Search This Blog

Monday, October 13, 2025

ke Klinik Jua Akhirnya......

Assalamualaikum..hi semua...








Isnin minggu lepas (6 Oktober 2025), Me amik cuti half day 4 jam free yang office bagi setiap bulan tu...sebabnya OT kata pagi tu badan Nakhil panas balik....
So dari office pukul 11.35am sampai kat rumah pengasuh dalam lebih kurang pukul 12.10pm, terus Me bawak ke klinik....
Sampai klinik seperti yang dijangka, klinik penuh ye..sampaikan nak duduk pun kena menyelit (tu pun nasib baik ada lagi satu sofa kosong, kalau tak seram jugaklah nak duduk menyelit sebab semuanya dok batuk-batuk kong kong gitu huhu).......











Lama jugak kat klinik haritu...sebabnya doktor mintak untuk amik darah Nakhil...
Sebabnya doktor cakap nak check sama ada Nakhil demam on off tu samaada kena influenza atau demam virus...
Doktor taknak amik swab dah sebabnya untuk check influenza tu dah habis tempoh...
Doktor cakap kalau terkena infuenza selalunya dalam 5 hari boleh swap lagi..tapi disebabkan Me bawak Nakhil ni dah lebih dari 5 hari yang sepatutnya so doktor kena amik darah (kiranya dah hari ke 8 ni Nakhil demam)...






Masa doktor keluarkan jarum tu dia dah panik sikit...
Pastu bila Me cakap "you don't move ok...just close your eyes"..(Mama cakap ala-ala takde apa-apa, padahal masa tu Mama pun seriau okeh)...
Alhamdulillah masa amik darah tu dia redho je Uolls...cuma still lagi nak tengok ye...kesian sebab masa jarum tu masuk terus Nakhil cakap "sakitnyaaa"...keluar terus Bahasa Melayu dia Uolls..nampak sangat sakit tu kan😔...
Agak seram ye sebabnya inilah first timenya Nakhil amik darah setelah dia keluar wad masa pembedahan kat hidung dia masa kecik dulu (ada sekali kena masuk wad tu pun last tahun 2020)..
Dulu kecik dia sakit tapi tak faham lagi..ni kesian sebab dia sakit n dah tau jarum tu semua kan... 
Ni selepas amik darah doktor suruh kitaorang tunggu kat luar sekejab, nanti doktor panggil balik bila dah ada result... doktor amik darah je nak tengok bacaan sel darah putih dia...
Keluar bilik doktor, makin ramai dah ye...memang takde tempat duduk dah kitoarang..so berdiri sekejab kat tepi pintu masuk ni....
Nasib baik tak lama tu doktor panggil balik...ikut result, betullah tu minggu lepas tu Nakhil kena Influenza sebab sel darah putih dia elok normal (doktor cakap kalau demam viral sel darah putih dia turun dari takat normal...yang ni darah putih dia elok normal takde apa-apa)..
Nasib baiklah yang minggu lepas tu dia elok je walapun affluenza (mungkin sebab ni kali kedua kena) so takde apa-apa yang serius Uolls,,demam panas pun 2 hari je, cuma demam on off sampai 2 minggu, lepas tu selsema n batuk-batuk berkahak sahaja....doktor pun cakap sebab dah lepas 5 hari so dah takde apa nak dirisaukan..cuma kena sambung je bagi ubat demam macam biasa..Alhamdulillah leganyaa....
Ni Alhamdulillah Nakhil dah sihat...terima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan untuk Nakhil ye...TQ😘😍






No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...