Search This Blog

Friday, March 17, 2023

Dinner (7 Mac 2023)

Assalamualaikum..hi semua...




Tau-tau dah sampai sini😆...
Kisahnya, balik tu masa nak gerak tu disebabkan hp memasing dah kong n nak kong so Me suggest OT ikut highway utara selatan je (taktau nama dia apa 😅)...
FYI, masa datang tu, memang habis OT ikut Google Maps Uolls..Google Maps pulak tu habis segala ceruk jalan dalam dia bawak....dari highway masuk ke area Cyberjaya, pastu tau-tau dah tembus Putrajaya, pastu tau-tau dah kat Bandar Baru Bangi dah...gitu...
Bila HP dah pun dah nyawa-nywa ikan, so balik tu terpaksalah ikut jalan lain...first kalau ikut jalan masa pergi tu kalau tengok kat Google Maps tu lagi 2 jam baru sampai rumah (lama...due to jem di merata-rata tempat yang kitoarang akan lalu tu)...pastu karang kalau ikut jalan-jalan yang Google Maps bawak tu kang masa halfway tu bateri HP habis tak ke mengagau nak carik jalan betul petang-petang senja tu?so taknak cari pasal, kita ikut jelah jalan jauh (tapi tak jem sampai 2 jam tu ye)....
Ni masuk highway, tengah borak-borak dengan OT pasal nanti dia akan ikut jalan sekian-sekian (terpaksa pusing jauh jugaklah nak buat u-turn tu nanti), tau-tau OT kata jomlah kita gi makan Sup...
Eh OK jugak tu..dah dekat kan Bandar Baru Bangi n Senawang?








Perut kenyang lagik Uolls...so tunggu dulu kejab...bagi Nakhil makan dulu....
Nakhil macam biasa, set dia nasi dengan Sup Ayam (Telur Dadar tu Mama punya eh)....













Nakhil M...
Lapar atau tak tapi kalau makan kat kedai Paklong Maklong dia memang dia akan makan nasik (kecik dulu bubur nasik) licin sepinggan nasik tu ye....
Samalah kalini pun...licinnn (adalah tinggal dua sudu jek dia kata I don't want)......










Mama punya...Sup tadi tu banyak lagi, tinggal tambah kuah sikit, then tambah isi daging sikit...
Pastu nasik nak half jek....Alhamdulillah kenyanggg..











OT makan lambat sikittt....OT punya Mihun Sup (Daging)....
Tempting khen hehehe...tryle korang...nama kedai dia Tuu Dia Sup Utara, kat Taipan 2, Senawang...










Budak depan tu haritu tak duduk diam ye..habis satu kedai dia round.....mentang-mentanglah dapat keluar dari tempat kurungan (kereta la Uolls😅), dia punya galok adoilaaaa....
Ni kan kalau Me tau nak gi Senawang makan Mihun Sup, mau Me ajak semua tadi tau...tapi tulah..last minit punya decision kan....lain kalilah In sha Allah...















OT..konon kita gi sekejab jek..tapi OT punya sekejab jaranglah dua jam ke bawah😑..
Alhamdulillah..untuk urusan dan rezeki haritu...syukur...





Thursday, March 16, 2023

Lunch (7 Mac 2023)...

Assalamualaikum..hi semua...




Selepas habis urusan kat pejabat tanah Daerah tu kitoarang decided nak gi makan...
Semua kebuluq gitu (memasing pagi tadi makan ala kadar jek Uolls)....
Ni tak ingat siapa tah suggest gi makan kat Mak Kimbong (viral katanya)..so kita terus ke sana...











Semua ada Uolls...cumanya ada yang dah start makan dulu, ada yang tengah tunggu makanan, ada yang tengah gi pilih makanan....










Pinggan Me....
Lauk banyak ye (terlalu banyak), tapi Me pilih Ikan Kembung Sambal jek😅...
Samalah OT..pusing punya pusing last itu jek yang diamik?😆
Confused okeh sebab terlampau banyak sangat lauk..tu yang lastnya amik lauk fav jek dah (lauk Rahmah jugak akhirnya😁...perut jenis very the Rahmah gini senang khennn hehehe)....
















Nakhil Me suap Nasi+Sup+Ayam Goreng...dia makan tak sampai 5 suap...adoila Adik....














