Hari Isnin 2 minggu yang lepas (28 July 2025), selepas balik dari klinik (sebab tumit Me sakit lagi) n selepas jemput Adik balik dari sekolah (selepas gi klinik Me pergi terus ke sekolah Adik), sampai je rumah tau-tau basikal baharu Adik dah sampai..
Terkejut jugak sebab laju betul sampai Uolls..kitanya ingat take 3-4 days for delivery (sebab barang besar kan), sekali tak ye, semalam beli harini dah dapat dah pun😅....
Kebetulan Daddy dia take break sekejab then balik rumah masa tu, kiranya OT sampai je rumah elok basikal tu dah ada dah depan pintu rumah..
Kiranya kitaorg dua sampai rumah tengok OT tengah bukakkan...
Yang bakal birthday boy masa tu of course la happy kan..seronok dia dapat basikal baru...
Ni beli yang dah siap pasang, cuma roda kecik dua tu je OT kena pasangkan Uolls...
Tak tunggu lama..dah selepas mandi terus Nakhil try test basikal baru..
Tapi tulah, frust betul dia sebab tak boleh (tak reti) kayuh basikal tu Uolls..
Takpela Adik, belajar slow² ye..in sha Allah boleh nanti kan...
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....