Assalamualaikum..hi semua..
Kisah hari Sabtu nak malam haria raya ke 14 yang lepas..
Petang Atie ajak kitaorang semua beraya ke Cheras, sebab Opah Chik (Opah/Mak Saudara Mak yang paling bungsu) ada di Cheras (rumah Chor Bae/sepupu Mak)...
Last minit plan, tapi sebab masing-masing pun elok takde apa-apa halangan so kita pergi..
Kitaorang bergerak elok selepas dah Maghrib..
Kereta banyak ye, tapi Alhamdulillah tak jem..so elok Me sampai lebih kurang sama dengan yang lain-lain...
Sampai dah salam-salam, terus Chor Bae suruh makan..
Kesian Chor Bae, masak jugakla dia walaupun kitaorang bagi kiranya short notice kan..TQ Acik❤️...
Adik dia dah makan siap-siap sebelum bergerak, so bila kita makan lagilah dibolayan (dia kan tak makan pun bolayan, lagilah kalau dah makan kan😅)....
Dah nak balik dah..
Opah Chik ni kitaorang panggil Opah je, n anggap nilah Opah kitaorang sebab Arwah Opah kitaorang dah lama meninggal (Atok lagi dah lama meninggal)..bila Arwah Atok meninggal, lepas tu Arwah Opah kitaorg pulak meninggal dunia, Opah Chik n Arwah Atok Chik lah yang banyak jaga, n layan mak dari Mak kecik dulu sampailah sekarang)..
Opah Chik ni umur dah pertengahan 90 Uolls..tapi still sihat, steady lagi tau (tangan je tak Ok ye, yang lain-lain Ok lagi)..ingatan pun macam biasa, sikit pun tak lupa apa (Me yang 45 tahun pulak yang dah lupa macam-macam ni macamana??😅)..
Ni pun Opah duduk dengan Chor Bae (yang kanan sekali), sebab haritu pergelangan tangan Opah terseliuh sebab terjatuh (kesian kan)...
Semoga Allah berikan kesembuhan segera buat Opah Chik, Semoga yang baik-baik sahaja, Aamiin...
Sempattt hihi....
Yang kat bawah punn..
Tapi dah kenapa half macam ni pulak gambar?haha...
Sekian...