Search This Blog

Friday, July 02, 2010

Makan-Makan Di Melaka

Citer dah lama pun sebenarnya, tapi wajib citer jugak.
Ni citer kitaorang bercoti-coti ke Melaka..
Kitaorang tu terdiri daripada Me, Mijon, Sept n Zai..
Rombongan Teacher Mijon ke Melaka tajuknya..hahahahahar..
Pergi Melaka dari 28 Mei sampailah 30 Mei hari tu, time cuti Wesak Day.
Last minit punya plan, last minit nak cari Hotel.
Alhamdullilah..syukur..syukur..last minit jugak la dapat duduk kat hotel yang ada diskaun (kena sebut ni..sebab betul-betul rejeki..hehehhehe)
Kitaorang duduk selama 3 hari dua malam kat Hotel Emperor, Jalan Mushi Abdullah (siap bagi nama jalan lagi ko...)


Nilah biliknya..disebabkan nak fair, kitaorang amik 2 bilik yang berjiran (ajoining room da...)...So, sume orang selesa, bayar pun sama rata..ni bilik me n Zai, katil adalah King..



Nampak tak pintu?mestilah nampak kan..hehhehheh...apa punya soalan la...



Ni pulak bilik Sept n Mijon...diaorang punya single double..okla kan..bilik pun agak luas, yang bagusnya siap ada Astro lagi tau.  Dia bagi channel complete, Disney, CNN, HBO, HSPN, Animal Planet..Kan..cukup semua.  Pastu nak feeling-feeling lebih-lebih boleh mandi dalam bathtub.  Hotel ni hotel antik sikit, pesen lama, tapi okla, kemudahan sume cukup, memang puas hati giler.



Kat atas ni gambar semua diamik time baru check in hotel. Memang timing tepat je sampai hotel terus boleh check-in, bagus..bagus...Masuk bilik hempuk barang-barang semua, memasing terus terjun tiruk atas katil..hahahahahar..

Pandai pulak tu..memasing bila nak pukul 4 pandai pulak semua pakat bangun tido berjemaah.  Time nak makan pandai semua budget time kan...Misi bila sampai Melaka adalah nak makan ikan bakar kat Umbai..

Sebelum terus gi Umbai, kitaorang decide nak pusing-pusing dulu kat Bandar Melaka amik feel. Sebab esoknya tak payah susah-susah nak cari jalan dah. 

Tapi memang dugaan betul la bila drive kat Bandar Melaka ni, sume jalan kuar tak dapat kuar, balik-balik masuk Bandar Melaka la jugak..tak bagi kitaorang kuar dari sini ke hape???Last atas ikhsan dan budi bicara Mai (my ex-opismate), dapat jugakla kitaorang kuar dari situ, sebaik time tepon dia tu, dia tengah free..Fuh....tqvm Mai yek..

Boleh tak, nak dijadikan citer, petang tu je kitaorang dok tawap Bandar Melaka sampai naik muak jadinya (me 1st time jejak Melaka ok..sila gelak..).  Tawap Dataran Pahlawan tu je lebih 5 kali..sebaik tak 7 kali, kalo tak naik dam haji la kitaorang...Me siap declare.."last la gi Melaka ni"..hahahaha..over!




Akhirnya...sampai jugak kitaorang kat Umbai ni...kitaorang amik simpang paling pertama sekali bila nampak je tulisan "IKAN BAKAR"..tak tunggu lama dah..pedulik la tempat makan tu glamor ke tak glamor, janji dapat makan kat Umbai (buruk bebeno bunyinya). Dan tempat yang  kitaorang nak makan ni sebelah dengan Jeti nak ke Pulau Besar (ke semua tempat kat Umbai ni ada jeti nak ke pulau besar?)



Kedai dan menu adalah seperti di atas..masa oder takut oo..takut mahal..mana taknya time oder main tunjuk-tunjuk je, dahla tu oder macam 6-7 orang punya makan..Tapi percayakah anda bahawasanya segala menu di atas plus Ikan Hapetah Masak Asam Pedas yang tak sempat ditangkap hanya berharga RM138.** (sen tak ingat la..)...gila kan..kalo tempat lain ni harus harga RM2-3 ratus kan..hhuhuhuhu..kami adalah sangat gembira..banyak ok, memang makan untuk 6-7 orang ni, mana taknya, dah pulun cukup-cukup pun still ada balance boleh tapau tu..maknanya memang kitaorang oder super over (jangan tak tau, kalo dah namanya "kitaorang", jarang terlampau-lampau kalau makan tak habis)...


Lepas makan senang hati..
Memang pun..tapi tak senang hati pun..cam hampagas..bila balik sekali lagi bila dah sampai Bandar Melaka, kitaorang tak dapat cari jalan pulang ke sarang..apakah???

2 comments:

  1. Oit kak su tak ajak pun .. ninakmakan hati lagiks nie ... hehehe ... best kan jalan2 gini ngan kengkawan ..

    ReplyDelete
  2. Alalalal..Mas..so sorry..hihihihik..ni rombongan orang bujangs la..Hahahahar...alasan lagi kan..?dush..dush skali kepala Sue nih!!!

    ReplyDelete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...