Hari ini office me rasa macam sunyi sepi (memang pun sunyi sepi pun selalu...hehehhe), tapi dalam bahasa kasarnya, hari ini office me ni sunyi sebab Kak Ros dah takde dah...bukan takde kemana, tapi Kak Ros dah pun selamat bersara...
Sedih ooo..dah tak cukup corum dah...selalunya ada jugak tempat nak melepak-lepak bila dah ngantuk, ada jugak tempat nak ngadu-ngadu pasal kerja atau pasal apa-apa..sekarang ni, Nurul jelah tempat me nak mengadu nasib...kesian Nurul, tak pasal-pasal kena tadah telinga tiap-tiap hari (ampun Nurul...huhuhu), tau jelah bila me dah buka mulut, payah nak tutup ooo...lagi-lagi me ni kan pemalu..(hahahaha..serius..memang me pemalu ok, tak tipu...), dengan orang tertentu je me ni over bercakap, bila dah tak cukup corum kat ofis ni, sah-sah dah kurang tempat me nak bercakap...huhuhuhu...
Kak Ros dah berkhidmat lebih 30 tahun kat sini..
Personally, me rasa Kak Ros memang collegue yang best, walaupun jurang umur tu memang lari batch dah, tapi Kak Ros memang best, wa cakap lu...serius..
Nak kata dia over ramah, tidak, nak kata dia over sporting pun tidak...Bagi me Kak Ros ibarat Kakak dan Emak bagi me...
Bila berborak dengan dia yang paling bestnya, dia akan jadi pendengar, dia takkan cucuk kita atau bagi negative thought, paling-paling pun dia akan bagi impression yang dia pun sama geram sekali (tu kalau me ngadu kes geram la...) atau sebagainya...
Kak Ros bukanlah jenis Kak Nam atau apa, tapi sekurang-kurangnya dia akan bagi nasihat yang simple atau bagi pendapat yang tak berlebih-lebihan...itu cara Kak Ros, thats why lah me rasa dia dah macam Kakak atau Emak bila me di ofis nih...
Lagi, she is very indipendance woman, tak menyusahkan orang, tak sombong...paling penting, senang nak berkerja dengan orang macam Kak Ros ni...
She is also very good in English...ex-Asunta tau...ada lak MCE..memang kalah officers yang ada (bikin malu daa...hehehhehe)
Tapi sebenarnya its good for her pun....
Kak Ros dah boleh berehat-rehat untuk diri sendiri dan dah boleh buat apa sahaja untuk diri sendiri juga..takdelah nak berkejar drive pagi-pagi buta untuk pergi kerja lagi..(berkhidmat lebih 30 tahun u all, memang respect toing-toing la...)
Apapun, All the Best untuk Kak Ros...
Semoga dipanjang umur, disihatkan tubuh badan...Amin...
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....