Search This Blog

Friday, May 02, 2025

Happy Birthday To My OT😘❤️..

Assalamualaikum..hi semua..

Semalam 1 Mei 2025, birthday my OT..
Setiap tahun bila birthday OT kan kita cuti, so senangla sikit Me kan, sebab memasing memang available je..nak celebratekan pun senang...








Tengah hari Me dah siap masak Nasi Ayam..
Me masak ayam goreng tu sikit sebab untuk lunch 2 orang (Nakhil dia tak layan ye walaupun fav dia Yellow Nasik, dia layan Yellow Nasik dari kedai-kedai fav dia je...
Kalau ikutkan niat Me haritu nak masak lauk Udang Sambal Petai+Ikan Goreng (kira lauk special jugak tu tau, sebab dah lama Me tak memasak  betul-betul🤭), tapi sebab petang nanti Abang OT nak datang rumah, so Me tukar, Me masak Nasi Ayam..
Kisahnya sepatutnya diorang nak datang malam semalamnya (malam hari Rabu), tapi OT pulak tak available sebab OT jadi coach team bola sepak aparment kitaoeang, so dah camtu Me ajak diaorang datang hari semalam (hari Rabu, 1 May)..alang-alang cuti kan, meh Me masak something...senang sekali jalan kan..








Menu kita di hari birthday OT😄....







Petang Dede sampai dulu..
Karpet yang OT pasang haritu masa family Me datang pun tak simpan lagi..
Tapi elokla..tak payah bukak pasang bukak pasang banyak-banyak kali kan...






Tak lama selepas tu Alang OT n Kak Yang pulak sampai..
Sampai kita bagi makan dulu..nanti-nanti kita duduk-duduk bersembang ye...
Sempatla Me jamu Sushi yang Me buat paginya tu...
Pagi tadi kan bangun tidur Me dah ghisau kot-kot tumit Me sakit balik (haritu kan Me sakit tumit kaki n tapak kat tengah ni sebab memasak n prepared things jugak kan)...eh takde ye..elokkk tak sakit apa-apa..Alhamdulillah❤️..
Pelik sangat kenapa kaki Me boleh sakit beria-ia sangat haritu tu tu kan😢..










Nakhil yang tak duduk diam malam tadi..
Gegham ye, berjongkit je kerja dia..








Sebelum diaorang balik kita potong kek birthday dulu...
Dah jadi kek wajib ni tau..
Setiap kali birthday mesti dok carik-cari cake dalam Apps (sebab Me tak rajin nak keluar, so beli online on the spot je sudah)..kang pilih punya pilih, lasttt kek SR jugakla yang menang😅..
Topper tu macam biasa memang dah ada.. Me memang suka beli extra bila setiap kali nak birthday Nakhil..tu yang Me ada je stok cake topper...
Senang bila nak pakai dah ada dah kan...






Happy Birthday My OT😘❤️😍😍...







Gambar memang takde yang helokkk..itu ini takde yang tiga-tiga orang semenggah😌..
Happy birthday Abang😘❤️❤️❤️..
Semoga Abang diberikan rezeki yang halal dan melimpah ruah❤️..
Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan❤️..
Semoga Abang KUAT untuk KITA❤️..
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Abang❤️..Aamiin❤️😘😘😘





Sekian..





Thursday, May 01, 2025

Buat Sushi Lagi🤭

Assalamualaikum..hi semua..

Tumit kaki n tapak kaki tengah Me dah tak sakit lagi..Alhamdulillah..semalam dah tak sakit dah..leganya..Pastu rasa macam ketagih, eh mana sakit tu, macam still terasa-rasa (hahaha)..

Ni sama macam kalau selepas Me sakit period pain..kalau Me kena period pain sakit dia tak terkata ye, sakit jenis duduk tak boleh, baring pun yak boleh (kena baring muka ke bawah pastu bontoit naik ke atas baru Ok sikitttt...sila imagine haha)..sakit beria-ia pulak nak sampai 1 hari..pastu bayangkan dari yang sakit sangat-sangat tu tiba-tiba sakit tu hilang camtu je (selepas makan ubat tahan sakit n muscle relaxant)..

me perasaan, mesti Me selepas je dah OK tu Me akan teringat² (macam ketagih), nak rasa sakit tu lagi (gila ke apa kan?😅)..

Tapi Me rasa jadi camni sebab troma kot..dari sakit ya amat, tiba-tiba hilang camtu je, Me macam jadi lost sekejab (hahaha..jangan ada yang kata Me biol dah la😆)...



