Start semalam membawak ke hari ni me terpaksa bawak kereta yang Roadtax dan insuransnya dah tak bernyawa...huhuhuhuhu...
Ni semuanya salah diri sendirilah pun, takdelah salah orang lain.....
Kononnya tahun ni taknak cuti petang sebabnya nak jimatduit cuti yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan tu...
Jadi tanpa check apa-apa yang patut terus je decide nak buat payment insurans roadtax time lunch hour hari jumaatkononnya jumaat kan rehat lama...
Kononnya tahun ni taknak cuti petang sebabnya nak jimat
Jadi tanpa check apa-apa yang patut terus je decide nak buat payment insurans roadtax time lunch hour hari jumaat
Pastu boleh pulak, dah last minit baru teringat pasal hari jumaat kan...
So, jumaat haritu dah terlepas, jadi jumaat kelmarin nilah jadi mangsanya....
Loan kereta adalah dari Bank Rakyat, jadi haruslah urusan roadtax dan insurans pun ke Bank Rakyat jugak...
Hal berapa nak kena bayar tu dah setel awal-awal minggu lagi dah...
Jadi tinggal nak membayar jelah...
Bank Rakyat pulak setahu me takde lagi sistem bank-in2 ni kan, so haruslah kena bayar secara manual kat kaunter...
Bank Rakyat pun takdelah jauh mana, sekangkang kera je dari rumah...dokek je ha...
Tapi tulah, dekat tak dekat kena pergi time hari bekerja jugak kan....
So, hari jumaat jugaklah yang dapat me pergi...
Tapi malang tu tak berbau...
Dah sampai sana pukul 1 lebih sebab sebelum ni dah ke tempat lain kejab dengan semangat yang berkobar-kobar siap tawap dua kali nak mencari parking walaupun dah last minit tengok-tengok camni lah pulak...(ni me amik masa dah pukul 2.30 yea, bukan tiem berkobar-kobar tu...bila hati panas takde maknanya nak mengambik gambar)...
Iya....
Sila baca betul-betul part bukak hari jumaat tu yea...
Sila baca betul-betul part bukak hari jumaat tu yea...
Rasa nak gelak dalam tangisan je okeh...memang saja je kan...huhuhuhu..sabar jelah....
Jadi, nak taknak terpaksa dalam rela jugaklah kena cuti petang.......sah-sah dalam bahasa halus, sila datang pada pukul 2.30 petang yea...cisss..cisss..cissss!!!
Kalau tau tak payahlah tunggu hari jumaat ye tak, baik hari isnin sampai khamis tu pun dah boleh pergi dan dah dapat pun roadtax&insuransnya......tak pasal-pasal dah terrugi cuti I u....buang masa sungguh....huhuhuhuhuhuhu...sapa suruh 'pandai' sangat kan...?
Last balik jelah rumah...lagipun sebaik emak cuti, so dapatlah makan free kenyang-kenyang dan sodap-sodap...hehehehheheheeh
Pastu dah makan kenyang-kenyang tu tak reti-reti?Bila dah pukul 2.30 petang tak tunggu dah, terus je serbu bank....
Tak ramai pun orang, tapi nak taknak stilllah kena menunggu kan...
Last-last setel nak dekat pukul 3 suku....sah-sah rugi duit minyak je kalau masuk ofis balik, baik balik tidur lagi bagus bestt....hehehehhehehehhe
Roadtax yang tak bernyawa lagi dah...
Tadi bila text En. Yusry Bank Rakyat katanya dia dah setelkan, dah kurier dah pun...harap-harap betullah esok dapatlah..
Kalau tak memang kena tunggu lepas Deepavali lah baru boleh bawak Makcik Viv me dengan tenang...huhuhuhuhuhu...
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....