Search This Blog

Friday, November 19, 2010

Sehari Selepas...

Cerita sehari selepas birthday Anim aritu..
Disebabkan Emak me cuti sehari selepas birthday Anim, jadi hari Ahad barulah me dengan emak together-gether melayan Anim..
Iyalah, birthday Girl kan..sepesel la sikit... 

Pagi-pagi lagi dah keluar..
Breakfast di mamak Rashid...
Me sorang je yang makan Roti Canai banjir Kuah Dhal..
Ketagih ok..dah sebulan tiap-tiap weekend mesti nak pekena Roti Canai banjir camni..
Pastu wajib makan kat mamak Rashid sahaja, tak boleh kat tempat lain..
Kuah pulak wajib juga Dhal sahaja, takde campuran kuah-kuah lain...

Kali ni emak me makan Nasik Lemak pulak..
Jarang emak nak makan Nasi Lemak bila breakfast nih..
Lapar sangat kot..heheheh
Amik jugak Ayam Goreng seketul..
Seketul saja sudah, potong-potong makan bertiga..
Opss..lupa..Ana time ni tak balik rumah, dia tengah exam lagi...


Anim macam biasa juga...
Nasi Lemak...favorite dia kalau makan kat sini...

Harga jangan tanya..kata mamak kan..Nasi Lemak biasa je sepinggan RM2.50...
Tu yang biasa sahaja, dahlah tu, kalau biasa pun tapi teramik salah satu bahan tu lebih sikit..
Contohnya, teramik sambal lebih atau Timun lebih atau nasik lebih, dah kena charge jadi RM3.00...sabar jelah kan..
Kalau amik lauk lain tu tak taulah berapa pulak dia charge..
Tapi selalunya mamak takde lauk lain, yang ada hanya telur goreng dengan Ayam goreng je...
Tempat lain agak-agaknya harga macam ni jugak ke?


Habis makan singgah 7E kejab..
Anim sibuk nak beli komik dia...
Layan kan je...


Pastu terus ke King's pulak...
Niat nak beli Kek...

Sekarang King's dah jual macam-macam jenis Kek..
Kiranya banyak choice jugaklah bila beli kat sini..
Yang paling best tu, kedai bukak awal-awal pagi..
Belum pukul 8 dah bukak dah..
So, sapa-sapa yang emergency bolehlah carik kek pagi-pagi kat sini..

Harga??
Sapa kata murah??
Rasa murah tapi kek dia kecik...
Setengah Kilogram harga dah RM40 lebih...
Kalau beli kat Secret Recipes atau kat kedai Kek lain 2kg baru RM70 lebih..
Tapi, oklah, sapa-sapa yang family kecik macam kitaorang ni elok beli kat sini je...
Kang beli yang 2kg sapa pulak nak lantakkan banyak-banyak tu..


Masa nak bayar, akak kedai tu offer buat Member Card..
Fee nya RM20...
Akak tu terangkan yang bila jadi member kita akan dapat kupon diskaun banyak-banyak..
Kiranya jadi je member ni me dah tak payah bayar fee dia dah, bila dah tolak diskaun segala me hanya akan bayar untuk harga kek sahaja..
Harga jadi member tu dah masuk dah sekali dalam harga kek..
Mesti tak paham kan?
Tak kisahlah jadi me dah dapat diskaun banyak-banyak (menunjukkan memang diskaun dapat banyak...)..kuikuikui...

Bila dah jadi member, inilah me dapat...
Pamplet, Kad Ahli untuk setahun dan dapat kupon diskaun untuks setahun juga...
Best jugak nih...


Lepas dah beli Kek..
Terus ke Hero Supermarket...
Beli barang sikit je, barang stok nak guna saja..
Sempat jugak beli Air Mineral...murah je..tapi harga dah lupa..heheheh..


Malam pulak, lepas je maghrib, terus kitaorang ke KFC, Tesco Ampang...
Ini adalah semata-mata memenuhi impian Birthday Girl kita nih...
Dia ni memang gila makan Ayam Goreng..
Tiap-tiap hari makan pun dia no hal punyalah...
Tapi bangkrup lah asyik nak tala KFC je tiap hari..lagipun tak berapa sihat kan..
Tapi, Anim ni senang je, tiap kali apa-apa je kalau tanya nak makan apa..mesti KFC..
Bosan tu memang lah bosan, tapi nak buat camne..dah adik kan..ikutkan saja...

Kitaorang makan sekejab je ok..
Pukul 9 suku  dah pun sampai rumah...






No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...