Search This Blog

Sunday, October 16, 2011

Buat Cupcakes...

Dah lama sebenarnya me teringin benar nak membuat cuppy ni...
Cuma bila 2-3 minggu lepas bila browse resepi terjumpalah pulak resepi cuppy yang simple...me kan pemalash, jadi haruslah kalau nak mencuba resepi yang sesimple habis...
Jadi dah katapun teringin, ada chance je terus je semalam pagi-pagi dah pergi HERO dan membeli barang-barang nak membuat cuppy...
Patutnya semalam jugak nak membuatnya, tapi disebabkan semalam makanan dah ada macam-macam, maka haruslah tunggu dilain hari...
Tapi disebabkan hati ni tak sabar-sabar nak tengok hasilnya, terus je pagi tadi dalam pukul 11 pagi me buat..of courselah dibantu oleh adik-adikku Ana dan Anim....

Resepi amik di sini...
TQVM buat Puan Izzah Marzuki atas resepi buttercream cupcakes beliau....^_^
Resepi yang dicopy dari blog beliau....

Bahan-bahan ( 12 cupcakes saiz sederhana )

  • 100 g butter-me guna margerin je...
  • 100 g tepung naik sendiri
  • 80 g gula castor
  • 2 biji telur saiz sederhana (B)
  • 1 sudu teh vanila
  • secubit garam

Cara Penyediaannya :

  1. Pukul butter & gula castor hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu & pukul.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit & pukul lagi hingga kembang.
  4. Akhir sekali masukkan perisa vanila.
  5. Sediakan cup kertas dalam loyang & isikan ½ atau ¾ penuh cup kertas.
  6. Bakar pada suhu 170°C (atau 180°C) bergantung pada jenis oven & saiz cup yang digunakan, lebih kurang 12-15 minit.
  7. Pada pertengahan masa membakar, loyang boleh dipusing / ditukar kedudukannya supaya bahagian atas cupcakes rata masaknya & tidak kelihatan hangus.(kalau taknak pusing pun takpe)
  8. Keluarkan dari oven cupcakes yg sudah masak. Apabila sudah sejuk bolehlah dihias dengan butter krim atau coklat cair atau dimakan begitu saja! 



Jom layan pulak gambar yang me ambil tadi....
Bahan-bahan...
Sangatlah simple...

 Caranya:
Gula dan butter dipukul....


Pukul sampai gebu...
Masukkan telur satu persatu dan dipukul...

Tambah tepung sikit demi sedikit dan dipukul...
Masukkan Esen vanilla dan secubit garam sampai sebati....


Batter dah sebati bolehlah dimasukkan ke dalam cup....


Me gatal letak sikit coklat chips...


Cup biru yang cute...sekarang ni dah ada macam-macam cup..tinggal duit nak pilih je....


Bakar....
Yang ini 1st batch...
Naik lebih pada cup....geram je tengok...


Hasilnya...abaikan gambar..ni dah batch kedua, lupa nak amik gambar dari batch pertama yang gebus tu.....batch kedua memang saja letak sikit je batter cupcakes tu, sebab takut cake penuh tak boleh nak mendeko dengan buttercream....cupcakes ni serios gebus ok...sedap pulak tu....(tq for the great recipe), cuma kat atas ni me saja letak 'terkurang' dari sepatutnya....takpe, lain kali dah reti budget nak letak banyak mana...hehehheeh
Pastu dah masak ni bolehlah direhatkan dulu cuppy ni yea...
Sambil tu bolehlah standby untuk buat buttercream icing pulak....resepi butter cream pun dari sumber yang sama di atas tau...cuma ada sedikit alteration sebab taknak membazir margerin...(fyi me guna margerin je...)


Bahan-bahan ( buttercream icing) :

  • 250 – 300 gram gula aising-(me sukat dalam 200gram sahaja)
  • 500 gram mentega-(sebab dah terbeli margerin 500gram dan 100gram dah diguna untuk buat cuppy so me just guna 400gram of margerin je untuk buttercream ni...)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar susu segar
  • pewarna makanan, ikut kegemaran

Cara Penyediaannya :

  1. Pukul gula halus dan mentega sehingga ia kembang & sebati.
  2. Masukkan esen vanilla, pewarna & susu segar. Pukul hingga kembang & sebati.
  3. Tambahkan gula sekiranya adunan terlalu cair / kurang manis. Gunakan piping dan hiaskan cupcake ikut kreativiti. Pastikan cupcakes sejuk terlebih dahulu sebelum dihias.

 Hasilnya....
Huduh je kan?kuikuikui...
Ni yang 1st batch...me deko bersama Anim..
Kitaorang tak beli nozzle pun, just beli piping plastik tu then potong hujung dia camtu je...


Ni yang terbaik me buat okeh...untuk beginner bolehla kan?kuikuikui....


Ni batch yang kedua...
Me deko dengan Ana pulak...
Herot berot gitu..tapi takpe..lain kali boleh try lagi...
Tangan tak berapa berseni kan...main try and error je...

Anyway...TQVM for the lovely resepi...
Kengkawan jangan lupa mencuba yea....^_^



No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...