Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

patutnya...

Hai Hoi semua...!Selamat berhari Sabtu....


Patutnya harini me, Sept dengan Cik Leha pergi Terengganu...
Katapun kenduri Dik Nor (Adik Mijon) hari...tapi tak dapat pergi..
Mula-mula ok je..memang kitaorang nak pergi sangat-sangat..(sambil menyelam minum air lah katakan..)
Tapi last minit baru Emak me bagitau yang dia kena kerja petang sepanjang seminggu ni (sampai Jumaat minggu depan)...Takut Anim sorang-sorang je kena tinggal kat rumah, so me tak dapatlah pergi...
Lagi satu, kebetulan Atie pun dah bersalin..jadi dah confirm-confirmlah me dah jadi assistant untuk tolong apa yang patut...
Maka memang tak kemana-manalah jadinya...Maka jugam, harini me kat rumah jelah...nipun boleh beronline sebab Ana balik rumah (nak tengok Anak buah baru kan...), Alhamdullilah..kalau tak sangappp jugak le jadinya ni....


Cerita Dik Nor...Alhamdullilah..semalam selepas Asar dah selamat dinikahkan dengan Tunangnya Syed...Tahniah me ucapkan...Tahniah yea Dik Nor..Tahniah jugak kepada Mijon yang dah dapat Adik Ipar baru...Tahniah!!


Al-Imran pulak...Alhamdullilah..baby sihat, takde banyak 'cerita'..just merengek bila nak minum susu sahaja..mudah-mudahan nanti-nanti pun camnilah, senang ibu dia...insyaALLAH..

Friday, February 25, 2011

Tutorial: Blog Background...

Hari ni me nak bagi tutorial macamana nak buat atau tukar background blog kita...
Ni pun me baru tau minggu-minggu ni jugak..jadinya tiap-tiap hari gigih dok tukar-tukar background sokmo (selain gila asyik nak tukar template je...)...
Me dah tau ni, so tak sedaplah nak simpan sorang-sorang je, jadi me sharelah serba sikit apa yang me tau...

Blog background tau tak kat mana?
Me sebelum ni pun tak tau...tapi sejak dah tau ni me gitau ek...
Blog backgroud adalah seperti di atas ni...
Bahagian inilah yang kita boleh tukar-tukar banyak-banyak kali tanpa mengubah keseluruhan template blog yang kita ada...
Best kan?
Jadi sapa-sapa yang gatai tangan dan gatal hati (me sebenarnya pun...heheheheh) sebab asyiklah nak tukar blog template (tamak sebenarnya sebab geram dengan template-template free yang ada) bolehlah kurangkan kegatalan tu dengan hanya menukar blog background sahaja...(pandai tak...?~wink~wink~kelip2 mata secara sopan....)

Caranya senang sahaja...

1. Buat serching kat internet dululah kan...cari "free blog background"...dah dapat link mana yang patut bolehlah bukak satu-satu, dan pilihlah mana satu pilihan kalbu (ikut sukati korang le anak oiii, katapun free..)...sebagai contoh me bagi link ni =>
http://aquapoppydesigns2.blogspot.com/... (big thanks to Aquapoppydesign2)

2. Dah pilih copy link yang dah diberi tu...

3. Then, bukak Dashboard blog korang, klik kat "Design"...Then, klik "Add a Gadget"...Cari "HTML/JAVA sript"..Then, paste je link yang dah di'copy' awal-awal tadi tu dalam HTML/JAVA Sript tu dan terus Save...

Nampak tak??

paste dan save disini...

4. Refresh blog korang dan Taddaaa...bertukarrrrrr!!

Amacam?~wink~wink~...
Senang je kan...??(tetiba Su eksen gitu..hihihihiik)

Lagi satu kalau nak senang macam kat atas ni cari blog background yang memang ada link je, senang, just copy link dan paste je kat widget box tu (kebanyakkan akan tulis cara macammana nak tukar blog background ni..sebijik macam yang me tutorkan ni)..Tapi, tengok jugak, ada jenis blog background yang kena copy tapi paste kat bahagian html body blog template, leceh sikit bila nak cari dan nak remove nanti..jadi dinasihatkan cari yang macam me buat ni, tak payah menyusahkan diri ok...
Senang bai tu...(Su eksenn lagi..sori...)..
Apapun selamat menukar blog background yea..!



Thursday, February 24, 2011

Ubi Kayu...

Ubi Kayu...sedap sekali dimakan time-time petang, lagi sedap kalau makan time hujan...huuuuuu kauuu...
Ni cara simple untuk menikmati Ubi Kayu...
Bahan utama, haruslah ada Ubi Kayu...
Cara nak pilih?entah...Emak saya kata kena cari yang hujungnya tak dipotong, kalau tak ubi masuk angin susah ubi tu nak empuk...(empuk ok bukan hempuk...)

Dikupas kulit ubi, dipotong dan dibersihkan...
Masuk dalam periuk letak air dan rebus....

Jangan lupa letak garam sedikit..

Dah empuk, toskan...

Potong ubi kayu memanjang macam gambar atas ni (kami suka jenis yang dipotong nipis-nipis), pastu amik bawang kecil diracik halus..gaul rata...
Kadang-kadang ubi macam hancur dan bergumpal-gumpal..abaikan..tu mungkin sebab ubi direbus terlalu empuk...sebenarnya lagi empuk lagi sedap...huhuhuhu

Panaskan minyak dan terus goreng....
Goreng sampai garing-garing yer...

Tadaaaa...!Hasilnya....crispy diluar tapi lembut didalam dan sangat wangi...
Rasa??nak tau sila buat sendiri...(alamak, air liur saya sudah meleleh ni...)

Kalau malas nak digoreng, ubi kayu yang dah direbus tu boleh dimakan dengan Madu..
Uiii..sodap berkrim gitu...mula-mula rasa pelik, tapi kang tak berhenti makan tau...
Kalau takde madu, boleh je cicah dengan gula...still nyummy...
Nyum...nyum...nyummm....

Sue berkata tapi dalam hati:  aduuhhh saleha!!meleleh air liur saya tau...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...