Hari akhir kat Cameron Highlands...
Pagi-pagi lagi dah bangun, tapi sebab semuanya nak mandi siap-siap belaka, maka makan sarapan adalah nak dekat pukul 8.30 pagi...
Hari ini orang kat cafe hotel tak seramai semalamnya...lega...tak payah berebut tempat...
Semalam menu utama ada Nasi Goreng, Mee Goreng dengan Keow Teow Goreng..arini ada Nasik Lemak dengan Keow Teow Goreng..
Gambar memang tak nak amik, leceh...nak makan banyak kan..
Breakfast kat hotel ni best jugak, Nasi Lemak dengan makanan yang goreng-goreng semuanya sedap-sedap belaka (kecuali Mee Goreng, rasa kicap tumpah da....)...
Yang lain-lain macam Roti Bakar, Cereals dengan kuih muih pun ada, tapi rasa macam biasa jelah...
Tapi paling best Nasi Goreng...memang bertambah-tambah la me makan...hehehhehe....
Tau tak selain kitaorang jumpa M. Kumaresan (yang main basikal untuk Malaysia tu...), kitaorang "terserempak" jugak dengan mamat-mamat yang makan sarapan pakai Kain Pelekat...hahahahahar...
Amik ko, punyalah seksi...satu meja sebelah kitaorang duduk makan pakai T.Shirt dengan Kain Pelekat saja...kiranya bangun je tidur, basuh muka terus turun sarapan...kuikuikuikui...
Bukan orang-orang tua ni tau, ni memang bebebudak muda umur dalam 25 tahun gitu...
Serius, tak sangka!
Tapi bila fikir-fikir balik, ok apa..bukan diaorang tak pakai baju pun...hehehhehe
Lepas breakfast, kitaorang keluar pulak, pusing-pusing naik kete, last-last me request kitasemua pergi kat kedai-kedai bumbung Biru ni...
Misi mencari apa-apa yang patut....
Gambar diambil selepas habis bershopping....
Mata tak boleh bukak menandakan matahari sudah terpacak di atas kepala...
Ni kat hujung kedai bumbung biru...yang dekat dengan hotel kitaorang jugak...
Ada macam-macam benda jual tau..syok...!!
Rupanya belakang ni Big Red Farm yang kitaorang pergi semalam tu...memang dekat rupanya..
Kat area sini je me dapat beli macam-macam...
T-shirt Cameron Highland 4 helai, seluar tidor 1 helai, sandal 1, Buah-buahan kering sepaket, strawberi kering 4 paket kecil...bolehla...hehehheh
Cepat-cepat balik amik kereta terus ke hotel balik sebabnya kena check in pukul 12 tengah hari kan..
Lagipun nak packing semua benda yang tak sempat packing lagi ni...huhuhuhuhu
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....