Serius bukan taknak jemput...nak sangat-sangat...
Tapi macamana me nak cakap ye...memang banyak sebab yang menyebabkan me tak dapat nak jemput semua....mintak janganlah kecik hati...
Apapaun kecik hati ke tak memang me mohon maaf sangat-sangat.......
Kalini nak citer pasal kad kahwin...
Tu si busyuk Syabeel...sambil minum susu sambil tangan nyibuk nak mencapai hihi....
Orang nak bukak bungkusan, dia pun nak bukak, adoilaaa....pakcik keypoh betull!.....
Ni petang balik kerja nih...kad kahwin dengan yang lain-lain Alhamdulillah sampai sampai on time...petang 17 November 2017....
Kitaorang memang nak kad ni siap awal sebab 25 haribulan November nanti ada majlis perkahwinan adik sepupu me (ada kat entri yang lepas)...so time kenduri tu nanti dengan harapan Emak bolehlah menyelit menjemput sekali....
Fyi, kad kahwin kitaorang ni adalah hasil dari pebincangan me dengan OT pastu adalah sikit-sikit me tanya orang keliling...buat confirmation sikit gitu.....
Kad ni kitaorang tempat online je tau....segala urusan adalah melalui Apps Whatapps sahaja ye...takde call ke apa ke...memang tru WA semata-mata....
Me dapat vendor yang buat ni pun tru Instagram...hau kau..memang gamble habis nih.....
Alhamdullilah...walapun segala perbincangan adalah melalui online, tapi satu benda tu tak salah ye...semuanya adalah sama macam yang me dengan OT nak....syukur.....TQ NJ DESIGN!...
Mula-mula nak nak buat ni memang pening kepala me kena fikir okeh...sebab banyak sangat choices....hehehehe.....(me korang jangan bagi chances berangan, memang betul-betul berangan okeh).....
Fyi, dengan NJ Design nih best sebab NJ Design suruh me pilih je design/corak kat mana-mana, pastu design/corak yang kita suka tu kita sent kat diorang untuk editing.. then korang boleh design sendiri ye macamana korang nak based on design yang korang suka pulak....
Macam yang me punya ni design asal lain...pastu me suruh NJ Design tukar bunga tu sikit then tukar color semua then tukar font, layout kad dan sebagainya....kiranya idea adalah dari kita la...tapi NJ Design akan guide yang perlu....
Ni antara contoh yang me conteng-conteng untuk bagi lagi faham hihi...hampunlah..makcik takde basic melukis...
Ni me belasah je janji NJ Design faham..nasib baiklah faham okeh..kalau tak peninglah dua-dua pihak pulak hahaha.....
Ni mula-mula korang kena design cover dulu...nak macamana...kalau ada contoh bagi...nanti diaorang buatkan pastu bagi kita tengok, kalau tak ok boleh je betulkan sampailah kita rasa ok...tapi bersyarat jugak..kalau dah confirm design korang tak boleh tukar ye...nanti kena charge....kalau boleh kena betul-betul puas hati baru lock untuk confirm..tapi tu untuk design, untuk layout, font dengan colors takde masalah, selagi tak print korang boleh tukar..very flexible....
Ni contoh skeme color yang kitaorang nak...Me ni kan rajin mengoogle..so me pilih beberapa contoh, then OT pilih yang ni....then just screenshot pic ni then hantar kat NJ Design...nanti diorang appliedkan dalam kad kita tu...
Kad ni walapun yang uruskan me sorang, tapi banyak jugak kena discuss dengan OT...pendapat OT me tak ketepikan tau...selalunya me akan suggest, tapi kalau OT ada pendapat lain OT jugak akan suggest, just bagitau kat NJ Design then tengok hasil, kalau OK me akan cakap OK, kalau tak OK nanti me akan suggest yang lain sampailah me dengan OT puas hati....
Katanya nak jimat kan so kad adalah depan belakang sekeping sahaja hahaha.......
