat lagi).....Jangan kata tak sound...dia ni bangsa 14 kali sound pun tu jugaklah tabiatnya....kesimpulannya...mangkuk dengan Mug me memang me tak dapat nak guna semester tu....geli okeh...tiap kali nak guna berkeladak tah kat mana-mana....eiiii...


7-Eh, rumah sewa me bukanlah semuanya teruk-teruk..ada yang baik jugak...macam roomates me kalau dia tak balik kampung on weekend tu nanti kita balik hari Ahad petang tu tau-tau rumah dengan toilet dah cantik kemas dan bersinar-sinar....memang tabik spring okeh....tapi tulah..duduk 10 orang tapi yang betul-betul hardcore buat kerja rumah 2 orang je (me kategori yang 8 orang tu lagi ye....boooo!) so memang tak dapatlah rumah nak cantik kemas bersinar-sinar tiap-tiap hari pun......dasar masing-masing pemalas kan....


8-Hujung semesta housemates dah bertukar...time nak exam boleh pulak budak-budak bilik sebelah bawak balik coursemates lelaki nak buat assignment and studygroup kat dalam rumah..aduhai sangatlah terkesima..adik-adik tau kah korang yang rumah ni adalah rumah sewa orang PEREMPUAN??.terkejut akhak tau!(walaupun akhak ni takdelah alim ke apa biasa-biasa je...)........serius tak reti nak cakap...sebabnya budak-budak (2 orang kebetulan satu bilik pastu satu kelas) yang bawak coursemates lelaki tu adalah budak-budak perempuan alim nak mampuih....budget keluar rumah pakai tudung labung tutup dada (tudung bawal jatuh kebawah dua-dua Read: sebagai gambaran sahaja), pakai stoking kaki stokin lengan bila keluar....oh my....!!..tak terkata okeh...Memang kita tau niat korang nak buat assignment je siap bukak pintu depan luas-luas...tapi boleh tak faham yang rumah tu semuanya orang perempuan yang togel sana togel sini bila dalam rumah??....serius me tak faham okeh....bila tulis ni pun tergeleng-geleng me teringat...huhuhu...Me rasa kitaorang ni yang duatiga orang togel tak pakai tudung pakai baju seksi pun tak pernah ada lagi lelaki jejak sampai pintu depan tu okeh...huhuhuhu....


9-Housemate baru jugak, dari Sabah...tah apa pasal tah satu hari tu lepas jumpa boyfren (berumur orang Sabah jugak..haa..tetiba nak mention pasal umur dengan asal usul kan...) balik-balik hambik ko penuh satu teksi dengan barang-barangnya shopping....sangat sesuatu okeh lagipun selama ni kalau tengok lifestyle dia takdelah berduhit benar......dari barang pakai (baju, kasut, kasut sport, beg, purse, segalanyalah) berkotak-kotak berbeg-beg, pastu teddy bears, dengan segala mak nenek coklat..serius tak tipu....banyak giler-giler ok..macam nak bawak balik shopping complex dah gayanya...Paling sesuatu sebabnya dia kata dia tidur rumah makciknya semalam (hari yang sama dia dating dengan bfnya tu...)...Paling tak boleh blah member me sorang (dia ni memang mulut macam harom sikit...tapi sangat funny orangnya ye...) katanya..."Kenapa Wa** jalan macam lain macam jek..?"....hoi, tak ke soalan membunuh tu....???



To be continued......




No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...