Search This Blog

Monday, June 29, 2020

Kuah Lontong Simple...

Assalamualaikum….hai semuaa….
Harini nak share lagi sekali resepi dan cara-cara nak buat Kuah Lontong simple ye Tuan-tuan Puan-puan….
Eh Me ni takdelah pandai masak…
Tapi suka masak kalua resepi tu simple n senang….
Jadinya, kalua Me share kat blog Me ni, maknanya resepi tu adalah resepi yang Me rasa Me senang nak buat gitchew….so sajala Me nak share...
Ok, resepi ni main agak-agak je..so berani-beranikanlah diri agak-agak tu ye hehehe....


Kuah Lontong Simple

Bahan-bahan:
Tempe & Tauhu-potong ikut kesukaan, perap dengan garam dan serbuk kunyit then goreng.
Sayur-sayuran (cth: kacang Panjang/kobis/kobis bunga/carrot etc)-potong ikut kesukaan
Bawang putih-hiris
Bawang Merah (kecil/besar)-hiris
Halia-hiris
Cili Merah-Hiris
Ikan Bilis
Santan Kotak
Air
Serbuk kunyit
Garam dan Gula
Minyak-untuk menumis

Cara-caranya:
Tumis Bawang Putih, Bawang Merah, Halia dan Ikan Bilis sampai wangi.
Masukkan santan dan air (ikut kepekatan kuah masing-masing) dan kacau hingga mengelegak.
Masukkan sayur-sayuran dan cili merah.
Letak serbuk kunyit sedikit, garam dan gula.
Siap…







Tempe dan Tauhu tu potong-potong, lepas tu garam kunyitkan then goreng...
Goreng ikutlah nak garing ke, just sampai masak gitu-gitu jek..takde masalah….










Hiris siap-siap Bawang Putih, Bawang Merah dengan Halia….
Tumiskan dengan Ikan Bilis…
Dah wangi boleh masukkan air dengan santan..










Sayur siang/potong gini pun boleh..ikutlah korang nak bentuk camne…
Ni sayuran yang keras..kena letak awal ye...sebab nak bagi dia empuk/lembut tu lama.....











Kobis dengan Cili Merah ni letak bila sayur yang keras tu dah separa empuk/lembut.











Kejadian kuah bila dah masak…
Simple je kan?
Kuah tu jangan risau ye...kalua rasa kurang letaklah ikan bilis sikit lagi..
Pastu kalua color pucat boleh letak sikit lagi serbuk kunyit…In sha ALLAH jadik punyalah…..
Makcik punya terlebih serbuk kunyit gitchew...tapi rasa Alhamdullilah sedap…..













Kegemaran tetaplah nak makan dengan Kacang Goreng gini….sedap ooo..sambal makan tu krup-krap krup krap...pastu rasa dia lagi sedap….



Sekian….




No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...