Ni belakang kad pun kalau boleh me simple..tapi me rasa tak boleh nak simple sangat, kang tak paham pulak..so janji nampak, pastu faham sudah....
Ni lepas dah siap part depan, NJ Design akan designkan belakang pulak, tapi kalau tak puas hati boleh ubah...takde masalah....
Cuma memang take time...tulah pasal diaorang bagi processing time dalam min 4 minggu sebab benda-benda macam nilah....memang selagi tak puas hati, tak siap memang korang kena keep in touch dengan dioarang.....
Peta tu pulak korang try google dulu, kalau ada contoh peta sama macam lokasi korang nak kenduri tu lagi senang...kalau tak, korang just lukis sendiri je then sent je kat NJ Design...taulah diaorang nak buat camne....
Masa pilih saiz ni ada dua choices dengan dua vendor yang berbeza...
Harga yang diaorang bagi sama, cuma satu vendor bagi harga RM250 untuk 200 keping kad untuk dua pihak (200 keping darap 2 set) saiz 4X6 inci atau lagi satu vendor bagi harga RM250 untuk 400 keping kad saiz 6X6 inci untuk combined...
Ni pun bila dah kira budget semua (termasuk sampul, postage, bunting dengan tunjuk arah), then kitaorang decided nak amik kad saiz 6x6 inci dari NJ Design ni.....
Lagipun kad saiz 6x6 ni lagi sesuai untuk majlis combined macam kitaorang....pastu bila kad besar kan tulisan tu nampak lagi jelas....
Untuk kad kahwin saiz 6x6 inci 400 keping bersamaan dengan RM250 ni free 1 bunting (harga termasuk design dengan peta dengan sampul sekali ye)...pastu postage pulak diaroang charged RM30..pastu me tambah tanda arah tu 5 keping (diaroang ada pakej RM20 untuk 5 tanda arah, kalau taknak pakej satu tanda arah diaroagn charged RM5 sekeping)....
So total untuk semua kat atas ni RM300....(ni kira within budget sangat dengan apa yang kitaorang jangka..jauh jugak savenya nih).....
Lagi satu, korang kena tau, kad kahwin ni kalau 1000 keping ke atas memang murah, tapi kalau bilangan sikit pastu pelik-pelik macam me dengan OT nak ni memang charged dia jadi mahal sikit....
Macam dengan NJ Design ni pulak, untuk bunting dengan tanda arah tu diaorang akan designkan bila kad dah confirm, tapi still NJ Design akan mintak approval kita..selagi tak ok diaorang takkan print semuanya.....
Okeh ni e-card kitaorang......
Bila kita tempah kad kahwin dengan NJ Design ni automatically kita akan dapat e-card ye....
Disebabkan memang nak ecard jugak, tu yang kitaorang tempah kad ni 400 keping je...
Kiranya sorang akan dapat 200 keping kad hardcopy, pastu 50 lagi jemputan guna e-card...total anggaran sorang dalam 500 jemputan....
Kad depan belakang..hehehe sorry terpaksa blurkan....
Alhamdulilah macam me cakap, me dengan OT memang puas hati...kad dapat on time, pastu servis untuk design memang terbaik (mana nak dapat ko boleh berangan design kad kahwin sendiri oiiii)...pastu walapun diorang ni jenis macam tak suka nak berwasap sangat (busy ke apa gamaknya), kiranya kita kena tanya baru bergerak sampai risau jugaklah me hahaha...selain tu memang diraogn ikut habis selera kitaorang okeh....(percayalah, kalau korang lagi kreatif mesti cantik giler kad kahwin korang).....
Okeh ni me share ye....
Untuk IG korang cari NJ Design....location diorang kat Negeri Sembilan...
HP: 017-70280246...
Nanti cakaplah dapat tau dari Sue dari Ampang...(ni me tak dapat apapun ni okeh..me just nak korang ala-ala say hi kot-kotlah dia ingat lagi customer makcik-makcik dari Ampang ni hahaha)....
Harga terkini me tak tau...tapi trylah korang mintak quotations....
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....