Search This Blog

Friday, March 23, 2018

Resepi Kuah Lontong/Lodeh Simple...

Ni bahan-bahan untuk 5-6 orang makan tau.....

Bahan kena Goreng:
Tempe-2 papan (potong kecil, gaul dengan serbuk kunyit dan garam then goreng)
Tauhu-3-4 keping (potong kecil then goreng)

Bahan-Bahan Tumis:
Bawang putih-3-4 (hiris halus)
Bawang Besar-2 biji (hiris halus)
Halia-seinci (ketuk)
Serai-3 batang (ketuk)
Lengkuas- seinci (ketuk)
Ikan Bilis-dalam 3 sudu besar
Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Lain:
Santan 2 kotak kecil
Kobis potong kecil
Carot-1 batang potong kecil
Kacang Panjang-5 tangkai potong kecil
Cili Merah-3 tangkai potong serong kecil
Serbuk kunyit-setengah sudu
Air, garam dan gula..

Cara-caranya:
1-Tumis semua bahan tumis tu sehingga naik bau....
2-Masukkan sekotak santan dan air, biarkan mengelegak..kena jaga api supaya santan tak pecah..
3-Masukkan Tempe, Tauhu, sayur-sayuran dan serbuk kunyit.  Biarkan sayur-sayuran tadi agak lembut.. ni kena selalu kacau jugak ye...
4-Masukkan santan pekat (yang sekotak lagi tu), then garam dan gula (gula sikittttt je ye..kang manis kang tak best pulakk)......kalau rasa pekat sangat or tak cukup kuah boleh je tambah air...
5-Sentiasa kacau tau..kalau tak kang berminyak pastu kang berketul pulak santan tu....
6-Bila sayur dah lembut..kuah dah agak pekat (ikutlah korang nak pekat mana) tu maknanya dah siap...







Korang buatlah dulu nasi impit ye....(beli segera senang..cepat je masak)...
Pastu buat apa-apa sambal dulu jugak....
Nak rebus telur pun boleh...tapi me tak suka....
Pastu nak letak apa-apa sayur pun boleh..takde hal hehehe...sebab apa me cakap gitu sebab kalau me beli tu macam-macam jenis sayur diaorang letak...tapi rasa tetaplah sama sedap je..so takde masalah kalau korang nak letak apa-apa sayur kegemaran korang.....
Selamat mencuba....!









No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...