Search This Blog

Monday, July 05, 2010

Terlepas Kandang...

Meriah oii..kat ofis dari jumaat aritu tah apa kena tah, IT department terrelease segala tok nenek site yang selama ni diblock..
Paling terlepaih kandang me lah pun, takda le makhluk lain..huhuhuhu...
Jumaat aritu tak sempat sangat, so, arini memang pulun habis la..
Tak tunggu dah, habis dok upload segala nenek moyang gambar kat Blog n FB..hihihihihik..success..success..
Bukan susah pun, select je banyak-banyak gambar mana nak masukkan, pastu tinggal..dah setel, select gambar lain pulak..suka..suka....
Arini aktiviti kat ofis berjalan seperti biasa, still sempat lagi merayap gi kat dak Nurul (walaupun Kak Ros takde), merayap tetap merayap..kalo tak kematu la duduk kat depan nun...

Tengah hari tadi syok jugak, walaupun kena makan sesorang (Nurul posa), tapi tetap makan hebat-hebat..
Hebat bagi me la..arini me makan nasik kuah banjir dengan ayam masak kicap..plussssss...(part ni yg hebat tu..)Ada kerang rebus..wallah!!!
Makan lak dengan sambal velachann....aduiiiiii...
Mula-mula ingat nak tapau..amik pulak seplastik rak..nak balun kat rumah la kunun..kununnyerrr...
Sekali i tak leh tahan u...masih still nak tapau tau, so nak rasa saja...
Tak sangguh nak tunggu dah..apalagi, terus amik pinggan, curah kuah kat pinggan, kopek kerang...cicahhh...sedap gilerrr oiiiiii...
Mula-mula satu, pastu dua, pastu tiga, pastu empat, pastu lima..pastu...alamak..tinggal separuh plastik je...hahahahahar..
Sebaik sedar diri..kang meletup perut kang..
So, separuh lagi ada kat atas meja depan tu..kang-kang baru nak perabihkan..hihihhiihi..
Kalo dah hantu kerang tu kerang jugak la kan..takleh nak halang...

Upsss....Entri yang nak diedit berlambak-lambak tu..almaklumlah, gambar semua dah upload siap-siap...
Nanti-nanti nak edit..yippiiiiiii!!!!
Chowww!

Sunday, July 04, 2010

Jalan-Jalan Melaka..

Tajuk tak hingat, tapi gambar satu je ada..bolehhh???


Gambar syok sendiri dulu, nanti-nanti baru gambar kengkawan..
Takleh buat apa-apa, nii jelah pun gambar yang boleh diupload..hampehhhh!!
Esok kena try upload lagi..tah ape kena tah dengan berukband giler nih, sakit betul jiwa...
Padahal selama ni ok je..ke ko nak kena tukar ni??kang tak pasal-pasal me pulangkan kat tuan dia balik nih..
Ni upload gambar ni saja nak try...satu jelah yang lepas..gambar-gambar yang single lain, tak lepas ok..ni pun, 1 minggu lepas punya keje, bukan arini, semalam-semalam tak pun kelmarin-kelmarin punya upload..giler ahhh...
Dah sudah...esok-esok tak boleh lagi..memang nak kena berukband ni, tak pasal-pasal kena smackdown ni kangggg......




Friday, July 02, 2010

Makan-Makan Di Melaka

Citer dah lama pun sebenarnya, tapi wajib citer jugak.
Ni citer kitaorang bercoti-coti ke Melaka..
Kitaorang tu terdiri daripada Me, Mijon, Sept n Zai..
Rombongan Teacher Mijon ke Melaka tajuknya..hahahahahar..
Pergi Melaka dari 28 Mei sampailah 30 Mei hari tu, time cuti Wesak Day.
Last minit punya plan, last minit nak cari Hotel.
Alhamdullilah..syukur..syukur..last minit jugak la dapat duduk kat hotel yang ada diskaun (kena sebut ni..sebab betul-betul rejeki..hehehhehe)
Kitaorang duduk selama 3 hari dua malam kat Hotel Emperor, Jalan Mushi Abdullah (siap bagi nama jalan lagi ko...)


