Search This Blog

Monday, September 19, 2022

Convocation Day...15 September 2022

Assalamualaikum..hi semua..





Pagi tu selepas Subuh Me dah prepared terus barang-barang untuk masak...
Semangat sebabnya selepas habis konvo Anim nanti Mak n Anim n Atie sefamily nak datang rumah kitaorang...so pagi tu kita masak sesiap semua lauk, so nanti dah sampai rumah nanti kita masak je nasik...
Pagi tu Me masak Mee Goreng...
Ni kononnya nak masak Meggi jek untuk diri sendirik, tapi bila tengok eh ayam kan memang dah ada, so kita buat jek Mee Goreng...
Mee Goreng guna perencah Adabi jek Uolls..tu pun failed..masinnn hahaha...
Terlebih kicap le nih ha (kicap Mee dah habis..so pakai kicap masin biasa, so memang jadik masin le dia).....














Ayam Masak Merah...
Ni Anim yang requested Uolls....so kita buat...dia yang diraikan kan...
Ni Me masak nak seekor ayam ye..tapi ayam kecik jek Uolls..so cukup eloklah (dapatlah Anim tapau dua tiga ketul camtu)......









Kari Daging...
Ni dua lauk ni nak bagi lawan dengan nasik nanti la nih...
Nasik Me masak Nasik Beriani paste segera jek nanti....
Dua-dua lauk ni siap dalam pukul 9.30 am Uolls..cepattt...
Memang cepat sebab bahan-bahan semua dah prepared awal...macam segala bawang tu OT dah tolong kupaskan siap-siap (Me kan ada masalah tangan)...so pagi tu tinggal nak hiris-hiris bawang n blend cili n masak jek...jimat masa....












Dipendekkan cerita...
Patutnya pukul 3pm paling koman kitoarng dah ada kat atas (Anim konvo sesi petang kat UiTM Shah Alam)...tapi tulah..nak pukul 4pm baru naik bas ke konvo Uolls...
Lambat tu satu sebab memang lambat le kan..satu lagi elok nak gerak dah Adik is bebe....tu belum lagi time dah nak sampai tu nak mencarik hand bouquet pulak....
Ni pun kelam kabutlah mencarik tempat nak naik bas ke atas (tempat konvo)...
Dalam kelam kabut tu rezeki elok tengah panik-panik tu (sebab RELA bagitau, bas yang tengah tunggu tu bas last naik atas huwaaaa)..sekali elok kat depan bas tu ada parking kosong...laju-laju OT parking, pastu lelaju jek memasing naik bas okeh...
Tapi tulah....elok dah naik sekali leerr lambat lagi dia nak gerak okehhhh..sabar jelahh....iya-iya je panik awal tadi tu (lagi sikit Me nak tinggalkan anak n OT kat situ hahaha).....






Nakhil yang sebenarnya tidur masa otw nak carik bas...
Lupa..kereta tak boleh masuk ke dalam UitM ye Uolls..kitaorang kena parking kat area Seskyen 7 tu (ada tempat memang untuk naik gi tempat konvo), pastu kena naik bas yang disediakan oleh pihak UiTM.......
Adik kan dia tidur kan, pastu kena paksarela bangun..nasib baik belum sempat dia nak mengamuk Me dah tunjuk bus..terus elok tak moody hahaha...
Dia kan teruja betul dengan bus...so dapat naik bas memang dia happy sangat sangat la (macam wish come true gitu hahaha)......















Dah sampai atas....Atie dah sampai nak pukul 3 pm tadi...
Ni pun memasing terlepas tengok Anim salam VC okeh (frust jugakle memasing)...
Eh Abang Imraan jek yang sempat...tengah elok dia makan tu sekali tiba-tiba dia cakap gini kat Ibu dia "eh nih ****** Haneem ***** nih?" hahaha...sabor jelah...
Kat sana kalau tak masuk dalam dewan, kita dapat tengok kat screen TV yang disediakan..tapi tulah, screen tu kecik Uolls (lagilah dapat pulak meja yang duduk jauh kan, mana nak nampak)..so memasing tengok LIVE kat HP jelah....
Me dengan Atie memang sepanjang masa dari pukul 2pm tu tengok LIVE, tapi boleh jugak tak sempat nak tengok Anim  (takde rezeki nak tengok yang LIVE hhuhuhu)..sebab masa Anim amik tu Me tengah amik order dari Atie sebab nak belikan bunga....














Yang bawah ni Atie punya...
Yang atas tadi Atie pegang tu Me punya...











Usu Haneng dah keluar...so kita cepat-cepat booking untuk amik gambar kat studio (ada banyak jek studio kat situ..korang boleh pilih ikut budget or ikut pakej apa yang korang nak)...
Ni kitoarang tak pilih pun betul-betul ye..nampak jek terus zasss bayar pastu beratur..
Mengejar masa Uolls..Ana dia kena balik cepat...















Sementara tunggu turn nak amik gambar studio tu kita amik gambar kat tepi tepi tu dulu....










Usu Haneng a.k.a Kak Ros hihihi....











Tunggu turn boleh tahan lama...sebab bukan kita jek yang nak amik gambar jek kan....
















Dah habis..kita amik gambar kat luar pulak lagi hahaha..takde kerja kan..
Anim kita bagi chance dia amik gambar dengan kengkawan dia pulak.....

















Duduk santai minum-minum dulu sambil tunggu Anim habis...
Kena tunggu lama jugak sebab Anim nak pulangkan balik jubah dia haritu jugak....












Balik dah...
Bas last pukul 7pm ye...lambat dia tinggal jek (katanya la hahaha)...
So pukul 6 suku kitaorang gerak naik bas turun ke Seksyen 7 tu balik...
Adik macam biasa..haruslah happy sebab dapat naik bas...
Haritu masa naik bas jek yang dia OK banyak..yang lain haru biru perangai dia okeh...











Alhamdullillah..syukur...
Anim officially habis Diploma...
Alhamdulillah jugak atas doa, usaha, tawakal n niat Anim berjaya dapat Diploma dengan Anugerah Naib Cancelor (maksudnya Anim dapat Anugerah Dekan setiap semester)... 
Anim ni dia belajar kita tak tanggung ye, semua atas duit PTPTN sahaja (takat memasing bagi duit belanja sikit, pastu setiap sememester memasing sediakan serba sikit keperluan dia jek..lain-lain memang fully guna duit loan sahaja)....so jangan cakap duit takde, miskin tak boleh sambung belajar tau...ni buktinya (Anim ni anak yatim dari umur 9 tahun tau..dia takde penanggung macam orang lain..duit pun kita tak mewahkan..bagi ikut mana yang dia perlukan sahaja)..so memang kitaorang superproud for her (rezeki dia kat pelajaran Alhamdulilah Allah bagi lebih)..dan Me doakan Anim berjaya dalam apapun bidang selepas ini..
Semoga Anim dapat kerja yang bagus dan baik..Aamiin...



Bersambung...






No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...