Assalamualaikum..hi semua..
Credit pic from FB..
Isu tengah hot kan sekarang..?
Wallahualam...
Tapi Me ada pengalaman sendiri ye..citer tak sama, tapi hampir nak serupa..
1 day kawan dari zaman sekolah menengah dulu tiba² WA Me...
Kawan yang kenal gitu² je ye (bukan 1 class pun, kat sekolah pun takde bertegur sapa..kiranya kenal nama/muka tapi takdelah berkawan pun..dan mungkin dapat no HP Me dari WA group alumni sekolah), dah habis sekolah 26 tahun tak pernah bertanya kabar, 26 tahun tak pernah jumpa ke apa tau², apapun takde tapi tetiba WA Me..
Tujuan WA boleh baca kat atas ni..
Mula² Me macam oo bagusnya, sebab tujuannya untuk infak untuk anak-anak yatim..
Pastu baca lagi, eh infak kan, tapi kenapa amount duit tu ditetapkan pulak?patutnya ikut seikhlas hati yang memderma la kan?patutnyalah...tapi takpelah, ada amount tertentu tu mungkin disebabkan ada tujuan khas iaitu nak bagi sorang 1 anak tu 1 choco tub (senang nak kiralah kot kan).....
Pastu hujung WA pulak Me tengok duit infak tu kena masukkan ke dalam akaun personal "kawan" Me tu, kat sini start la Me dah macam hmmmm🤔...
OK..tu tak kisah lagi..tapi bila Me tengok/check okeh kat FB "kawan" Me ni, Me tengokkkk laaa dia nih agen/tukang jual choco tub tu Uolls...
Nak husnuzon pun payah sebab, kalau pun choco tub tu semua (dari hasil kutipan) dapat kat anak² yatim tu, dah kenapa ko jadi tukang buat kutipan, pastu ko jugak yang tukang jual?dahlah tu guna pulak harga biasa ko jual..
Korang boleh tengok harga choco tub tu ye, eh sama je harga dia jual kat luar dengan harga untuk infak kat anak-anak yatim tu..maknanya kat sini sambil dia buat kutipan untuk infak, dia ada jugak dapat keuntungan dia atas sebab dia seller choco tub tu...
Eh niat tak menghalalkan cara ye..tujuan/niat tu betul..tapi cara tu betul tak?
Ko nak bersedekah/buat pahala, tapi ko amik peluang nak meniaga/nak untung jugak pulak...
Dia macam pahala bantu anak² yatim dia nak, untung meniaga pun dia nak..
Lain kalau kau buat kutipan infak atau sedekah, pastu duit tu kau belikan barang or makanan tu dari out-source..takpun kau yang tolong masakkan untuk sedekah tu from scratch, takpun kau beli barang/makanan dari orang-orang susah, barang/makanan tu kau sedekah/infakkan.....more telus kan..
Ni sendiri collect duit, pastu duit tu beli sendiri punya product (walapun agen je tapi sebab beli guna harga jual biasa kan)..banyak cantikkkk....
Ya Allah..takutnya..(nauzubillah)...
Ni yang memang Me jumpa ye..kes terpencil..
Mungkin ada yang kata, kalau sedekah or menderma or buat infak tu kenalah ikhlas..kita dah bagi, sedekah/derma/infak kita tu hanya ALLAH jek yang menghisabnya....
Betulll..tapi tu kalau yang kecik-kecik (macam Me selalunya sedekah etc tu amount yang kecik-kecik jek) tu takpelah nak kata gitu...tapi kalau dah sampai ratus-ratus, ribu-ribu, ratus ribu n juta-juta?..
Bayangkanlah yang sepatutnya terima tu tertunggu-tunggu tapi tak dapat-dapat (iyalah kutipan tu dibuat atas nama tempat dia kan), pastu kalau dapat pulak amount tu tak sepatutnya (pihak yang mengelola tu tak amanah), takkanlah kita nak diamkan/biarkan?
Sedihkan..?
Benda nih macam eh takpelah, biarlah...tapi betul ke gitu caranya?
Harap-harapnya adalah kesedaran untuk semua kan..janganlah benda-benda macam nih berleluasa (dan dilantak-lantakkan...amal makruf nahi mungkar kan...... .)...
Rasanya kalau kita nak sedekah/menderma/infak amount yang banyak, kenalah carik badan yang berdaftar (yang dibenarkan menerima kutipan duit dari orang awam) kan...In sha ALLAH ok....
Elok rasanya lepas² ni kalau kita nak bersedekah yang kecik-kecik ni better kita sedekah kat orang² terdekat dengan kita, n secara direct je kan..bila macam ni dah jadi mendatangkan fitnah pun iya kan...
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....