Nilah biliknya..disebabkan nak fair, kitaorang amik 2 bilik yang berjiran (ajoining room da...)...So, sume orang selesa, bayar pun sama rata..ni bilik me n Zai, katil adalah King..



Nampak tak pintu?mestilah nampak kan..hehhehheh...apa punya soalan la...



Ni pulak bilik Sept n Mijon...diaorang punya single double..okla kan..bilik pun agak luas, yang bagusnya siap ada Astro lagi tau.  Dia bagi channel complete, Disney, CNN, HBO, HSPN, Animal Planet..Kan..cukup semua.  Pastu nak feeling-feeling lebih-lebih boleh mandi dalam bathtub.  Hotel ni hotel antik sikit, pesen lama, tapi okla, kemudahan sume cukup, memang puas hati giler.



Kat atas ni gambar semua diamik time baru check in hotel. Memang timing tepat je sampai hotel terus boleh check-in, bagus..bagus...Masuk bilik hempuk barang-barang semua, memasing terus terjun tiruk atas katil..hahahahahar..

Pandai pulak tu..memasing bila nak pukul 4 pandai pulak semua pakat bangun tido berjemaah.  Time nak makan pandai semua budget time kan...Misi bila sampai Melaka adalah nak makan ikan bakar kat Umbai..

Sebelum terus gi Umbai, kitaorang decide nak pusing-pusing dulu kat Bandar Melaka amik feel. Sebab esoknya tak payah susah-susah nak cari jalan dah. 

Tapi memang dugaan betul la bila drive kat Bandar Melaka ni, sume jalan kuar tak dapat kuar, balik-balik masuk Bandar Melaka la jugak..tak bagi kitaorang kuar dari sini ke hape???Last atas ikhsan dan budi bicara Mai (my ex-opismate), dapat jugakla kitaorang kuar dari situ, sebaik time tepon dia tu, dia tengah free..Fuh....tqvm Mai yek..

Boleh tak, nak dijadikan citer, petang tu je kitaorang dok tawap Bandar Melaka sampai naik muak jadinya (me 1st time jejak Melaka ok..sila gelak..).  Tawap Dataran Pahlawan tu je lebih 5 kali..sebaik tak 7 kali, kalo tak naik dam haji la kitaorang...Me siap declare.."last la gi Melaka ni"..hahahaha..over!




Akhirnya...sampai jugak kitaorang kat Umbai ni...kitaorang amik simpang paling pertama sekali bila nampak je tulisan "IKAN BAKAR"..tak tunggu lama dah..pedulik la tempat makan tu glamor ke tak glamor, janji dapat makan kat Umbai (buruk bebeno bunyinya). Dan tempat yang  kitaorang nak makan ni sebelah dengan Jeti nak ke Pulau Besar (ke semua tempat kat Umbai ni ada jeti nak ke pulau besar?)



Kedai dan menu adalah seperti di atas..masa oder takut oo..takut mahal..mana taknya time oder main tunjuk-tunjuk je, dahla tu oder macam 6-7 orang punya makan..Tapi percayakah anda bahawasanya segala menu di atas plus Ikan Hapetah Masak Asam Pedas yang tak sempat ditangkap hanya berharga RM138.** (sen tak ingat la..)...gila kan..kalo tempat lain ni harus harga RM2-3 ratus kan..hhuhuhuhu..kami adalah sangat gembira..banyak ok, memang makan untuk 6-7 orang ni, mana taknya, dah pulun cukup-cukup pun still ada balance boleh tapau tu..maknanya memang kitaorang oder super over (jangan tak tau, kalo dah namanya "kitaorang", jarang terlampau-lampau kalau makan tak habis)...


Lepas makan senang hati..
Memang pun..tapi tak senang hati pun..cam hampagas..bila balik sekali lagi bila dah sampai Bandar Melaka, kitaorang tak dapat cari jalan pulang ke sarang..apakah???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...