Ohh..bermimpikah saya???!
Aduh..duhhh....
Apakah??
Sila gonyoh kuat-kuat itu mata...
Ini bukan cobaan, ini betul-betul ni...
Heheheheh..
Inilah program kedua kitaorang tu...
Semangat ok..semangat..
Mamat Reception masa mula-mula check-in hotel tu orang nak tanya benda lain tetiba dia 'tersebut' "karaoke"..ek ehh....
Mula-mula kat bawah tu, senyap je masing-masing, tak de pulak dok sebut apa-apa..rupanya bila sampai bilik dah sesorang mengagau dok sebut "karaoke..karaoke.."...hahahahahar
Apa lagi, angkat tepon terus booking..tak tunggu dah..bukan selalu pun..
Ni first time ok kitaorang berjemaah berkaraoke sama-sama...kesian kan..kan?
Mijon yang hebat...
Hebat ok, kejab jadi Sharifah Aini, kejab jadi Hetty Koes Endang, kejab jadi ABBA...heheheh..
Versatile habis la...memang best..!
Turn me pulak...lalalalala...
Nyanyi tapi gelak-gelak, camno??
Mula-mula ginilah, nyanyi sikit, gelak, nyanyi sikit tergelak..
Iyalah, first time nak tunjuk bakat depan masing-masing..
Ala-ala first time nak nyanyi di depan kengkawan kan...kata pun tak pernah, so, mula-mula sangatlah gonjeng...
Tapi me pedulik hape...sapa malu dia rugi ooo....hehehheheh...
Zai yang kurang dapat pegang mikrofon...
Tapi dia tak kisah pun..hepi saja...
Kengkawan pulun nyanyi, Zai pulun menelaah lagu...
Penyandang 'Gila Mikrofon' jatuh kepada Sept...hahahahahar...
Siap jadi DJ lagi ko..kalah DJ orang kenduri..
Betul-betul kitaorang buat tempat ni macam kitaorang yang punya...
Berlawan habis dengan bilik sebelah..hahahahahar...
Zai yang langsung tak 'Gila Mikrofon'...syabas Zai...
Tak payah la saya berebut mikrofon dengan beliau..kuikuikui....
Dah carik lagu, apa lagi..masukkan no kod anda diikuti dengan butang #...
Ha..confirm betul ke no tu Zai oiii...???
Zai yang akhirnya berjaya memegang Mikrofon...hehehheh...
Kesian Zai ok, berkali-kali masukkan no lagu dia, tapi bila tunggu turn lagu dia nak kuar, tak kuar-kuar..
Rasanya lagu yang kitaorang pilih dah 4-5 kali main tukar-tukar, tapi 1 lagu yang dia pilih tu tak mau-mau jugak main.....
Sampaikan dah nak masa kecederaan baru lagu tu kuar..tu pun setelah me yang masukkan no tu ok...kalau tak sampai kesudah tak dapat pegang mikrofon tu secara one man show....hihihihiiik
Bilik Karaoke Lounge ni ada kat hotel jugak..
Dia dekat dalam Restoran Chinese Cuisine Steamboat...
Kalau nak guna kena booking siap-siap, takut penuh...
Harga??
RM 30 per jam..Minimum kena book 2 jam..
Mula-mula bebudak ni kata lamanya 2 jam...
A'a..lama lah sangat..diaorang tak tau, kalau jumpa yang gila mikrofon macam me ni (memang me suka je nyanyi ok...), sah-sah tak cukup tu...
Ceh...memang pun, dah masa kegelinciran, last-last pergi kat orang tu kata nak tambah lagi sejam...
So, kitaorang duduk dalam ni dari pukul 10 sampailah pukul 1...3 jam kau, amik...!
Yang lawaknya tu, boleh tak, belum pukul 1 lagi tetiba dah termati benda alah karaoke tu...
So, keluarlah masing-masing, alang-alang lagi 5 minit nak pukul 1, malas pulak nak pergi panggil minah yang tukang jaga karaoke tu...
Rupanya, elok je kitaorang lalu kat pintu keluar tu, auntie jaga restoran tu dah standby tunggu kat pintu utama nak keluar kau...siap tahankan pintu lagi ok...
Ayat menghalau dia "esok pulak yea..."...hahahahahahar..ko ni auntie...memang perli habis la tu kan..
Tau lah tinggal kitaorang je, agak-agaklah pun...hihihihiik..
Lupa pulak, bilik dia besar giler kan..?
Boleh guling-guling baring reramai lagi ni, sikit punya besar..
Sebaik kitaorang tak yampui berempat...hehehheh...
Tapi kitaorang tak oder apa-apa pun..tahlah, lupa kot, sebab bila fikir-fikir balik..
A'a..memang sepanjang 3 jam tu kitaorang bantai nyanyi je non-stop...hehehehheh
Karaoke first time ni memang enjoy lah...
Selalu je sebenarnya kitaorang nak berkaraoke sesama, tapi tak pernahnya dapat..
Masa pergi Melaka aritu, hotel takde provide pulak, kalau pergi tempat lain tu ada je halangan...
So, memang lepas ni boleh lah kitaorang berjemaah 'menyumbangkan' suara lagi...kuikuikui...
Balik 'program' karaoke tu, masuk bilik sempat sembang-sembang sampai nak pukul 2..
Kena tidur, kena tidur....sebabnya, esok pepagi lagi dah nak kena bangun...
Breakfast hotel ni kejab sangat, dari pukul 7.30 sampai pukul 10 pagi je..
Kang terlepas breakfast lagi haru...huhuhuhu
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....