Assalamualaikum..hi semua...
Nakhil sekarang ni dah masuk 2 tahun dan 10 bulan (almost 3 years old)...
Nakhil ni selain dari kena buat operation masa umur 1 tahun 1 bulan (sebab dia ada abnormality berkaitan hidung dan neuro)..selain tu dia anak yang Alhamdulillah sihat (sakit pun sakit normal macam bebudak lain jek)...
Cuma satu je problem Nakhil is dia tak reti bercakap (masalah speech delay)......
Cuma satu je problem Nakhil is dia tak reti bercakap (masalah speech delay)......
Bercakap bahasa dia (bahasa alien) tu dia boleh..sejenis potpet banyak betul bunyi n cakapnya...
Tapi bercakap macam budak lain tu dia tak boleh ye Uolls...
N sampai sekarang pun dia nak panggil Abah dan Mama pun dia tak reti/tak boleh ye Uolls (sedih okeh Me rasa)...
Cuma masa umur dia dah nak dua tahun dia reti sebut "air" (ni kalau memang dia nak air)....itu sahaja...
Pastu sebut uk uk untuk susu....inilah saja dua perkataan yang Nakhil reti sebut....
FYI, masa jumpa speech therapist masa bulan Mac 2022 haritu, memang therapist tu ada suggest Me n OT untuk banyakkan lagi bercakap dengan Nakhil n try ajar dia bercakapa guna Flash Card (sehari kena tunjuk n ajar dua cards/words kat Nakhil) untuk develop dia punya words dan sentences...
Bila dah kata gitu haruslah memang kita usahakan jugak...kita try bercakap lebih banyak dengan Nakhil then Me pulak try beli Flash Card macam therapist tu suggest....
Tapi tulah..bila Me try guna Flash Card...dah Nakhil tak boleh nak concentrated...dia taknak layan Iolls Uolls..dah camtu Me jadi putus asa (try sekali jek pun Uolls..sejenis Mama pemalash cepat putus asa ginilah huhuhu)...
So Flash Cards tu semua tersimpan....
N sampailah satu hari (dalam bulan puasa haritu)...tiba-tiba one day dia reti sebut 1 sampai 10 (in english)...serius OT n Me terkejut ye....bersyukur jangan cakaplah...Alhamdulillah....
Bila camtu kita (OT n Me) terus rajin ulang-ulang sebut 1-10 tu selalu (kerap) bila kita ada dengan dia....
Sampailah satu hari pulak Nakhil is tiba-tiba boleh recognized 1-10 tu bila kita tunjuk randomly (dia boleh count down jugak)...happy lah kan...
Then tak lama lepas tu dia dah tunjuk yang dia boleh sebut A sampai Z pulak.....
A-Z pun tak lama lepas tu dia boleh recognized bila kita tunjuk randomly mana-mana huruf (syukurrr)....
Ni sekarang ni Nakhil dah boleh sebut colors n boleh recognized colors jugak bila kita tunjuk randomly....
Ya Allah bersyukurnya....
Semua ni demi ALLAH kitoarang tak ajar sendiri ye (sebab bila kita ajar sendiri dia tak nak ikut n taknak layan)...semua ni dia belajar sendiri thru TV (Asto Chanel 617) dan kat You Tube (search jek Baby TV..nanti akan ada macam-macam vid untuk 123, ABC etc tu semua..n sekarang Me tengok dia tengah tengok yang Shapes pulak....dah macam silibus kat sekolah dah pulak kan kat YouTube tu?padahal kita tak click apa-apa pun okeh..macam auto pulak dah Youtube tu mengajar)....tu yang semua dia sebut tu in english (takpelah Nak..slowly kita belajar ye...)....
Cumanya nak bagi dia bercakap lebih tu OT n Me memang bagi galakkan kat Nakhil (kita ulang-ulang sebut sekali dengan dia)....
Walaupun sekarang ni still lagi Nakhil tak boleh/taknak sebut lagi Mama or Abah..tapi bersyukurnya kitoarang ya ALLAH....happy bila tengok ada development sikit dalam dia punya speech problem tu...
Walaupun sekarang ni still lagi Nakhil tak boleh/taknak sebut lagi Mama or Abah..tapi bersyukurnya kitoarang ya ALLAH....happy bila tengok ada development sikit dalam dia punya speech problem tu...
Bawah ni Me share kat semua apa yang Nakhil boleh sebut ye Uolls....jadilah buat kenangan...(ni pun record mana yang sempat jek...kadang-kadang tu ralit sangat jadi tak sempat nak capai HP)....
Semoga Nakhil M cepat-cepat bercakap macam budak sebaya dia yang lain...Aamiin...
Semoga Nakhil M cepat-cepat bercakap macam budak sebaya dia yang lain...Aamiin...
Mama doakan juga Nakhil jadi anak yang soleh, yang rajin, yang hormat dan dengar cakap ibu bapa dan orang-orang tua, sihat fizikal dan mental..n jadi orang berjaya dunia dah akhirat..Aamiin....😘
Addition (23 Jun 2022): Baru-baru ni Me tertengok kat Tiktok, ada pakar (rasanya pakar la kot..tak sure), katanya jangan happy sangat kalau anak tak reti bercakap tapi tau sebut ABC dan 123...sebabnya yang patut anak bercakap adalah perkataan harian (yang kita selalu guna dah sebut hari-hari), bukan takat pandai sebut ABC 123...
Bila dia sebut gi tu alahaii sedihnya...Me rasa macam sedih plus frust Uolls...
Bayangkan anak Me yang dari zero taknak bercakap/tak reti bercakap pastu dah start boleh sebut ABC 123..tapi dah pulak dikatakan camtu pulak kan...padahal bagi Me tu dah satu improvement (kita dah nampak anak dah start berani sebut perkataan kan)... tapi dah pakar/ke tak cakap tu pulak cakap tu tak penting...
N kita faham apa yang dia/beliau cuba sampaikan..tapi perkataan yang digunakan tu alahaiiii...patutnya bagilah Makbapak macam kitaorang nih happy sikit kan...pastu barulah terangkan apa or sekian-sekian apa....(siapa tak risau anak tak develop macam anak-anak orang lain...risau jangan cakaplah...so bila something yang kita tunggu dia boleh haruslah kita happy tak gitu)....
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....