Search This Blog

Tuesday, April 29, 2025

Beraya Dengan Opah Chik..

Assalamualaikum..hi semua..

Kisah hari Sabtu nak malam haria raya ke 14 yang lepas..
Petang Atie ajak kitaorang semua beraya ke Cheras, sebab Opah Chik (Opah/Mak Saudara Mak yang paling bungsu) ada di Cheras (rumah Chor Bae/sepupu Mak)...
Last minit plan, tapi sebab masing-masing pun elok takde apa-apa halangan so kita pergi..







Kitaorang bergerak elok selepas dah Maghrib..
Kereta banyak ye, tapi Alhamdulillah tak jem..so elok Me sampai lebih kurang sama dengan yang lain-lain...
Sampai dah salam-salam, terus Chor Bae suruh makan..





Kesian Chor Bae, masak jugakla dia walaupun kitaorang bagi kiranya short notice kan..TQ Acik❤️...







Adik dia dah makan siap-siap sebelum bergerak, so bila kita makan lagilah dibolayan (dia kan tak makan pun bolayan, lagilah kalau dah makan kan😅)....






Dah nak balik dah..
Opah Chik ni kitaorang panggil Opah je, n anggap nilah Opah kitaorang sebab Arwah Opah kitaorang dah lama meninggal (Atok lagi dah lama meninggal)..bila Arwah Atok meninggal, lepas tu Arwah Opah kitaorg pulak meninggal dunia, Opah Chik n Arwah Atok Chik lah yang banyak jaga, n layan mak dari Mak kecik dulu sampailah sekarang)..
Opah Chik ni umur dah pertengahan 90 Uolls..tapi still sihat, steady lagi tau (tangan je tak Ok ye, yang lain-lain Ok lagi)..ingatan pun macam biasa, sikit pun tak lupa apa (Me yang 45 tahun pulak yang dah lupa macam-macam  ni  macamana??😅)..
Ni pun Opah duduk dengan Chor Bae (yang kanan sekali), sebab haritu pergelangan tangan Opah terseliuh sebab terjatuh (kesian kan)...
Semoga Allah berikan kesembuhan segera buat Opah Chik, Semoga yang baik-baik sahaja, Aamiin...







Sempattt hihi....






Yang kat bawah punn..
Tapi dah kenapa half macam ni pulak gambar?haha...




Sekian...





8 comments:

  1. sesekali berkunjung kan..semoga Opah Chu sentiasa diberikan kesihatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Kak SA, setahun sekali jumpa...
      Aamiin..terima kasih Kak SA doakan❤️

      Delete
  2. time raya,time kenduri je lah dapat ziarah dapat jumpa kan...hari2 biasa tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Afzan, kalau tak memang takdan n tak dapat nak kumpul ramai² kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Aamiin, in sha Allah..terima kasih Kak Ezna doakan❤️

      Delete
  4. Masyaallah, kagum sayaaa. Pertengahan 90an dah masih sehat, masih ingat banyak. Teringin sangaaaat bisa seperti opah chik. Terkadang saya penasaran rahasianya apa. Pasti opah sangaaat menjaga makan selama ini 👍👍👍dan banyak bergerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fanny, Opah memang jenis tak duduk diam..still boleh lagi buat kerja macam-macam..betul juga, Opah tak makan banyak, jenis makan sikit sikit je, tapi kerap...❤️

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...