Tumit kaki n tapak kaki tengah Me dah tak sakit lagi, so jomla pagi ni kita buat Sushi Roll..
Sushi ni rupanya dipanggil Sushi Maki ye..Me baru tauuu🤭...
Bahan-bahan macam biasa jugak, sebab Me tak terpergi lagi Jusco supermarket..
Sepatutnya Nori tu ada yang khas untuk buat sushi, pastu ada rice vineger kan..
Ni kita pakai jelah bahan-bahan macam selalu...janji rasa tu sama sudahhh...








Beria-ialah Me cari bamboo roll tu..tak jumpa ye..so Me pakai plastik je untuk gulungkan..
Kitaorang dah cari kat kedai ECO n kat Ninso kat area rumah, eh kat dua-dua tempat tak jumpa..nanti nak kena try cari pulak kat MrDIY..kalau ada...









Inti wajib yang ini je..
Macam Me kata, terpaling ada, n terpaling makan..







Untuk jamu orang kita pilih yang lawo-lawo sikit hihi...







Yang ni kat bahagian kepala dia..ini breakfast Me tadi..
Banyakkk balance kepala dia ni tau..tak kenyang jugak taktaula hahaha....






Ada balance nasik terlampau sikit, so kita buat layer gini..bawah letak nasik, pastu letak la topping dia layer by layer..pastu letak Nori yang dihancurkan..
Ada sebekas besar sikit Sushi jugak, tapi yang tu lupa nak amik gambar pulak..
Confirmla jadi lupa sebab yang tu tak senonoh betul ghupanya hahaha..
Malam nanti Abang OT nak datang rumah, so nak petang sikitlah Me memasak..
Jangan kaki sakit lagi dah..seram memikirkan pasal kaki ye😅..harap² OK🤭





Sekian...









Wednesday, April 30, 2025

Happy Holiday to Usu Haneng...

Assalamualaikum..hi semua..




Malam semalam dalam pukul 10pm lebih Usu Haneng dah berlepas ke Korea untuk holiday..
Ghisau jugaklah kakak-kakak ni sebab Usu Haneng gi berdua je dengan BFF dia..
Walaupun BFF dia tu dah pernah pergi, tapi memang risaulah kita kan..
Kenapa pergi berdua je?sebabnya trip kalini Anem n BFF dia Aliah je yang available..lagipun ini 2nd time trip ke Korea, half BFF dia dah pergi tahun lepas dan trip kedua ni ramai yang tak dapat nak join..so berdua jelah diaorang...







Alhamdulillah, pagi-pagi tadi dapat updated dari Usu Haneng, dah selamat sampai kat airport sana..
Me kan sampai kesudah taktau Anem gi exactly kemana walaupun dia dah sent itenerary dia kat sana (teruk kan😅)...
Updated: Anem gi Seoul Uolls hihi..






Semoga yang baik-baik sahaja..Aamiin
Memang kitaorang paksarela Anem update apa-apa dia kat sana..nasib la kan😅..
Apapun selamat bercuti Usu Haneng n Aliah..happy exploring negara orang❤️...




Sekian







#tb Kursus 2 Hari (22&23 April 2025)..

Assalamuaikum..hi semua...




Pagi tu Me dapat peluang hantar Nakhil ke sekolah..
Sekolah Nakhil memang dalam kawasan office lama Me, sekali jalan je Me nak pergi kursus...
Alhamdulillah..happy Nakhil bila Mama hantar haritu hihi...









Hantar Adik cukup-cukup nak pukul 8am, tapi Mama stuck pulak kat depan sekolah..
Elok nak keluar simpang sekali murid-murid sekolah sebelah baru berbaris nak g ke padang seberang kanan tu..
Geram jugak ye, sebab cikgu-cikgu jenis tak reti nak bagi laluan kat kereta Me..dah nampak kereta nak lalu, sepatutnya bagilah laluan dulu..ni tak, boleh pulak suruh murid-murid main jalan je terus (sebab diaorang bergerak elok Me tengah nak masuk ke jalan depan tu ye)..
Dahla tu ingat satu kelas je, sekali satu sekolah😅..
Tapiii..elok tunggu nak 5-6 minit, datang 1 kereta nak hantar Anak dia gi sekolah jugak, elok orang tu lantak je dia masuk je simpang kat Me tu (dia main masuk je potong lane bebudak tengah jalan tu)..eh dah gitu, kitanya pun jalan la jugak🤭..









