Search This Blog

Friday, November 19, 2010

Cumil tak??

Comel tak?


Haaaa kau..
Siap ngences lagi...
Jawa cakap ngences tu air liur meleleh...hihihiiik

Isap puting lagi comel je kan?

Tetiba sopan gitu..
Padahal budak sorang ni bukannye suka nak baring-baring macam gini..
Bila orang baringkan je bunyik, angkat time-time tu terus je senyap...

Baby yang sangat cute miut dan de'debab ni namanya Adam Firas...
Kiraorang dah gian dengan Adam Firas ni  ok..
Kalau boleh tiap-tiap hari mau kidnap sama dia...
Tapi anak orang, mana boleh sesuka hati je kan...tunggu bila ada anak sendiri jelah nanti...(macam la nak dapat anak tu main petik-petik jari je, calon pun belum ada Cik Sue oiii....kukukui...)...

Adam Firas ni umur baru masuk 3 bulan...
Tapi kau..ramah ok..kalau kita bercakap..dia pun nak bercakap..
Kalau kita gelak-gelak, dia pun nak join, nak jugak menyampuk.....
Very cute..rasa macam nak kunyah-kunyah je...huhuhuhuhu


Sehari Selepas...

Cerita sehari selepas birthday Anim aritu..
Disebabkan Emak me cuti sehari selepas birthday Anim, jadi hari Ahad barulah me dengan emak together-gether melayan Anim..
Iyalah, birthday Girl kan..sepesel la sikit... 

Pagi-pagi lagi dah keluar..
Breakfast di mamak Rashid...
Me sorang je yang makan Roti Canai banjir Kuah Dhal..
Ketagih ok..dah sebulan tiap-tiap weekend mesti nak pekena Roti Canai banjir camni..
Pastu wajib makan kat mamak Rashid sahaja, tak boleh kat tempat lain..
Kuah pulak wajib juga Dhal sahaja, takde campuran kuah-kuah lain...

Kali ni emak me makan Nasik Lemak pulak..
Jarang emak nak makan Nasi Lemak bila breakfast nih..
Lapar sangat kot..heheheh
Amik jugak Ayam Goreng seketul..
Seketul saja sudah, potong-potong makan bertiga..
Opss..lupa..Ana time ni tak balik rumah, dia tengah exam lagi...


Anim macam biasa juga...
Nasi Lemak...favorite dia kalau makan kat sini...

Harga jangan tanya..kata mamak kan..Nasi Lemak biasa je sepinggan RM2.50...
Tu yang biasa sahaja, dahlah tu, kalau biasa pun tapi teramik salah satu bahan tu lebih sikit..
Contohnya, teramik sambal lebih atau Timun lebih atau nasik lebih, dah kena charge jadi RM3.00...sabar jelah kan..
Kalau amik lauk lain tu tak taulah berapa pulak dia charge..
Tapi selalunya mamak takde lauk lain, yang ada hanya telur goreng dengan Ayam goreng je...
Tempat lain agak-agaknya harga macam ni jugak ke?


Habis makan singgah 7E kejab..
Anim sibuk nak beli komik dia...
Layan kan je...


Pastu terus ke King's pulak...
Niat nak beli Kek...

Sekarang King's dah jual macam-macam jenis Kek..
Kiranya banyak choice jugaklah bila beli kat sini..
Yang paling best tu, kedai bukak awal-awal pagi..
Belum pukul 8 dah bukak dah..
So, sapa-sapa yang emergency bolehlah carik kek pagi-pagi kat sini..

Harga??
Sapa kata murah??
Rasa murah tapi kek dia kecik...
Setengah Kilogram harga dah RM40 lebih...
Kalau beli kat Secret Recipes atau kat kedai Kek lain 2kg baru RM70 lebih..
Tapi, oklah, sapa-sapa yang family kecik macam kitaorang ni elok beli kat sini je...
Kang beli yang 2kg sapa pulak nak lantakkan banyak-banyak tu..


Masa nak bayar, akak kedai tu offer buat Member Card..
Fee nya RM20...
Akak tu terangkan yang bila jadi member kita akan dapat kupon diskaun banyak-banyak..
Kiranya jadi je member ni me dah tak payah bayar fee dia dah, bila dah tolak diskaun segala me hanya akan bayar untuk harga kek sahaja..
Harga jadi member tu dah masuk dah sekali dalam harga kek..
Mesti tak paham kan?
Tak kisahlah jadi me dah dapat diskaun banyak-banyak (menunjukkan memang diskaun dapat banyak...)..kuikuikui...

Bila dah jadi member, inilah me dapat...
Pamplet, Kad Ahli untuk setahun dan dapat kupon diskaun untuks setahun juga...
Best jugak nih...


Lepas dah beli Kek..
Terus ke Hero Supermarket...
Beli barang sikit je, barang stok nak guna saja..
Sempat jugak beli Air Mineral...murah je..tapi harga dah lupa..heheheh..


Malam pulak, lepas je maghrib, terus kitaorang ke KFC, Tesco Ampang...
Ini adalah semata-mata memenuhi impian Birthday Girl kita nih...
Dia ni memang gila makan Ayam Goreng..
Tiap-tiap hari makan pun dia no hal punyalah...
Tapi bangkrup lah asyik nak tala KFC je tiap hari..lagipun tak berapa sihat kan..
Tapi, Anim ni senang je, tiap kali apa-apa je kalau tanya nak makan apa..mesti KFC..
Bosan tu memang lah bosan, tapi nak buat camne..dah adik kan..ikutkan saja...

