Search This Blog

Friday, July 21, 2017

Ramada Plaza Melaka...Best Oo....

Perasan tak bila musim cuti sekolah, me confirm mesti kebanyakkan orang akan bercuti di luar kan? Kadang-kadang cuti tu sebab buat macam-macam kan?contohnya – pergi melanconglah, berjumpa saudara maralah ataupun untuk jalan-jalan cari makan…betul tak?
Macam kitaorang sekeluarga, kitaorang kalau bercuti selalunya untuk berehat dan jalan-jalan cari makan jek…
Pastu kalau korang perasan selalunya kitaorang akan ke PD…
Pastu tak pun selalunya kitaorang suka sangat bercuti ke Melaka..
Macam Melaka tu, korang perasan tak sebenarnya Melaka adalah tempat bercuti yang best?…dekat pun dekat kan…?



Kalau korang perasan jugak, banyak destinasi pelancongan yang popular kat Melaka tu kan?ada Jonker Street, A Famosa, Melaka River Cruise dan banyak lagi.. (ni me sebut mana yang sempat jek yek haha)…
Okeh yang ni me kat Taman Buaya...see...pusing-pusing ada je tempat yang boleh kita singgah kalau kat Melaka tu okeh....rajin tak rajin jelah...
Lagi satu, Melaka ni semuanya dekat-dekat okeh….Kalau pergi kat town Melaka tu semuanya within walking distance jek….jalan sikit dah sampai Jonker Street, kang jalan sikit dah sampai A Famosa, kang pusing sikit dah sampai Melaka River Cruise tu…nak cari Asam Pedas pun merata…Cuma kena rajin sikitlah…tapi kalau tak rajin jalan boleh bawak je bawak kereta…kalau tak sanggup nak cari parking cari jelah beca…in sha ALLAH sampai hehe…..






Paling penting malam-malam boleh cari Ikan Bakar kat Pernu, Umbai hihi......
Tapi ni kena bawak keretalah ye...tapi tu pun dekat jek..tak sampai 35 minit dah boleh order dah....
Harga dahlah murah ooiii...order macam-macam pun memang tak pernah cecah RM200....selalu kitaorang kena pun dalam RM120 camtu jek...giler tak syok kan?



Citer pasal hotel pulak...kat Melaka kan ada banyak hotel-hotel kan?…tapi paling best haruslah Ramada Plaza Melaka….
Serius best okeh….sebabnya 10 minit naik kereta korang dah boleh sampai kat town Melaka tu ye….
Meh me share Info pasal Hotel Ramada Plaza Melaka:
Ramada Plaza Melaka ialah sebuah hotel yang terletak di Malacca City Center. Selain bertempat di kedudukan yang baik, Ramada Plaza Melaka juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Cheng Hoong Teng Temple dalam 0.73 km dan Red Square (Dutch Square) dalam 0.79 km….dekat kan…?
Hotel ni memang kiranya dekat betul dengan town dah ni tau..naik kereta kejab je dah sampai merata-rata…






Macam me, me pernah berkursus dan menetap kat Ramada Plaza Melaka ni…memang best….
  Kalau korang nak tau, untuk acara perniagaan ke majlis korporat ke, Ramada Plaza Melaka memang ada menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang perlukan. ..
So kalau ke sini sambil nak santai atau buat event atau untuk kerja memanglah hotel ini sangat sangat sesuai…sebabnya pelbagai kemudahan yang berkualiti disediakan oleh hotel ini okeh. …
Kira complete semua ada ye…bilik kursus ada…tempat nak makan ada…bilik pun kat situ jek..memang senang…
Tu kalau untuk kerja atau nak buat eventlah kan…
Tapi kalau untuk cuti-cuti dengan family pun best, sebab kemudahan di Ramada Plaza Melaka ni banyak...semua ada okeh…
Dahlah bilik best dan besar, pastu tempat tidurnya selesa sangat ye…
Memanglah sesuai kalau bawak keluarga…dahlah tu layanan dari staff pulak memang terbaik…tak tipu…..
Pastu macam me pernah citer dulu…staff hotel ni memang bagus…nampak kita memang angguk menyapa kita okeh…kalau naik lift tu memang diaorang yang tekankan button lift tu…tak ke kemain tu?hihi….






Sapa nak bagi weih view macam gini?Siap nampak sungai untuk River Cruise tu lagik okeh...
View dari bilik yang me duduk...hehe...ni me dapat bilik hujung sekali ni tau...level 11 ke 9..tak ingatlah pulop..........best kan?






Masa ni jerebu ye..so memang pic agak kabur....
Ni tingkap adalah besar ya amat....sambil duduk bersila pun boleh tengok view...
Malam lagi cantik...macam ada pesta cahaya dah.....
Ni masa naik river cruise tu pun boleh nampak hotel dari sungai tau...kemvang kejab sebab nampak hotel yang kita duduk tu depan mata...(rasa macam nak bagitau semua orang...eh tulah hotel yang Iolls duduk hahaha)......
Pastu kalau korang jenis suka duduk kat hotel je pun best sebab diaorang ada pusat kecergasan…
Kiranya kalau bercuti tu boleh jugaklah sambil-sambil mencergaskan diri hehe…..
Pastu diaorang ada kolam renang ye…(Cuma haritu Iolls tak sempat nak cuba, salahkan jadual yang penuh sangat tu huh!rugi okehhh)…..
Selain tu rupa-rupanya diaorang ada jugak tempat buat rawatan spa (hohoho…napa tak tau nih?)…yes diaorang ada ye….so silalah cuba…jangan jadi macam Iolls haritu..apapun tak sempat..rugi sangat-sangat la haiii…..







Makan pulak, don’t worry…buffet breakfast kat Ramada Plaza Melaka ni memang penuh sekeliling café tu…tinggal nak makan taknak makan je ye….banyak!!....
Tapi tengoklah ni, kalau dah namanya Su tetaplah nombor satu amik Nasi Lemak..dasar perut kena makan nasik pepagi kan..hehehe....
Cafe adalah sangat cozy tau....sedap je duduk bersantai-santai sambil cuci mata.......sampai rasa taknak bangun dah okeh haha….
Tu breakfast..kalau lunch ke dinner mesti lagi meriah tu kan…
Lupa pulak…selain tu kan hotel ni ada sediakan akses WIFI..so don’t worry kalau-kalau nak guna tu…biasalah kan, kita kan kalau bercuti tu kalau tak share gambo at social medias rogilah hihik…



Serius..kalau korang bercuti or singgah di Melaka, bolehlah try duduk kat Ramada Plaza Melaka…memang recomended!....Tersangatlah conveniences….kemudahan banyak…nak bergerak kemana-mana pun senang….badan tak penat nak travel jauh-jauh okeh…Melaka je dah best…Memang tak payah nak fikir macam-macam lagi dah…
Haa apalagi  jom terus dapatkan penginapan anda dan get best price onramada plaza melaka here! … <=== klik sini kalau korang nak tengok offer yang best....Tak rugi okeh….me pun macam nak repeat je lagi nih hehehe….(nak kena kecek-kecek Atie lah kejab lagik hahaha)…..






No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...