Search This Blog

Wednesday, December 01, 2010

Fuh..fuhhh....!

Arini sorang bos baru dengan sorang staff baru melapor diri kat ofis me nih...
Harap-haraplah masing-masing tak hover atau jadi DIVA...huhuhuhu...
Harap-harap jugak semuanya smooth macam selalu...fuh..fuh..fuhhhh!!
Serem ok serem....


Tuesday, November 30, 2010

Buah Tangan Dari India...

Hujung bulan lepas bos me pergi outstation ke India..Dia pergi cuti-cuti sebenarnya....
So, macam biasa..balik je dari outstation atau bercoti-coti bos me mesti tak lupa kat staff-staff dia yang ada ni...
Kali ni bos me bagi nih kat kitaorang...
Cantik kan...?
Sorang dapat 2 jenis...
Boleh pilih suka kaler yang mana...besttt
Me amik hitam satu, unggu satu...

Ni kalau dibukak penutupnya...
Satu macam dibuat dari clay, satu lagi dibuat dari besi...
Kreatif sangat-sangat..bekas ni diaorang hias guna manik-manik dan cermin kaca kecik-kecik...

Saiz sebenar...comel lote je pun...heheehee
Tapi boleh lah kalau nak taruk kerongsang kecik dalam tiga empat biji...
Bos me kata yang besar orang yang jual tu kata dah habis..so, dia terpaksa amik yang kecik nih...
Me suka sangat-sangat tau...orang nak bagi kan...kecik tapak tangan, lapangan terbang me tadahkan...kuikuikuikui...
Lagipun jauh terbang ni ok..dari India nun....hehehehhe...
Anyway..terima kasih banyak-banyak yea boss!!^_^


Monday, November 29, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Shopping Last Minit (Hari Akhir)

Hari akhir kat Cameron Highlands...
Pagi-pagi lagi dah bangun, tapi sebab semuanya nak mandi siap-siap belaka, maka makan sarapan adalah nak dekat pukul 8.30 pagi...
Hari ini orang kat cafe hotel tak seramai semalamnya...lega...tak payah berebut tempat...
Semalam menu utama ada Nasi Goreng, Mee Goreng dengan Keow Teow Goreng..arini ada Nasik Lemak dengan Keow Teow Goreng..
Gambar memang tak nak amik, leceh...nak makan banyak kan..

Breakfast kat hotel ni best jugak, Nasi Lemak dengan makanan yang goreng-goreng semuanya sedap-sedap belaka (kecuali Mee Goreng, rasa kicap tumpah da....)...
Yang lain-lain macam Roti Bakar, Cereals dengan kuih muih pun ada, tapi rasa macam biasa jelah...
Tapi paling best Nasi Goreng...memang bertambah-tambah la me makan...hehehhehe....

Tau tak selain kitaorang jumpa M. Kumaresan (yang main basikal untuk Malaysia tu...), kitaorang "terserempak" jugak dengan mamat-mamat yang makan sarapan pakai Kain Pelekat...hahahahahar...
Amik ko, punyalah seksi...satu meja sebelah kitaorang duduk makan pakai T.Shirt dengan Kain Pelekat saja...kiranya bangun je tidur, basuh muka terus turun sarapan...kuikuikuikui...
Bukan orang-orang tua ni tau, ni memang bebebudak muda umur dalam 25 tahun gitu...
Serius, tak sangka!
Tapi bila fikir-fikir balik, ok apa..bukan diaorang tak pakai baju pun...hehehhehe
Lepas breakfast, kitaorang keluar pulak, pusing-pusing naik kete, last-last me request kitasemua pergi kat kedai-kedai bumbung Biru ni...

Misi mencari apa-apa yang patut....


Gambar diambil selepas habis bershopping....



Mata tak boleh bukak menandakan matahari sudah terpacak di atas kepala...



Ni kat hujung kedai bumbung biru...yang dekat dengan hotel kitaorang jugak...
Ada macam-macam benda jual tau..syok...!!
Rupanya belakang ni Big Red Farm yang kitaorang pergi semalam tu...memang dekat rupanya..

Kat area sini je me dapat beli macam-macam...
T-shirt Cameron Highland 4 helai, seluar tidor 1 helai, sandal 1, Buah-buahan kering sepaket, strawberi kering 4 paket kecil...bolehla...hehehheh



Cepat-cepat balik amik kereta terus ke hotel balik sebabnya kena check in pukul 12 tengah hari kan..
Lagipun nak packing semua benda yang tak sempat packing lagi ni...huhuhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...