Search This Blog

Monday, July 06, 2020

Bubur Nasi Guna Rice Cooker...

Assalamualaikum...Haii….

Harini Me nak share cara-cara nak masak Bubur Nasi kosong guna rice Cooker Uolls (cara-cara yang Me rasa tersenang)...….
Sajalah share..mana tau yang taktau tu boleh dapat idea tambahan.…






Ok...kita start ye...
Mula-mula on rice cooker...tekan kat bahagian cook ye...bagi periuk besi tu panas dulu…
Then letak sikit minyak/margerin/butter...then tumis bawang putih dan bawang besar/merah sampai wangi…
Lepas tu kalua korang nak berlauk sikit, bolehlah letak Ayam or daging yang dicincang/dipotong kecik...ikut sukaaa….taknak or takde boleh skip jek...senang...
Macam Makcik, Makcik is letak margerin sikit (tak sampai setengah sudu pun)…
Bahan-bahan sebenarnya ikut korang tau...
Ni sebab Makcik nak bagi bubur kosong tu berasa/wangi sikit tu yang Makcik is tumis bawang Putih ketuk/cincang dengan Bawang Besar hiris ye...
Lagi satu, Makcik is tak rajin nak tumis asing...so kita tumis je awal-awal….
Tapi kalua korang taknak letak apa-apa, means nak buat bubur kosong putih tu...korang skip jek step yang tumis-tumis nih tau…..









Dah tumis letak air panas…
Iya, air panas tau....letak dalam dua mug camtu….(kalua tak cukup nanti-nanti boleh tambah, don't worry tau)….
Air panas tu pulak kenalah masak siap-siap ye....senang...masak dalam satu jug gitu….
Nak masak air tu gunalah jug elektrik ke...guna periuk tenggek atas api dapur ke...tak pun macam Makcik, Makcik is tadah je air mesin tu.…(kena ada air panas sebab nak cepatkan proses masak tu)….
Lepas tu macam Makcik biarkan air tu mengelegak balik….
Disebabkan Makcik is taknak bubur tu rasa kosong, so Makcik is letak Ikan Bilis (yang dah dibasuh ye)….
Letak sikit je sudah...dalam dua sudu besar camtu dah....
Korang nak lagi sedap letak kiub ayam...tu memang confirm wangi dan sedap okeh....







Air dah mengelegak, so kita masukkan beras….
Lupaa oiiiii...beras pulak Makcik dah prepared awal-awal….
Sebelum nak masak bubur, malam tu ke, 3-4 jam sebelum tu ke...korang basuh bersih dulu siap-siap beras tu ye...then simpan dalam bahagian frozen (Makcik simpan dalam plastic sebab peti ais kecik)…
Pastu dah biarkan beras sejuk keras/beku baru boleh buat bubur….ni pun cara nak cepatkan masak tau...(so kalua suka makan bubur, boleh frozenkan siap-siap dalam peti ais..kang nak buat bubur tinggal nak tenggek dalam periuk je beras tu)…..
 Ok, sukatan beras tu ikutlah berapa banyak korang nak makan...tapi kalua takat dua orang nak makan kenyang-kenyang, satu pot beras tu dah cukup dah….










Air dah menggelegak, kita tuang beras….
Pastu biarkan beras kembang ye....kena rajin kacau-kacau beras tu jugak…takut melekat kat periuk....
Selalunya beras tu sekejab je dah kembang tau…dalam 5 minit jek..silalah percaya….
Cuma jangan lupa tambah air panas tu lagi bila perlu tau, biar beras tu berenang-renang dalam tu haha....kang tak cukup air jadi nasik lembek kang Makcik is tak tauu ye...











Ni rupanya kalua air cukup-cukup...so beras tu jadik gini…macam nasik terlebih air.....
Jadi kita tambah je air dalam semug lagik….pastu kacau-kacau bagi tak melekat…..








Nampak tak beras tu dah kembang?
Kejab je okeh...tak sampai 30 minit dah siap dah tau.....
Air pun sekali je tambah dah siap, serius kejab sangat tau...
Petua taknak beras tu hangit/melekat kat bawah periuk...bila mengelegak je bubur tu, just off jek rice cooker tu ye...pastu kacau-kacau je bagi rata...then biarkan...
Then tengok bubur tu dah agak sejuk sikit then on balik rice cooker tu...pastu biarkan mengelegak pastu kacau then off balik...tau-tau dah cantic dah bubur tu hehe....
Sebelum lupa...kalua nak letak sayur, letak masak tengah mengelegak ye (petua taknak rasa sayur tu kuat)....
Pastu sayur kena letak awal..kalua tak sayur tu keras (macam carrot...kena letak awal..pastu kena ulang-ulang tambah air lama sikit...so Makcik is nyampah kalua ada carrot haha)…..
Nak senang letak jelah kentang...tak pun ikut suka korangla...yang atas ni Makcik is letak Broccoli cincang…
FYI, kalau kentang or Broccoli tak payah nak tambah air banyak-banyak kali sebab bubur masak je, dia pun masak/empuk/dah lembut….
Pastu nak letak garam, dipersilakan….
Nak tambah blackpapper or Lada Sulah pun boleh….
Nak letak Daun Sup pun eh silakan...serius nanti lagi sedap...









Hasilnya….Alamak gambar gegar….
Ni rupanya bila dah siap…
Bubur pulak ikut korang tau..nak pekat masak lama sikit biarkan pekat (jadi macam atas nih)……
Yang penting kalua nak buat yang pekat,  kena;ah rajin-rajin kacau beras tu (tang kacau tu yang Makcik tak suka buat bubur ni ye haha)….








TAMAT





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...