Kitaorang makan sekejab je ok..
Pukul 9 suku  dah pun sampai rumah...






Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Haji kami...

Semalam raya haji tak kemana-mana..
Hanya duduk rumah membesarkan perut yang dah sedia besar ini sahaja...kuikuikui...

Cuma pagi-pagi raya lagi dah bangun join emak me yang bangun sebab baru nak start masak lauk raya..
Tapi, join bangun jelah, join masaknya tidak...
Bukan malas ok, tapi bagi chance emak me nak masak dengan kadar selesa..
Dapur kecik, kang nyumbat dua orang dah berlaga siku, so baik tak payah..
Lagipun bahan-bahan untuk masak semua dah standby dari petang semalamnya...
Tinggal emak me nak blend dan masak saja...

Menu?
Menu adalah seperti raya-raya yang terdahulu jugak...takde yang berubah..
Nasik Impit (kalau raya puasa baru masak ketupat), Kuah Kacang, Rendang Daging dan Kari Ayam...
Gambar tak ada, lagipun menu  adalah sama, jadi kalau tiap-tiap kali raya pun nanti sama je rupanya...tunggulah raya puasa tahun depan pulak, tu pun kalau rajin nak amik...hehehheheh

Raya haji ni kitaorang tak pergi pun rumah Abah pun, lagipun baru je pergi Ahad aritu, tunggulah Ahad ni baru pergi rumah Abah lagi...

Atie dengan Azrul pun balik..diaorang tidur semalaman saja..
Rumah diaorang pun dekat kan, so, takde maknanya diaorang nak nyumbat-nyumbat kat rumah ni lelama...

Emak pulak minggu ni kerja petang, raya haji pun tak cuti, jadi pagi raya jelah dapat beraya bersama..
Tapi kitaorang no hal..dah biasa dah...

Pastu sebelum emak pergi kerja diaorang iaitu Emak, Atie, Azrul dan Ana pergi beraya kat rumah Acik Nor kitaorang...ramai kumpul kat sana..tapi me malas la pulak..jadi berempat jelah mereka-mereka ke sana...

Sebelum balik lepas hantar emak me pergi kerja, me dah pesan kat Ana siap-siap suruh dia singgah kat Ampang Park amik gambar me yang dah hantar cuci...

Petang pulak lepas tidur secara berjemaah, bangun-bangun je inilah kerja me:
Menyusun gambar-gambar yang dah dicuci ke dalam sampul album..


Semua sekali 200 keping..


Kena sort ikut occasion baru susun masuk satu-satu...


Hasilnya...
Bila dah masukkan siap tulis nama guna pen marker yang dakwatnya nyawa-nyawa ikan nih..
Pastu siap numbering lagi, contohnya Melaka 2010-No. 1, Melaka 2010-No. 2..kukuikuikui..semangat kan..??
Album ni sementara je, tunggu time rajin terlebih kang nak masukkan pulak ke dalam album besar...
Orang kedai ni bagi 5 Album kuning nih...cukup-cukup je rupanya..
Yang terlebih kat atas hujung tu pun tak masukkan sebabnya dah lain occasion, so tak nak campur...

Me cuci ni kat Photo Suria di Ampang Park..
Kedai ni betul-betul belakang BSN...
29 sen sekeping, pastu service charge RM3 untuk tiap set yang dicuci..
So, me kena RM61 untuk 200 keping...kira murah dah ni..
Dah servis adalah ok jugak..sebabnya dia boleh siapkan gambar-gambar ni dalam masa 3 jam untuk cuci biasa...
Rasanya ada jugak untuk cuci express yang boleh cuci 1/2 jam atau sejam tu, cuma tak tau pulak harga dia charge berapa..
Kedai pun time cuti Am buka..very convience untuk orang yang tak balik kampung macam me nih...hihiihihik
Yang ni pun me hantar cuci hari Selasa tengah hari dan amik hari raya haji (rabu tengah hari)..kira ok sangat la kan..

Raya haji akitiviti kitaorang memang tak berubah, macam tiap-tiap tahun jugak, dah makan tengok tv, pastu makan lagi, pastu tidur berjemaah pastu bangun tengok tv, pastu makan lagi...
Cuti free pun dapat sehari je, jadi nak kemana-mana pun macam takde mood dan super malas...
Lainlah macam orang lain yang cuti ada banyak lagi dan ada kampung yang nak diserbu...mesti meriah habis kan...?

Jadi inilah sahaja cerita raya haji kami tahun ini....sekian ^_^







Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha..

Saya dan keluarga ingin mengucapkan 
SALAM AIDILADHA.....


Saturday, November 13, 2010

2 Tahun...

Esok 14hb November 2010 genaplah 2 tahun pemergian Arwah Abah yang tersayang...

Rasa macam dah lama sangat-sangat Arwah Abah tinggalkan kitaorang..
Lama dah tak rasa kehidupan ada Abah...sedih ooo...
Tapi nak buat camne, dah suratan hidup memang begini, so hidup haruslah diteruskan juga...
Mana boleh asyik nak layan benda sedih je kan...


Niat nak buat tahlil untuk Arwah Abah tu ada, tapi nanti-nanti dulu...
Tu pun nanti takat sedekah something kat Surau je...
InsyaALLAH akan diusahakan...


Just doakan lagi Abah tenang di sana..Amin...
Al-fatihah...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...