Ana dengan OT tadi tunggu Ikan Pari Bakar diaorang....tu yang jadik lambat sikit makan.....
Alhamdulillah kenyang (walapun tak habis makan pun huhu).....tapi kalau tanya rasa, Me bagi 3 dari 5 bintang jek Uolls....rasa masakan dia Oklah gitu😅...













Kemain macam tokei tokei nyembang😆.....










Time nih still hot lagi pasal kes pagi tadi tu hehehe.....



















Depan kedai...
Kitaorang amik lauk kat sini, then makan kat lot kedai sebelah tu (ada pintu kat sebelah kedai dia nih)...
Dalam tu banyak tempat makan tau (ada kat kiri kanan dan seberang kedai lagik haaa)..so yang kitaorang makan tu memang salah satu tempat makan kedai Mak Kimbong jugak Uolls...cuma dalam tu berekon....
Untuk lunch haritu Opah yang belanja..TQ Opah...semoga dimurahkan lagi rezeki..Aamiin😍😘








Dah settle semua kita pusing-pusing kat lot kedai kat Bandar Baru Bangi tu pulak...
Diaoarng saja-saja nak cuci mata nak tengok baju raya gitu...
Ni bukan kat area Restoran Mak Kimbong tadi tu..ni kita kena keluar then ikut Google Maps😁...











Kitorang pusing sekejab jek Uolls (tu pun nak petang dah ye).....
Dah puas, kita bergerak la ikut memasing...
Ni g kat Nakhil n OT sekejab (sementara tunggu Me, OT beli air then lepak-lepak kat area nih)...
Sebelum naik kereta masing-masing Che Ana sempat amik gambar dengan Nakhil sebelum nak berpisah jalan....










Nakhil dah rupa apadah masa nih (macam nilah dia kalau Me amik dari rumah pengasuh hari-hari😅)...
Kesian dia haritu Uolls..pepagi dah kena bangun n kena mandi...pastu kena tunggu dalam kereta tah berapa jam (dari sampai pejabat tanah tu dalam nak pukul 10am sampailah pukul 1pm)...
OT kata kat pejabat tanah tu kalau nak bawak dia keluar dari kereta, panas sangat (haritu panas terik Uolls)..so terpaksalah diaorang (dengan Imraan dan Umaar pun) duduk dalam kereta jek...
Dah tengah hari pastu keluar kereta kejab untuk makan, then tunggu lagi dalam kereta sementara tunggu Mama gi cuci mata dengan lelain pulak (diaorang duduk dalam kereta, kitaorang gerak jalan kaki)...kira lama jugaklah dia menginap kat dalam kereta kan..?mau tak serabai jadinya😅
Ni dah lepas amik gambar nih, teruslah kitaorang bergerak balik ikut arah masing-masing...


Bersambung....







Wednesday, March 15, 2023

7 Mac 2023-Selasa...Alhamdulillah..Urusan dah Selesai...

Assalamualaikum..hi semua...








Pagi hari Selasa 7 Mac 2023 yang lepas...
Pepagi dah gerak sebab sebutan kat pejabat tanah tu appointment pukul 10am...
Ni amik gambar gini sebab "nganjing" Atie..pagi tu dia tanya benda lain, tapi dia hantar gambar stering kete dia gitu (motippp??😆), so dah gitu kita lawan hantar gamboo (walapun kete kita brand local jek...lawan tetap lawannn yeee kahkahkah😂)
Tapi..ada tapi..boleh tak dah suku jalan nak ke Bangi tu Atie call Me then bagitau yang orang pejabat tanah tu kata appointment untuk pagi tu cancel (orang tu call lawyer, lawyer pulak call Atie)..eh tak ke vervulu?
Kalau cancel pukul 9am untuk benda lepas pukul 12pm okehlah kan..ni dah pukul 9am (9 suku lebih  rasanya), appointment tu pukul 10am, pastu dan-dan tu tetiba kata cancel...
Me macam takpelah, kita patah balik jelah..tapi Atie tak ye..dia kata kita gi jugak..mana boleh cancel camtu jek..nak cuti satu hal (betul..Me kena cancel appointment terapi Adik, Atie pulak klinik tempat dia kerja siap tutup ye), nak kumpul semua (ada 7 orang semuanya) pun bukan senang...pastu sorang dahlah jauh dari Perak....
Eh betul jugakkan..so kitaorang terus jek perjalanan ke Bangi....











