Ni selepas balik dari kelas berenang Adik minggu yang lepas (kelas ke-3)....
Dalam kereta macam biasa, Me n OT akan tanya Nakhil nak makan apa...
Kitaorang dua ni habis dah ulang sebut semua makanan yang dia akan makan, punyalah nak dia makan kan...tapi tetaplah Nakhil kata taknak...
Bila dah macam tu..jomlah kita cari makan/minum petang kitaorang jek....
Taktau nak kemana dah..masa OTW nak isi minyak, OT terus ke sebelah Petronas jek...kita try makan kat Restoran Nasi Lemak Teh Tarik yang dah lama bukak, tapi kitaorang tak tertry lagi.....
Tangah robot dia tu tak tinggal..
Kalau Me cakap Me nak amik gambar, memang laju je dia buat tangan robot dia tu hahaha...
Nak maghrib dah..so tak ramai orang....
Mama n Nakhil.....
Air dia serve dalam cup plastik Uolls..tak bestnyaaa......
Me nampak ada jual Cucur kuah Kacang..eh terus Me order.....
Sedapp jugak nih....Alhamdulillah...
Tapi Me tak larat nak makan pun...adalah 3 ketul je kot..pastu OT take over...pastu ada jugaklah tak habis (sekeping terpaksa let go je huhu)....
Tu jari Nakhil...dia tengok macam menariklah ni..tu yang macam nak try makan..tapi dah namanya Nakhil..dia tanya je lebih..tapi bila kita nak bagi makan, laju je dia "lari"......
OT pulak pantang nampak ada Mee Kari...
Eh sedappp...puas hati makan...
Memang minum petang kan......
Nakhil M..last minute katanya nak fries...
So kita belikan...bila sampai Nakhil tanya why the fries is different?
Alamakkk...manalah nak tau bentuk french fries orang ni jual lain kan?
Me cakap, takpe..try je makan dulu...
Alhamdulilah...Nakhil makanlah jugak half....lega jugaklah kitoarang...
Dah nak 2 minggu dia taknak makan Nasik Uolls....memang dah start risau dah kitaorang..
NI lepas makan, isi minyak sekejab, hantar baju n barang sekolah Nakhil, then terus balik rumah...
Sekian...










Comelnya Nakhil buat tangan robot tu! Bab makan ni memang mencabar betul bila fasa memilih/tak nak nasi ni. Tapi sekurang-kurangnya dia mau juga makan fries tu setengah walaupun rupa lain. Biasalah budak-budak, kita yang tengok pun memang risau. Semoga lepas ni selera nasi Nakhil kembali macam biasa ya Sue!
ReplyDeleteGaya dia sekarang Kak SA hahaha...geram jugak kadang-kadang...
DeleteIya.nasib baiklah dia makan jugak sikit..
TQ Kak SA doakan....
Kadang ada air panas dia hidang dalam bekas plastik. Ni memang akak tak suka. Harap2 Nakhil berselera la makan ya. Risau kita dibuatnya.
ReplyDeleteRestoran ni nasib baiklah air panas dia hidang dalam gelas hihi...
DeleteTQ Kak Ezna..harap-harapnya berselera balik la dia..Aamiin...
lama acik tak jenguk blog mama...Nakhil nampak susut sikit ye Sue?
ReplyDeleteHi Acik Afzan..TQ datang lagi...
DeleteNakhil sekarang memang dah makin susut, tak makan nasi nak dekat 2 minggu dah ni...last kelmarin baru makan...sebelum ni kalau tanya dia mesti dia cakap taknak makan..haritu last tanya dia kata saya taktau nak makan apa...aduiii..nak gelak jugak sebab pandai dah dia jawab hihi...