Search This Blog

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010- Raya Kedua

Petang raya kitaorang dah sampai kampung..Alhamdullilah..syukur....
Walaupun bila kat Tapah hampir tersesat, tapi nasib baik dapat kembali ke jalan yang benar....heheheh
Petang raya pertama sampai ke malam me dan family hanya lepak-lepak sahaja, tak pergi mana-mana...

Tapi hari raya kedua betul-betul meriah tau..
Satu Perak kitaorang pusing..haa...jangan tak tau....


Pagi-pagi lagi dah keluar tau..Semuanya ada 4 kereta ok..beraya beramai-ramai..Kereta me ada 4 orang, kereta Acik Aman ada 8 orang (amik...), kereta Acik Nor ada 5 orang dan kereta Ijam ada 6 orang (2 dewasa, lain-lain tu sumbat budak-budak, dah macam nursery bergerak dah gayanya...hehehheh)...Jadi, total semua adalah 23 orang...macam rombongan dah ramainya....
Yang ni rumah pertama dekat Bukit Pekan.  Ini rumah Adik kepada Arwah Embah kitaorang, tinggal sorang ni je pun, yang lain dah Innalillah...


Lepas dah raya di Bukit Pekan, kitaorang terus ke Ipoh, rumah Acik Nek...Rumah Acik ni tiap-tiap kali raya Aidilfitri yang kedua memang confirm dia buat open house..Tapi boleh tak, teruja punya pasal langsung tak amik gambar??adoiiii...
Menu aritu adalah Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Kurma Daging, Kari Daging, Acar, Roti Jala dan sebagainya...Meriah u all...Duduk lepak-lepak kat sana sampai nak pukul 3, lama jugak la..



Seterusnya ke Trolak, melawat Embah Melah (sebelah kanan tu)..Embah Melah ni kakak kepada Arwah Embah Lanang (Atuk)..ni pun last yang tinggal...umo dah 90 plus-plus ni tau..sihat lagi..







Yang ni anak sapa tah..cute dan kelakar ok, boy ni sapa yang pegang camera dia akan datang dekat dan siap pose lagi..hehehhehe...ada 4 camera, 4-4 la dia berhenti macam kat atas ni..Pastu dah amik gambar terus jalan nonong-nonong..Makcik me kata "dia kawan dengan sapa yang ada camera je.."...hahahahahar..iya la kot, bila kitaorang panggil, haram nak pandang, tapi kalau sapa yang pegang camera, automatik berhenti dan pose...






Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...