Depan office untuk urusan pembahagian pusaka kecil (nama proper Me tak ingat)....
Alhamdulillah...boleh je kitoarng teruskan urusan haritu...(nasib baiklah ikut cakap Atie kan...)...









Lambat sikit sebab kitaorang haritu dapat menyelit kes gitu....
Ni tengah tunggu la ni ha...












Dipendekkan cerita (tak pendek pun ya...nak sejam lebih kat dalam tu..rasanya kalau orang lain tak sampai 40 minit dah settle😅)..so dah selesai dah pun...Alhamdulillah...








Atie tengah bercakap dengan lawyer...
Kitaorang OK dengan result tapi dah lawyer pulak hangen tak puas hati😅..
Lawyer la...patutnya dia kena datang (apa-apa hal, sekurang-kurangnya dia ada), tapi dia tak boleh datang sebab ada kes lain kat Shah Alam..so bila pegawai bagi chance nak bincang, tapi lawyer sebagai orang tengah takde..so memang takdelah kitaoragn dapat berbincang pon..
Memang tak boleh ye Uolls sebab bila kat dalam tu pun dah serabut dah... tu yang kitaorang tak bercakap apa-apa tau (pegawai tu jek yang bercakap dengan makcik-makcik Me..kitaorang memang diam jek), kalaulah kitaorang bercakap sekali taktaulah jadik apa (mau kena halau keluar kot..diaorang kan tertrigger kalau kitaoang bercakap walapun sikit😅)...
Lagipun kitaorang dah malas Uolls..kitaorang ikut jek apa yang makcik-makcik kitaorang nak (demi Allah..kita dah bagi choice yang menguntungkan pihak sana, tapi pihak sana taknak)..so ikutlah mana-mana pun takpe...janji untuk urusan nama Abah selesai)....
N haritu rezeki dapat pegawai jenis baik, cakap takde kelam kabut ke takde bising-bising, takde perli-perli (ni biasa)..n dia very tertib (takde jugak dia side mana-mana pihak)....
N bila sampai part makcik Me yang sorang tu mesti stuck..tapi pegawai tu OK, dia ulang-ulang (adalah nak 10 kali ulang benda yang sama nak bagi terang balik😅)...penyabar okehhhh...
Dah ulang-ulang banyak kali pun (kalau orang lain mau meramuk dah kot😅), tapi dia cool jek..siap terangkan lagi, dah terangkan guna mulut, tapi tak faham, dia terangkan guna contoh, dah tak boleh faham jugak, siap tunjuk guna kertas pulak..ha kauuu...tu pun still tak boleh lagi (bukan tak faham, tapi ada benda tak puas hati sebenarnya..dok konar baring macam-macam), dah habis ulang, stuck kat setuju ke tak (tapi makcik Me yang sorang tu jugaklah still tak boleh nak setuju)...
Dah camtu pegawai tu bagi pulak kitoarng chance berdiskus semua kat luar (FYI, ada jek pegawai yang jenis taknak serabut ye, dia reject jek session haritu je ye...bila dah kena reject, tak memasal kita kena datang lagi nanti)....
Lupa..untuk urusan harta pusaka (tak ingat harta tu total amount kurang dari berapa RM), kita boleh mohon kat pejabat tanah (kat mana-mana pejabat tanah yang berdekatan dengan rumah), kat bahagian harta pusaka kecil....
Nanti adalah borang untuk itu, n akan documents yang korang kena sediakan..dan kalau korang takde masalah nak kumpul waris n dokuments boleh jek buat sendiri semua..(salah sorang dari korang jadik wakil uruskan...)...dah siap isi borang, dah cukup documents semua dah boleh submit kat Pejabat Tanah tu...
Macam kitaorang ada masalah nak kumpul bekerjasama dengan waris eh documents ..so kita terpaksa upah lawyer..
Untuk lawyer, macam kitaorang kos untuk lawyer dalam RM4k plus (nak 5k jugakla).....
Bayar RM4k plus tu untuk uruskan semua...lawyer yang akan isi borang, kumpul maklumat harta pusaka (termasuk tanah, rumah, KWSP atau simpanan or apa-apa atas nama Arwah)...
Lawyer jugak akan kumpulkan docoments semua, dan buat urusan submit form jugak...panggilan dari Pejabat Tanah pun lawyer yang akan dapat dan informkan kepada waris semua...
FYI, kalau buat sendirik semua, sepatutnya tak habis pun RM50 ye...kalau buat sendirik kosnya duit buat copy documents n duit bil telepon jek)..jimattss....tapi  tu kalau dapat kerjasama semua pihak la...
Macam kitoarang, kitaorang Ok, tapi pihak lagi satu tak bagi kerjasama..so taknak serabut...pastu sebab dah takde jalan tengah dah...so kita upah jek lawyer...(macam kitoarng, kesian lawyer yang kena ambush ye😓..lawyer siap cakap kat Atie yang dia dah macam troma je..katanya jugak, patutlah Su upah lawyer ..iya Uolls..memang ada sebab kitoarnag amik lawyer😅)....
Bila pakai lawyer, urusan jadi lagi mudah (tak payah nak mengadap peel sesorang kan)...
Pastu bila  kita pakai lawyer ni tau-tau kita bagi documents memasing, dapat info time to time, then tunggu date panggil, then gi Pejabat Tanah untuk bagi persetujuan je (je, tapi lama ye, sebab satu satu lawyer nak kena buat)......

