Assalamualaikum..hi semua...
Telur Masak Kicap
Bahan-bahan
3 biji Telur-digoreng Mata Kerbau
2 biji Bawang Putih- Hiris
1 biji Bawang Besar-Hiris
Halia (seinci)-Hiris
5 biji Cili Padi-Ketuk
Sos Tiram-1 Sudu Besar
Sos Cili-Setengah sudu Besar
Kicap Pekat/Kicap Masin/Kicap Manis-Ikut kesesuaian
Asam Keping separuh
Minyak
Air secawan
Cara
Tumis Bawang Putih, Bawang Besar, Halia dan Cili Padi sehingga naik bau..
Masukkan Sos Tiram, Sos Cili..tambah kicap sikit (apa-apa kicap yang ada)..tumis sekejab...
Masukkan air secawan...biarkan mengelegak..boleh tambah kicap ikut rasa (tambah gula setengah sudu kecil jika takde Kicap Manis..kalau ada, tak perlu)...letak Asam Keping....masukkan telur..tunggu sehingga kuah pekat (pekat ikut kesukaan masing-masing)..siap