Search This Blog

Wednesday, March 15, 2023

7 Mac 2023-Selasa...Alhamdulillah..Urusan dah Selesai...

Assalamualaikum..hi semua...








Pagi hari Selasa 7 Mac 2023 yang lepas...
Pepagi dah gerak sebab sebutan kat pejabat tanah tu appointment pukul 10am...
Ni amik gambar gini sebab "nganjing" Atie..pagi tu dia tanya benda lain, tapi dia hantar gambar stering kete dia gitu (motippp??😆), so dah gitu kita lawan hantar gamboo (walapun kete kita brand local jek...lawan tetap lawannn yeee kahkahkah😂)
Tapi..ada tapi..boleh tak dah suku jalan nak ke Bangi tu Atie call Me then bagitau yang orang pejabat tanah tu kata appointment untuk pagi tu cancel (orang tu call lawyer, lawyer pulak call Atie)..eh tak ke vervulu?
Kalau cancel pukul 9am untuk benda lepas pukul 12pm okehlah kan..ni dah pukul 9am (9 suku lebih  rasanya), appointment tu pukul 10am, pastu dan-dan tu tetiba kata cancel...
Me macam takpelah, kita patah balik jelah..tapi Atie tak ye..dia kata kita gi jugak..mana boleh cancel camtu jek..nak cuti satu hal (betul..Me kena cancel appointment terapi Adik, Atie pulak klinik tempat dia kerja siap tutup ye), nak kumpul semua (ada 7 orang semuanya) pun bukan senang...pastu sorang dahlah jauh dari Perak....
Eh betul jugakkan..so kitaorang terus jek perjalanan ke Bangi....











Depan office untuk urusan pembahagian pusaka kecil (nama proper Me tak ingat)....
Alhamdulillah...boleh je kitoarng teruskan urusan haritu...(nasib baiklah ikut cakap Atie kan...)...









Lambat sikit sebab kitaorang haritu dapat menyelit kes gitu....
Ni tengah tunggu la ni ha...












Dipendekkan cerita (tak pendek pun ya...nak sejam lebih kat dalam tu..rasanya kalau orang lain tak sampai 40 minit dah settle😅)..so dah selesai dah pun...Alhamdulillah...