Ni kita ke sesi kat pejabat tanah ni bila pejabat tanah dah bagi date n masa tau, then lepas tu sebelum gi tu sepatutnya semua benda kita dah decided ye...samaada harta pusaka tu nak dibahagikan sekian-sekian (ikut yang dah dibincangkan dengan semua waris sebelum tu) atau nak buat pembahagian ikut faraid je...
Bukan dah masuk dalam tu baru nak berbincang (tu Me cakap, kalau pegawai lain mau dia halau kitaorang, sebabnya pegawai taknak dah apa-apa perbincangan lagi dalam tu dah..time tu pegawai just nak result pasal pembahagian harta pusaka tu je (kat sini lah gunanya lawyer kitaorang sebelum ke sesi tu..lawyer yang kena jadi orang tengah untuk deal dengan makcik-makcik Me sebelum ke pejabat tanah tu..kalau korang, boleh je berbincang sesama sendiri dengan waris yang ada).......
Lagi satu lepas je settle urusan sesi tukar nama haritu (arwah kepada waris-waris), kita kena bayar kat Pejabat Tanah (tempat settlekan hal pusaka kecil tu) RM550 (kos untuk urusan haritu sahaja)...tu yang jadik total semua nak RM4k plus-plus jugaklah habis (ini semua kossss ye...tapi untuk kes lebih 14 tahun..syukurrr sangat-sangat😌)....
Apapun Alhamdulillah..untuk haritu...lepas ni tinggal tunggu surat official dari Pejabat Pusaka Kecil ni dulu, then baru boleh tukar nama kat geran semua (ni pun macam akan bermasalah rasanya nih huhuhu)...
Semoga lepas-lepas nih takde pertikaian or tak puas hati lagi (dah dah le tuuu).....
Yang memilih bukan kitaorang pun...jadinya janganlah nak pelik-pelik lagi lepas nih pulak..Aamiin...


Updated 14 Jun 2024-

Makcik Me yang lagi sorang pertikaikan pulak ye..bila haritu Ana mintak geran
original arwah Abah untuk urusankan keluarkan nama Arwah Abah then buat pertukaran nama waris ke geran baru, dia taknak bagi...
Patutlah haritu masa lepas dah habis bincang/final result untuk harta pusaka tu, geran original tu semua kena serah pada Ana (sebagai pemegang amanah), tapi Makcik Makcik Me kata nak pegang jugak...
Bayangkan masa dah hujung tu pegawai tu dah sampai tahap perli kat Makcik Makcik Me pasal geran tu ye (dah tak tahan sangat dah kot Pegawai tu hihi)..ha kannn memang betul jadikk jugak kan (pandai pegawai tu agak😂...
Pelik kan, yang pilih nak bahagian tu macamana dia n kakak dia ye..pastu boleh pulak nak salahkan kitoarnag katanya dia takde apa-apa..)...
Tapi yang bagusnya Pejabat Tanah cakap boleh je tukar kat sistem dulu..nanti-nanti baru buat yang kat geran pulak...ooo gitu...Alhamdulillah...










Tuesday, March 14, 2023

Random Pic. No. 134

Assalamualaikum..hi semua...






