Search This Blog

Saturday, July 10, 2010

Plan hari ini..


Checklist untuk hari ini adalah:


  • Hantar emak pergi keje (emak masuk pukul 7)- check

  • Beli daging lembu RM 20-check

  • Beli breakfast nasik lemak gerai payung-check (lauk arini dapat paru n telur mata..syokkk!!)

  • Kemas rumah serba sikit-not yet (baru je start dengan basuh pinggan yang berlambak-lambak dalam sinki dan dah masak air)

  • Potong daging slice nipis-nipis-check (hari ni nak masak sambal daging.  Lama giler tak masak time weekend.  Daging tu dah pun diperap dengan serbuk kunyit dengan halia slices, tak jumpa pulak madu...lantakle..)

  • Kena pergi Jusco Au2 sebab nak kena carik beg sekolah agama Anim-

  • Kena pergi kedai elektrik dekat Ampang waterfront, nak beli kipas syiling bilik emak.  Sejak kenduri Atie aritu, tetiba dia berbunyik macam nak tercabut, so memang kena ganti-

  • Oppss..lupa, daging perap tadi kena masak-double check (kena masak sebelum kuar rumah nanti..sonang keje)

  • Tido tengah hari secara solo-not yet (karang dah setel kat atas semua baru boleh buat sleeping beauty)

  • Jangan lupa arini hari tanpa plastik kat Selangor, jadi kena bawak la plastik or bag apa yang patut-nanti-nanti check

  • Lain-lain lagi belum ter'decide'...-

P/s: Excited gi Wendy's sampai lupa nak review rasa burger dia..huhuhuhuh..
      Burger dia memang besar n tinggi, tapi rasa so and so sahaja, sedap lagi McDunal and Raja Berger..
      Mungkin sebab kat situ customer tak ramai, stok adalah jarang bertukar.  Tapi eskrim dia memang syok,
      me suka giler..suka sebab dia macam serbat susu, kasar n rasa susu..syok-syok..





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...