Bubur Nasi...
Ni Me masak sendiri masa tengah pantang haritu...masa tu dah masuk minggu ketiga pantang rasanya...
Me kan tak berapa boleh telan makanan (nasi berlauk semua tu..tak lalu, pastu asyik angin, asyik nak muntah segala), dahlah camtu, sekali gusi kat gigi bongsu (hujung sekali kat dalam) pulak bengkak...
Selama ni memang selalu je kat situ problem sebab gigi bongsu Me tu rapat sangat ke hujung rahang dengan pipi...so selalunya pipi kat rahang Me tu luka sebab berlaga jek...
Tapi kalini disebabkan Me gatal masa berus gigi tu Me berus kat situ beria-ia terus jadi bengkak Uolls (dah terbabit-babit habis gusi sekali jadi bengkak huhu).....dahlah tu bengkak siap tak boleh bukak mulut okeh...seksaaaa....
Lagilah jadi tak boleh nak telan apa-apa makanan kan.....so camne tu?
Pastu teringat..eh baiklah buat bubur jek...
Lagipun senang jugak buat bubur (walaupun tengah berpantang), sebab jenis masak tenggek periuk atas api, main campak-campak bahan-bahan jek, tinggal nak kacau-kacau sampai masak je....setel...gitchew.....
Antara bahan-bahan yang Me dah potong siap-siap....
Bahan-bahan pun apa yang ada kat dapur...pastu mana yang Me rasa orang berpantang boleh makan jek....
Me masak bubur sekejab je tau..tak sampai pun 40 minit setel...(rasanya 30 minit dah siap okeh..kira kejab jelah kan).....
Sebab masa nak masak bubur nasi tu mula-mula kena tenggek beras dengan air dengan hirisan Halia dulu kan....(sebab berpantang, so halia tu Me letak lebih sikit).....Ok masa tu kita just letak air sikit je tau....lebih sikittt je dari beras....tapi kena make sure jangan korang tinggalkan lama-lama pulak periuk tu..sebab kejab je air tu akan kering (kalau biarkan kang hangit tau)...
Me guna cara ni amazingnya cepat je beras tu kembang okeh...trylah...
Pastu bila tengok air tadi tu dah kering, letak lagi sikit air lagi..ulanglah sampai korang tengok beras dah elok kembang (selalunya Me ulang 2-3 kali je tambah air sikit-sikit tu...)...
Dah elok cantik kembang beras tu, barulah boleh letak air bebanyak ikut korang nak pekat cair macamana bubur korang tu).........
Bila dah kembang biarlah mengelegak (nak cepat mengelegak masa letak air tu guna je air panas ye...lagi laju je siap hehe).... then bolehlah letak segala benda yang korang nak letak....
Ni bahan-bahan yang dah siap potong tu ikutlah yang mana dulu kena letak ye...letak sayur yang keras-keras tu dulu, yang senang lembut tu nanti-nanti baru letak (kang ada yang hancur tak syok pulak makan)...
Tengok macam nak masak tu, bolehlah korang letak kiub ayam tu seketul or dua ketul, pastu letak blackpepper hancur tu sesudu (ikut korang suka banyak mana nak, Me berpantang so letak lebih sikit)..letak jugak Lada Sulah sikit, garam sikit, minyak bijan 3-4 titik, pastu letaklah daun Sup (dah potong halus-halus)...tutup api...sekian boleh makan hehe......
Yang Me tunjuk yang ni versi berkhasiat sikit sebab Me tambah Sawi dengan daging cincang....
Mula-mula buat tu Me buat togel jek, letak lauk kentang jek sebab tu jek yang ada...tapi sebab dah hari-hari (dua minggu lebih jugaklah bengkak tu baru surut bebetul..bengkak dia habis kembung pipi belah kiri Iolls)....jadi hari-harilah Me membubur Uolls...
Sebab nak berkhasiat so Me letak daging cincang....
Pastu kalau letak daging, daging cincang tu Me tumis dulu dengan halia dalam pan lain (tumis sampai daging tu masak), pastu bila bubur dah nak siap Me letak je terus daging dah masak tu dalam bubur tu...senang, tak payah nak tunggu lelama.....
Bubur Me buat ni bawang pun Me tak letak tau (korang nak letak boleh jek), tapi rasa dia dah secukup rasa okeh....lagi sikittt nak rasa bubur lambuk tawww hehe.....
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....