Pagi hari pertama kursus tu Me terlewat sikit Uolls..pukul 8.15am baru Me sampai..
Tapi bila sampai kat tempat kursus, eh tak ramai pun peserta lagi?
Rupa-rupanya Me terawal, Kursus start pukul 9am..dah macam tu Me breakfast la dulu..
Breakfast memang disediakan..jadinya Me makan...








Botol air ni memang Me bawak merata-rata..kitanya tak reti minum air tak berapa sejuk, jadinya bawak botol air dalam tu ada air kosong+ais..






Lunch..
1st time Me pergi kursus habis session pagi lambat..selalunya sebelum pukul 1pm dah makan dah pun..kalini tak, secukupnya pukul 1 baru habis..
Kalau habis session pagi awal sepatutnya Me boleh amik Nakhil dari sekolah n hantar Nakhil ke psngasuh dia..dah lambat so tak dapatla..OT yang take over macam selalu...
Tu pun masa petang amik Nakhil tu, Nakhil tanya Why Mama did'nt take Me from school?alamak..sorry sangat² Adik..








Breakfast hari kedua..
Alhamdulillah...




Minum pagi pulak..
Semalam tu pun ada je minum pagi, tapi Me terlupa amik gambar..
Ni kuih dia comel-comel, so Me amik tiga² jenis..
Semalam kuih dia besar, so amik ² jenis je..
Kole Kacang tu fav Me..bila nampak je semalam tu terus happy gitu hahaha..
Tapi suka pun takdelah Me nak amik lebih..kitanya perut dah sendat, so amik je 1 buat ghaso²🤭








Lunch pulak makan ni..
Me terpaling enjoy makan sayur tu..besttt..
Lauk Ikan tu Me tak habis..ni pun Me pilih ikan n ayam yang paling kecik ye..kalau tak ikan yang ayam tu besar-besarnyaaaa...










Sesi tengah hari di hari Kursus yang kedua..
Ada lawatan kat kilang pemprosesan getah kat sebelah..
Punyalah dah 11 tahun Me keje kat seberang tu dulu, inilah 1st time Me masuk ye..
Ingatkan kilang ni kecik, sekali dah masuk eh besarrr..jakun sekejab😅..
Best jugak kursus kalini..in sha Allah kalau dijemput lagi Me nak pergi...






Sekian..





Tuesday, April 29, 2025

Beraya Dengan Opah Chik..

Assalamualaikum..hi semua..

Kisah hari Sabtu nak malam haria raya ke 14 yang lepas..
Petang Atie ajak kitaorang semua beraya ke Cheras, sebab Opah Chik (Opah/Mak Saudara Mak yang paling bungsu) ada di Cheras (rumah Chor Bae/sepupu Mak)...
Last minit plan, tapi sebab masing-masing pun elok takde apa-apa halangan so kita pergi..







Kitaorang bergerak elok selepas dah Maghrib..
Kereta banyak ye, tapi Alhamdulillah tak jem..so elok Me sampai lebih kurang sama dengan yang lain-lain...
Sampai dah salam-salam, terus Chor Bae suruh makan..





Kesian Chor Bae, masak jugakla dia walaupun kitaorang bagi kiranya short notice kan..TQ Acik❤️...







Adik dia dah makan siap-siap sebelum bergerak, so bila kita makan lagilah dibolayan (dia kan tak makan pun bolayan, lagilah kalau dah makan kan😅)....






Dah nak balik dah..
Opah Chik ni kitaorang panggil Opah je, n anggap nilah Opah kitaorang sebab Arwah Opah kitaorang dah lama meninggal (Atok lagi dah lama meninggal)..bila Arwah Atok meninggal, lepas tu Arwah Opah kitaorg pulak meninggal dunia, Opah Chik n Arwah Atok Chik lah yang banyak jaga, n layan mak dari Mak kecik dulu sampailah sekarang)..
Opah Chik ni umur dah pertengahan 90 Uolls..tapi still sihat, steady lagi tau (tangan je tak Ok ye, yang lain-lain Ok lagi)..ingatan pun macam biasa, sikit pun tak lupa apa (Me yang 45 tahun pulak yang dah lupa macam-macam  ni  macamana??😅)..
Ni pun Opah duduk dengan Chor Bae (yang kanan sekali), sebab haritu pergelangan tangan Opah terseliuh sebab terjatuh (kesian kan)...
Semoga Allah berikan kesembuhan segera buat Opah Chik, Semoga yang baik-baik sahaja, Aamiin...







Sempattt hihi....






Yang kat bawah punn..
Tapi dah kenapa half macam ni pulak gambar?haha...




Sekian...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...