Seronok sikit sebab kat kantin sekarang ni dah ada jual Roti homemade gini (hahaha benda camni pun Su dah seronok ye Uolls😆)...
So hari-hari bolehlah beli sesiap pepagi untuk lunch gitu (bertambah dah makanan untuk makan😁)..











Ni pagi-pagi hari Jumaat...Me ada appt Klinik Kesihatan (KK)....
Pepagi lagi Me dah keluar Uolls....kena cepat, kalau lambat sikit memang parking tu susah...
Alhamdullilah..sampai nak pukul 7.20am (lambat jugak sebenarnya nih Okeh), tapi rezeki Me, still ada lagi parking kosong depan klinik..legaa ye...
Baru tau, rupa-rupanya kalau hari Jumaat untuk appt memang tak ramai...sebab Me pergi pagi tu klinik memang lengang habis, tak macam hari lain yang Me pergi tu...(rasanya haritu macam khas untuk jumpa pakar je kot)......










Sebelum balik ke opis balik Me tapau KFC...haritu kita lunch terus jelah Uolls...
Breakfast memang tak sempat..eh tipu..sempat je Me makan half bun (yang beli kat kantin semalamnya) tu masa on the way nak menapau KFC hehehe....












Sempat jugak Me tapaukan donut untuk rumah....
Ni petang dah sampai rumah...kemain si kecik kecoh bila nampak donut..kecoh sangat okehhh😆...
Dia dok aim yang coklat tu Uolls...
Bila suruh pilih kemain dia nak yang dia dah aim tu jek ye😆..










Ni breakfast pagi Sabtu...
Taktau nak masak apa Uolls..so kirim OT je la...
Ni Nasi Lemak dah habis..so OT tapaukan Nasi Goreng+Rendang Daging...
Alhamdulillah kenyang...
Mula-mula tengok bungkusan dia comelnyaaa..kecikkk...sekali bila dah makan eh kauuu apasal macam banyak sangat nih....
Tapi Me nih kalau dah makan tu sedap, dah mengah pun habis jugekkkk😆....












Tengah hari kita lunch Mihun Kari...
Ni Me masak sendirik Uolls..
Konon nak masak Mihun Kari nih hari Ahad, tapi macam eh kita masak jelah terus harini (hari Sabtu)....
Elok masak awal, sebab kuah dia nih lagi kita panaskan banyak-banyak kali nanti akan jadi lagik kaw...
Lagipun kan Me masak seperiuk rak...so bolehlah kita repeat makan itu jelah dua hari tu kan (pemalash ginilah 😂)...
Ahad Me tak masak..so pagi memang Me makan jek Mihun Kari...tengah hari kita makan jek merapu-rapu gitu...
Tapi elok pun Ahad tak masak sebab kebetulan memang OT ajak keluar tu kan....



Sekian..eh





Monday, March 13, 2023

Ahad-12 Mac 2023

Assalamualaikum..hi semua...






Citer hari Ahad semalam..(hari Sabtu kitaorang dua beranak kat rumah mereput sehari suntuk😆)....
Ahad tu, OT balik je kerja terus katanya "siap-siap Yang, jom kita keluar carik kasut (selipar) awak)"...eh eh😜..dah gitu apalagi..teruslah siap-siap...
OT kata kita gi makan dulu Yang (haa eloklah pun, kebetulan memang Me tak masak😅), lepas makan baru kita gi carik kasut (selipar/sandal sebenarnya hehe).......
So ke mamak fav kitaorang untuk late lunch.....












Nakhil M makan Nasik Beriyani n Ayam Goreng (Ayam tak sampai lagik)....
Ni pun makan sikit jek dia Uolls...mungkin sebab sebelum tu dia dah makan Nuggets Ayam kat rumah....











Nasik Mama...
Daddy dia makan Nasik Beriyani jugak tapi dengan Ayam Bawang tu....
Alhamdulillah kenyang betullll😊..
Ni kitaorang makan then Dede Nakhil bersiap (last minit gi, so last minit la mengajak jadinya...).....