Atie tengah bercakap dengan lawyer...
Kitaorang OK dengan result tapi dah lawyer pulak hangen tak puas hati😅..
Lawyer la...patutnya dia kena datang (apa-apa hal, sekurang-kurangnya dia ada), tapi dia tak boleh datang sebab ada kes lain kat Shah Alam..so bila pegawai bagi chance nak bincang, tapi lawyer sebagai orang tengah takde..so memang takdelah kitaoragn dapat berbincang pon..
Memang tak boleh ye Uolls sebab bila kat dalam tu pun dah serabut dah... tu yang kitaorang tak bercakap apa-apa tau (pegawai tu jek yang bercakap dengan makcik-makcik Me..kitaorang memang diam jek), kalaulah kitaorang bercakap sekali taktaulah jadik apa (mau kena halau keluar kot..diaorang kan tertrigger kalau kitaoang bercakap walapun sikit😅)...
Lagipun kitaorang dah malas Uolls..kitaorang ikut jek apa yang makcik-makcik kitaorang nak (demi Allah..kita dah bagi choice yang menguntungkan pihak sana, tapi pihak sana taknak)..so ikutlah mana-mana pun takpe...janji untuk urusan nama Abah selesai)....
N haritu rezeki dapat pegawai jenis baik, cakap takde kelam kabut ke takde bising-bising, takde perli-perli (ni biasa)..n dia very tertib (takde jugak dia side mana-mana pihak)....
N bila sampai part makcik Me yang sorang tu mesti stuck..tapi pegawai tu OK, dia ulang-ulang (adalah nak 10 kali ulang benda yang sama nak bagi terang balik😅)...penyabar okehhhh...
Dah ulang-ulang banyak kali pun (kalau orang lain mau meramuk dah kot😅), tapi dia cool jek..siap terangkan lagi, dah terangkan guna mulut, tapi tak faham, dia terangkan guna contoh, dah tak boleh faham jugak, siap tunjuk guna kertas pulak..ha kauuu...tu pun still tak boleh lagi (bukan tak faham, tapi ada benda tak puas hati sebenarnya..dok konar baring macam-macam), dah habis ulang, stuck kat setuju ke tak (tapi makcik Me yang sorang tu still tak boleh nak setuju)...then dia bagi pulak kitoarng chance berdiskus semua kat luar (FYI, ada jek pegawai yang jenis taknak serabut ye, dia reject jek session haritu ye...kalau camtu tak memasal kita kena datang lagi nanti)....
Lupa..untuk urusan harta pusaka (tak ingat harta tu total amount kurang dari berapa RM), kita boleh mohon kat pejabat tanah (kat mana-mana pejabat tanah yang berdekatan dengan rumah), kat bahagian harta pusaka kecil....
Nanti adalah borang untuk itu, n akan documents yang korang kena sediakan..dan kalau korang takde masalah nak kumpul waris n dokuments boleh jek buat sendiri semua..(salah sorang dari korang jadik wakil uruskan...)...dah siap isi borang, dah cukup documents semua dah boleh submit kat Pejabat Tanah tu...
Macam kitaorang ada masalah nak kumpul bekerjasama dengan waris eh documents ..so kita terpaksa upah lawyer..
Untuk lawyer, macam kitaorang kos untuk lawyer dalam RM4k plus (nak 5k jugakla).....
Bayar RM4k plus tu untuk uruskan semua...lawyer yang akan isi borang, kumpul maklumat harta pusaka (termasuk tanah, rumah, KWSP atau simpanan or apa-apa atas nama Arwah)...
Lawyer jugak akan kumpulkan docoments semua, dan buat urusan submit form jugak...panggilan dari Pejabat Tanah pun lawyer yang akan dapat dan informkan kepada waris semua...
FYI, kalau buat sendirik semua, sepatutnya tak habis pun RM500 ye...kalau buat sendirik kosnya duit buat copy documents n duit bil telepon jek)..jimattss....tapi  tu kalau dapat kerjasama semua pihak la...
Macam kitoarang, kitaorang taknak serabut...pastu sebab dah takde jalan tengah dah...so kita upah jek lawyer...(macam kitoarng, kesian lawyer yang kena ambush ye😓..tu yang lawyer cakap, macam troma je dia..katanya jugak, patutlah Su upah lawyer 😅)....
Ni kita pakai lawyer tau-tau kita bagi documents memasing, dapat info time to time, then tunggu date panggil, then gi Pejabat Tanah untuk bagi persetujuan je (je, tapi lama ye, sebab satu satu lawyer nak kena buat)......
Ni kita ke sesi kat pejabat tanah ni bila pejabat tanah dah bagi date n masa tau, then lepas tu sebelum gi tu sepatutnya semua benda kita dah decided ye...samaada harta pusaka tu nak dibahagikan sekian-sekian (ikut yang dah dibincangkan dengan semua waris sebelum tu) atau nak buat pembahagian ikut faraid je...
Bukan dah masuk dalam tu baru nak berbincang (tu Me cakap, kalau pegawai lain mau dia halau kitaorang, sebabnya diaorang taknak dah apa-apa perbincangan lagi dalam tu dah..time tu pegawai just nak result pasal pembahagian harta pusaka tu je (kat sini lah gunanya lawyer kitaorang sebelum ke sesi tu..lawyer yang kena jadi orang tengah untuk deal dengan makcik-makcik Me sebelum ke pejabat tanah tu..kalau korang, boleh je berbincang sesama sendiri dengan waris yang ada).......
Lagi satu lepas je settle urusan sesi tukar nama haritu (arwah), kena bayar kat Pejabat Tanah (tempat settlekan hal pusaka kecil tu) RM550 (kos untuk urusan haritu sahaja)...so total semua nak RM4k plus-plus jugaklah habis (ini semua kossss ye...tapi untuk kes lebih 14 tahun..syukurrr sangat-sangat😌)....
Apapun Alhamdulillah..untuk haritu...lepas ni tinggal tunggu surat official dari Pejabat Pusaka Kecil ni dulu, then baru boleh tukar nama kat geran semua (ni pun macam akan bermasalah rasanya nih huhuhu)...
Semoga lepas-lepas nih takde pertikaian or tak puas hati lagi (dah dah le tuuu).....
Yang memilih bukan kitaorang pun...jadinya janganlah nak pelik-pelik lagi lepas nih pulak..Aamiin...





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...