Pagi ini sepatutnya Adik ada rombongan sekolah ke Zoo di Taman Botani, Shah Alam..
Me dah amik cuti sebab niatnya nak join sekali rombongan Adik tu, bolehla sambil-sambil tolong sekolah tu sambil-sambil tengok anak sekali..
Tapi tulah, malam tadi tiga² orang tumpas Uolls..
OT yang memang tengah demam+selsema+batuk makin tak kurang, tak boleh tidur sebab batuk² brerkahak dia non-stop (OT dah g klinik semalam, boleh pulak doktor kata OK je..peliknya doktor..yg OT k*h*k hijau tu apa?ke nak kena tunjuk kat doktor?😶..
Me pun dah start makan Paracetamol dah dari pagi semalam (Me dah start balik batuk² gatal tekak Uolls)..pastu Me dah start demam...
Yang Adik pulak dari semalam dah demam on off, n makan ubat ok, pastu dah sejam dua selepas time kesan ubat habis (ingatkan dah sihat) sekali tak..badan Adik panas balik..bila tidur tu hidung dia tersumbat pulak..
Dah macam tu, terpaksalah cancel plan pagi ni ke rombongan..
Me cuti jelah harini jaga diri ssndiri n anak kan..cuma OT terpaksa kerja jugaklah nampaknya..
Ada niat Me nak pergi klinik, tapi memikirkan nanti sia-sia..so takpelah..pakai jelah cuti yang Me dah mintak ni..
Iya Uolls..satu je, Me ni kalau demam dari kecik payah sikit nak dapat bacaan suhu timggi bila dah sampai klinik..selalunya kat rumah demam sangat dah ni (tahap dah baring je, lenguh-lenguh badan n mengigil-gigil tahan sejuk), tapi bila sampai klinik memang masa tunggu turn tu Me akan jadi berpeluh-peluh..last, nanti doktor kata Me demam sikit je..so doktor macam payah nak bagi MC (ragu-ragu nak bagi MC)..kalau dapat MC pun selalunya mesti macam Me ni tipu kata demam ye (sedih n sakit hati tau)..
Pastu balik rumah, yang tadi macam sihat je depan doktor (kat klinik), terus demam teruk balik ye...
Serius, penat okehhh nak buktikan diri ni tak sihat/demam (deserve MC)..dahla tu kebanyakkan masa Me demam selalunya 2-3 hari, so dah camtu kalau dapat MC (selalunya sehari), kita amik jelah cuti semdiri esoknya..nak buat macamana kan, dari mengabihkan masa, tenaga n duit Me (dahla tak sihat kan), nak kena drive g klinik pulak, so baik kita duduk jelah rumah makan ubat apa yg ada..
Ni kalau Me demam ye, kalau sakit sebab lain in sha Allah takde masalah nak dapat MC..tak ke stress Me jadinya bila Me demam?
Doakan Me sekeluarga sihat cepat, tak larat ulang² demam+selsema+batuk ni..
Ke nak kena sebarkan kat orang lain dulu, baru sakit kitaorang ni hilang hahaha (eh tak baiknyaa😅)
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....