Hujan lebat sikit kan, walaupun kereta tak banyak, disebabkan hujan jadinya sampai pun lambat sikit..
Kitaorang ke AEON Mall Shah Alam Uolls..OT kata kita try test carik kat situ dulu gitu...
Dah lama tak gi mall beli barang Uolls..so agak jakun sikit....memang blur-blur jek bila nak carik tu..sampai nak gi mana jadik tak retik 😅...
Ni pun nasib baik try carik dalam AEON jek dah jumpaaa (sekejab jek dah jumpa yang berkenan Uolls..dahla tu selamat duit OT😆 sebab Me pilih tu agak murah hehe)....









Ni OT pulak carik sandal dia....










Sambil tunggu OT carik kita dudukla sekejab....
Ni pun tak sekejab Uolls..lama sebab tempat nak bayar kaunter bukak satu jek (cashier pun sorang jek Uolls)....












Sajalah kitoarng try pakaikan Adik spek itam nih...eh kemain dia sukaaaa (OT tunjuk muka dia kat cermin kan, lagilah kemain feeling sangat dia jadiknya 😆)...
Ni OT bukak la letak balik la kan...elok dia cakap "hello glasses...where are youuu...?"...alamakkkkk dia nak la pulakkkk...memang takla kan nak bayar sampai RM40 kan..so lelaju je kitaorang jalan ke depan hahaha...nasib baik dia OK jek lepas tu...










Jalan-jalan lagi nak carik seluar kerja OT...tapi takde yang berkenan pulak....











Jumpa tempat mainan nih memang dia minat...
Tapi tulah..takut-takut jek dia tau...takut-takut jek duduk tu..pastu bila kita masukkan duit, lagilah dia duduk diam kejung jek (penakut macam Mama sangat ni Nak oiii😅)......










Nak carik tempat nak duduk minum-minum sekejab..tapi tulah..full semua...











Ni berhenti sekejab nak beli air, sekali dah masuk RM2 elok pulak dia kejung tak jadik apa...
Nak amik refund tak boleh, nak masukkan duit lagi tak boleh (tapi sempatlah dia telan lagi 50sen)..pastu nak tekan apapun tak boleh (modus operandi gitu ke apa..sebab elok je awal tu RM2 tu boleh masuk😅).....








Ingatkan nak balik terus...eh tak...OT bawak ke Giant Shah Alam sekejab...dah Maghrib kan...











Kat Giant tu kitoarang minum-minum makan kudap-kudap jek sekejab n teman Dede makan...
Dah sampai rumah baru kitoarng makan...
Eh lupa..sebelum hantar Dede balik rumah sempatlah OT bawak kitoarang singgah rumah Mommy Nakhil (kakak OT) sekejab (sekejab OT lama ye..nyampah Iolls Uolls eh)....











Pagi nih....
Hasil malam tadilah nih....cumanya memang syukur sangat tak kena dalam mata...
Ni Nakhil la..dia jenis sambil layan HP, sambil tu main mainan dia (jenis nyambil nyambil dia nih)....
Kejadian elok jadi masa Me tengah pandang dia ye....kebetulan masa Me pandang tu dia tengah dok "mengeliat" (biasala dia..mana diam)..elok dia landing, muka dia elok kena kat bucu truck bomba dia (yang dia letak betul-betul tepi HP dia tu)....slow jek dia landing tau, tapi Me tau mesti luka punya (sebab truck bomba tu bucu dia memang petak betull)....sekali betul Uolls..lukaaa...
Lepas kena tu memang dia meraung la Uolls..sakit kan...yang Mama pulak panik, dia pulak sakit..memang bising jugaklah sekejab😅...(Daddy dia kalau macam tu memang "meloncat" la dia to the resque huhu sian OT)...
Pastu Nakhil ni kan dia jenis kalau nangis (bila over..ni sakit nih lagilah over) mesti dia dok batuk-batuk kuat-kuat (adalah cara dia tu😅), yang pasti tau-tau kang mesti muntahhhh😑..stress okehhh...
So malam tadi dah adi banyak kerja..nak tengok luka lagi, nak make sure dia OK, pastu nak layan muntah dia jugak...adoila Anak..
Nasib baiklah OK..syukur sangat-sangat..
Ni atas ni luka tu takdelah besar sangat (tapi Me tau pedih tu)...cumanya mungkin masa dia tidur tu darah still keluar lagi...so tu yang nampak macam besar sangat lukanya..
Cepat-cepat sembuh luka tu ye Nakhil....takpelah...dah kena camni, masing-masing dah belajar mana yang elok khen....😀


Sekian...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...