Search This Blog

Monday, February 27, 2023

Random Pic. No. 129

Assalamualaikum..hi semua...





Lama betul tak makan Loaded potatoes bowl ni Uolls..
Duluu..duluuu memang kalau Me tergi or gi Kepsi memang Me beli..dari harga dia RM4.80 (tak silap), sampailah sekarang ni harga dah jadi RM7.49 (rasanyalah..salah hampunn)......
Ni kan dari size dia asalnya besar, sampailah dah makin kecik😅(harga makin naik, tapi serving size dia makin kecik pulak)...tapi tak kira..Me memang suka jek nak beli...
Tapi tulah.sekarang ni susah nak ada okehhh...asyik-asyik takde...(geram okeh)....









Ni gambar tengah hari Khamis haritu...Me amik halfday yang opis bagi free tetiap bulan tu Uolls...
Balik dari opis Me singgah KFC..tapau untuk anak (nasik kolenel tu)..untuk Me set Snack Plate n Loaded Potatoes Bowl tu....
Ni pun singgah sebab Me kena lalu ikut main gate kat depan...gate belakang yang dekat dengan rumah Me tu diaorang tak bukak (bukan time bukak dia)....
Ni set nih Me makan petang....tengah hari Me makan Loaded Potatoes Bowl tu Uolls...
Hari Khamis tu pukul 2pm dua-dua (Me n Anak) gone with the wind....dua-dua malam semalam tu tak boleh tidur Uolls..Adikla..dia tak boleh tidur, pastu dia mengacau Me n OT..tapi OT elok boleh tidur, Me la terkebil-kebil..sampai Anak dah tidur pun Me dok terkebil-kebil tak boleh nak tidur...so dah gitu memang tengah hari tu kita qada' la tidur tu...(ada peluang tidur, baik cepat-cepat tidurle kan, bagi menggelakkan kepala sakit okeh😅).....









Lepas Maghrib kita gi Lotus...nak beli groceries Uolls...stock barang-barang kat rumah dah menyusut sangat dah tu....
Nakhil ni peel dia yang satu nih kalau kita panggil dia dengar jek tau..tapi dia suka buat dek...
Bila kita tengok muka dia kita tau dia dengar..sebab dalam pada tak pandang tu kalau kita bagi arahan or borak dengan dia, elok jek dia jawab/respon (kalau kita suruh amik benda or atau kita panggil dia suruh buat apa-apa)...kiranya dia jawab tapi tak pandang pun boleh?😑...memang dia saja jek tak reti nak memandang (geram ye..jenuh dok panggil tetaplah dia buat derk gitu jek)...
Dah le camtu, pastu Doktor kat PAED ada tanya tau, Nakhil ada eyes contact tak?ehh mestila adaa...dia kalau bercakap dengan kita dia memang pandang jek...siap paksa lagik kita pandang dia ye (siap tarik muka Mama or Abah kalau kitoarang tak layan...eh nampak naw la ikut perangai ignorance MakBapak khen 😅)....cumanya itulah...kalau kita panggil, lagilah kalau dia tengah buat apa-apa, dia punya "tuli" tu aiii lah😠....tapi cuba dari jauh kita panggil..eh zaasss lajuk je dia datang okeh..kalau buat salah lagiklahh baru sebut sikit jek eh reti pulak nak merempan sebab sakit hatik 😂).....











Suruh pandang HP pun taknak...so ginilah gambarnya....










Time nak amik gambar, time tulah makanan nak sampai, time tu jugaklah OT nak guna HP😅...
Ni kitoarang makan tetaplah kat tempat yang sama Uolls...senang n bertenang gitu...
Kat CRS nih orang tak berapa nak ramai (masa kitioarang gi ni pun adalah 2-3 meja yang ada customers)...tu yang sesuai gitu...tapi satu jek haritu...staff dia (rasanya manager kedai), dia buat-buat tak nampak pulak kitoarang pulak (padahal seats kitaorang sebelah kaunter dia jek😑)...
Duduk adalah nak 10 minit...boleh dia buat taktau😑...Me panggil (jangan OT yang panggil ye😆), barulah nak datang tanya nak makan apa?😑
Tapi kalini tak payah scan QR Code dah Uolls..boleh order terus jek kat staff tu....(kan senang dan pantas gitu)...
Dah order tu pastu tunggu lama jugakla baru dapat makanan....
Lambat tu Me rasa dioarang baru masak Nasik Uolls...sebab bila dapat tu pun Nasik pun macam jelatah lagi sikit (macam nasik tak kering lagi tapi dah hidang)....
Haritu kan Me add on sepiring lagi ayam (kot-kotlah takut tak cukup)...ha kauuu...bila hujung makan tu, dah aku tolak kat ko, ko tolak kat aku sebab nak mengabihkan tu jek ye...
So lepas ni order jelah satu piring ayam tu sudah...lantaklah orang tu kata kedekut ke takde duit ke (hahaha..insecure sendirik gitu)...ni dah dua kali dah jadik gini Uolls...order lebih sikit jek tapi tak boleh nak habiskan (membazir sebab kalau bawak balik pun selalunya takde sapa nak repeat makan😓)....
Pastu kan pelik tau..yang manager tu masa kita nak bayar (kan kita gi kat kaunter)...dia tak berbunyi (bercakap apapun tau) pastu main sua jek mesin tu tunjuk harga kat kita...(memang pesen dia gitu ye..setiap kali customer nak bayar dia sua jek mesin bahagian harga tu jek)..eh mulut takde ke?(serius kenapalah haritu dia gitu khennn)....









Keluar CSR kat tepi tu ada tempat mainan nih....
Kemain excited ye..so Me mintak Daddy dia gi beli token sekeping dua...
Daddy dia masukkan duit, eh dia nak keluar okeh...eh mana boleh, rugi duhit okehh..so duduk situ diam-diam..nasib baiklah elok dia duduk😆...











Dah habis satu train, Daddy dia ajak naik satu lagi train..ha yang ni barulah thrill gitu...sebab yang ni gerak berpusing-pusing😝....












Ni tengah hari Sabtu...
Tidur tengah hari le nih...
Tidur berekon, pastu Mama dia pandai gi pakaikan anak baju singlet...tau-tau bila nak kejut dia jadik gini😅...
Ni kan sebelum tidur tu dia pakai kat kaki (of course la kan😅)..pastu bila nak kejut tu kan Me rasa dah kelakar dah bila tengok gini, sekali bila selak kain selimut tu lagi kelakar ye, rupa-rupanya dua-dua tangan pun dia pakai gini😆.....












Minum petang Nakhil...
Nak tunjuk yang fries tu sedapp..Me beli kat Lotus...rasa dia macam kita makan curly fries tu tau (tapi lagi better sebab takde rasa berlemak kat atas lelangit tu)....







Sekian





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...